CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Maut Jatuh Dari Bumbung Pangsapuri Demi Swafoto Matahari Terbenam

13-6-2019 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5429| Komen: 28

Description: Gadis berusia 15 tahun maut terjatuh dari ketinggian 90 kaki selepas cuba mengambil swafoto berlatarbelakangkan matahari terbenam di sebuah pangsapuri, dipercayai berlaku di Moscow, Rusia.
Gadis berusia 15 tahun maut terjatuh dari ketinggian 90 kaki selepas cuba bergaya di atas bumbung sebuah pangsapuri untuk merakam gambar berlatarbelakangkan matahari terbenam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Moscow, Rusia.



Kredit foto: Mirror/EAST2WEST NEWS

Mirror melaporkan, Ekaterina Chernova meminta bantuan rakannya untuk merakam gambarnya ketika berdiri di atas bumbung bangunan sembilan tingkat itu, namun hilang keseimbangan sebelum terjatuh.


Kredit foto: Mirror/EAST2WEST NEWS

Difahamkan, polis sedang menyiasat mengapa pintu ke bumbung blok pangsapuri itu dibiarkan terbuka.


Ekaterina dikatakan meninggal dunia serta-merta, sekali gus menjadikan dia gadis keenam dilaporkan terbunuh atau parah di Rusia ketika cuba berswafoto.


Kredit foto: Mirror/EAST2WEST NEWS

Dalam satu kejadian di Tyumen pada bulan lalu, Milena Popova, 15, dilaporkan terselamat selepas terjatuh dari ketinggian 100 kaki ketika cuba mengambil swafoto sempena ulang tahunnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 13-6-2019 01:38 PM
Mati sia2 cantik.. dtg la malaysia.. jd supermodel.
Quote sharlenetexas 13-6-2019 01:39 PM
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 01:38 PM
Mati sia2 cantik.. dtg la malaysia.. jd supermodel.

Dapat cekup vvip.
Quote RatuDunia94 13-6-2019 01:42 PM
sharlenetexas replied at 13-6-2019 01:39 PM
Dapat cekup vvip.

Kan.. rakan senegara berjaya cekup Agung tau.. cerah masa depan..
Quote miszclassique 13-6-2019 01:57 PM
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 01:38 PM
Mati sia2 cantik.. dtg la malaysia.. jd supermodel.

Jadi supermodel kat msia pun boleh jatuh bangunan sis sebab having s** dekat balkoni
Quote kucing_gebu 13-6-2019 02:05 PM
cantik ko dik......mati sia2
Quote jfq 13-6-2019 02:08 PM
Kata swafoto tp mintak kawan ambikkkan gmbr
Quote kikuri 13-6-2019 02:11 PM
sayangnya... muka cantik... boleh la try miss universe... rip
Quote AbukRokok 13-6-2019 02:12 PM
miszclassique replied at 13-6-2019 01:57 PM
Jadi supermodel kat msia pun boleh jatuh bangunan sis sebab having s** dekat balkoni

indeeeeeeeed

Quote moonbug 13-6-2019 02:14 PM
Byk kes macam ni kat Russia sinun. Last month yang budak lelaki mati atas gerabak keretapi pun sebab berselfie juga, kena electrocuted
Quote grouper 13-6-2019 02:15 PM
Mcm2 tmpat remaja2 rusia ni mati bila nak bergmbar..jatuh gaung,bangunan tinggi.. kena langgar ketapi,kena kabel letrik.. harap ada berita kena makan beruang plak
Quote zulka 13-6-2019 02:32 PM
dah takde keje sgt...smpai mati begambar
Quote Artemesiaa 13-6-2019 02:35 PM
Demi dapatkan pujian gigih nak berfoto ditempat yang membahayakan
Quote umbut 13-6-2019 02:37 PM
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 01:38 PM
Mati sia2 cantik.. dtg la malaysia.. jd supermodel.

Model malaysia watper.. ongkos ciput..
Quote matchstick 13-6-2019 02:41 PM
Muka dh cantik xpyh lah susah2 sgt nk femes smpi sanggup amik gmbr kt tmpt bahaya.. Duk kt Malaysia ni amik gmbr bwh pokok nangka pun femes dek, tp dgn syarat ko pakai fesyen pelik2 nauzubillah
Quote meow_tompok 13-6-2019 02:41 PM
mcm dah umur 30 tahun. RIP dik
Quote Chairman 13-6-2019 02:55 PM
cantek orgnye...arwah dahhh
Quote RatuDunia94 13-6-2019 02:55 PM
umbut replied at 13-6-2019 02:37 PM
Model malaysia watper.. ongkos ciput..

Persaingan kat sini x sengit.. plusnorg kita meraikan kokesen.. kalau sheols nk berkelana kat us or paris nun.. sah2 la kene reject sana sini..
Quote Marsyal Yau 13-6-2019 03:16 PM
memang sudah sampai situ riwayat hidpu dia. mati jatuh ambik gambar.  RIP
Quote cik_nit 13-6-2019 03:22 PM
Cantik helok arwah....

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.071674 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top