AKTOR terkenal menerusi filem Twilight, Robert Pattinson dikatakan menjalin hubungan cinta dengan , Riley Keough, cucu kepada mendiang, Raja Rock & Roll, Elvis Presley. Menurut Daily Mail, mereka berdua sering dilihat intim. Malah kelibat mereka di sebuah pusat hiburan di Hollywood, Selasa lalu, menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka sedang bercinta. "Hubungan mereka semakin rapat ketika menjalani penggambaran filem terbaru arahan Jean Stephane Sauvaire, iaitu Mission Blacklist. "Namun sehingga kini mereka sering menafikannya. Malah Riley menafikan perkara itu dengan beritahu wanita yang keluar bersama Robert itu mungkin mempunyai mirip wajah sama dengannya," kata sumber. Cari kekasih setia Sejak berpisah dengan aktres Kristen Stewart, aktor ini memberitahu dia tidak mahu memikirkan soal cinta. Ada sumber memberitahu, Pattinson, terlalu kecewa terhadap percintaannya sebelum ini. "Walaupun hubungannya bersama Kristen telah berakhir, namun dia sukar melupakan bekas kekasihnya. "Kehadiran Kristen dalam hidupnya terlalu memberikan kesan hebat. Tapi itu tidak bermakna dia harus menerima apa saja keburukan Kristen," katanya. Bagaimanapun, Pattinson dalam temu bualnya bersama sebuah majalah sebelum ini mengakui dia sudah melupakan Stewart. Katanya, dia tidak akan sesekali kembali bersama aktres itu dan menyifatkan hubungan mereka sudah benar-benar berakhir.
|
hans78 posted on 30-9-2013 09:26 PM
Apsal dulu masa ngan kstew ...iols ok aje ngan robert nie...tp lps dah putus nie mcm ilang minat nga ...
nour2001 posted on 30-9-2013 05:36 PM
No ...bukan dgn Riley cucu Elvis lah,,,,rob tgh cntan cintun dgn anak Sean Penn n robin wright..Dyla ...
nour2001 posted on 1-10-2013 09:20 PM
yupp..riley mmg cantik tapi dia kan kenalan kiki, so rob sort of janji he wont date any friends of k ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
10-5-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.143408 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.