Sudah memasuki musim kelima untuk tahun ini, ternyata belum ada pertandingan pencarian bakat cilik yang dapat menggugat Idola Kecil terbitan TV9.
Asyik menonton orang dewasa saja tunjuk ‘taring’ dalam nya-nyian, tapi jangan dilupakan adik-adik kecil di luar sana yang ramai berbakat besar dan boleh jadi luar biasa seperti penyanyi dari seberang, Tegar.
Namun apa yang SS mahu kongsi tentunya berita mengenai kerusi juri tetap pada musim akan datang nanti de-ngan SS mendapat tahu bekas pemenang One In A Million 3 (OIAM3), Tomok disebut-sebut bakal menduduki kerusi pe-ngadilnya.
Jika tahun lalu, penyanyi Kau Yang Terindah, Alyah dipertanggungjawabkan untuk peranan itu, nampaknya kali ini vokalis New Boyz dan Manifesto pula bakal mengambil alih pula tempat Alyah.
SS tiada masalah dan menyokong sepenuhnya jika benar Tomok yang akan menjadi juri tetap nanti mengambil kira pembabitan serta pencapaiannya dalam bidang ini sudah lama dan terbukti.
Bermula dengan mencetuskan fenomena bersama band lamanya New Boyz pada 1999, dia tidak pernah berpaling ke belakang, malah mengambil sendiri risiko untuk bertanding dan dinobat-kan juara dalam program realiti OIAM3 pada 2009.
Tahun ini, dia bertanding pula dalam program realiti Versus 2 dengan bergabung bersama band Modread hingga menjuarai persaingan akhir.
SS rasa memang layak kalau Tomok pula bertindak menjadi juri di mana bukan saja Idola Kecil 5 semata-mata namun mungkin untuk program lain juga.
Jika benar apa yang SS dengar mengenai perkhabaran itu, tahniah buat Tomok. Moga pada pertandingan itu nanti, Tomok akan mencurahkan semua pengalamannya dan berkongsi ilmu dengan peserta kecil yang terpilih kelak.
|