CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Bukan Biasa-Biasa, Resipi Baru Semperit Unicorn Dan Anzalna Jadi Kegilaan Di Hari Raya

28-5-2019 11:58 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 23139| Komen: 36|Original author: Oleh: natrahn

Description: Tak lama lagi nak raya. Kuih raya dah siap beli ke? Suka kuih raya zaman dulu ke suka kuih raya zaman sekarang? Kuih raya dulu-dulu tak berwarna-warni macam kuih raya sekarang. Simple je. Contoh kuih ...

Tak lama lagi nak raya. Kuih raya dah siap beli ke? Suka kuih raya zaman dulu ke suka kuih raya zaman sekarang? Kuih raya dulu-dulu tak berwarna-warni macam kuih raya sekarang. Simple je. Contoh kuih raya yang dinaik taraf mengikut peredaran zaman ialah kuih semperit ataupun nama lainnya kuih dahlia. Jom tengok kuih semperit versi dulu/tradisional dan kuih semperit versi sekarang/alaf baru.

Resipi Kuih Semperit Versi Dulu /Tradisional



BAHAN-BAHAN:

  • 185gm gula
  • 375gm mentega
  • 60gm tepung kastad    | diayak
  • 60gm tepung jagung    | diayak
  • 375gm tepung gandum   | diayak
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).
2. Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
3. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.
4. Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
5. Masukkan doh ke dalam acuan samprit dan terapkan di atas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.
7. Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.


Kita tengok pula kuih semperit versi baru (kredit Risha Airisha)

Kuih Semperit Unicorn / Anzalna

  
Semperit Anzalna
 
 Semperit Unicorn                                      

BAHAN-BAHAN:
  • 125g mentega
  • 125g susu pekat
  • 230 tepung jagung | diayak
  • warna mengikut tema samada tema unicorn/anzalna

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).
2. Sebatikan mentega dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi satu adunan.
4. Tekan doh menggunakan acuan semperit .
5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. (Suhu dan masa bergantung pada jenis ketuhar).

Kedua-dua versi menggunakan bahan dan cara masak yang sama, cuma versi baru menggunakan 3 bahan utama sahaja serta warna kuih lebih berwarna-warni.

Terpulang pada individu untuk memilih resipi yang mana satu. Apapun warnanya, kuih ini tetap dikenali dengan nama kuih semperit. Selamat mencuba. -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 28-5-2019 12:18 PM
Kenapa semperit anzalna?
Quote matchstick 28-5-2019 12:50 PM

sbb kaler mcm baju pengantin anzalna kot
Quote natrahn 28-5-2019 12:55 PM
matchstick replied at 28-5-2019 12:50 PM
sbb kaler mcm baju pengantin anzalna kot

aah...yang semperit unicorn tu ikut kaler aiskrim unicorn , yang semperit anzalna tu ikut kaler wedding gown dia...apapun kuih semperit ni bila makan cair dimulut, tetap gemok di perut hihihi...
Quote tunkoo 28-5-2019 12:55 PM
wahhh kreatif. budak2 mesti suka kalau tengok ni
Quote ikanmasin 28-5-2019 01:06 PM
rasa lbh kurang tp kreatif lah g buat warna warni mcm tu..
Quote helicornia 28-5-2019 01:07 PM
idok le aku nk makan kuih byk pewarna tiruan tu
Quote Intanmahsuri 28-5-2019 01:15 PM
Cantikkk...tapi renyih nya nak buat...ekekekeke
Quote Levespa 28-5-2019 01:52 PM
alaa kaler je ni.. sangat tak bagus
Quote Abot 28-5-2019 02:10 PM
hahaha kelakar betol..  boleh pulak jd semperit anzalna..  terhibyr {:laugh
Quote keds 28-5-2019 02:16 PM
Colouring ? Seram.
Quote makton 28-5-2019 02:19 PM
baik aku makan kuih suji putih tu je. seram tgk kaler2 mcm ni
Quote puding_caramel 28-5-2019 02:19 PM
cantiknyaaaaa.. syg lak nak makan. hihihi
Quote mdhelmi 28-5-2019 03:26 PM
semperit unicorn aka semperit padelpop pelangi
Quote friedfishsoup 28-5-2019 04:19 PM
Cantik2 la utk Instagram. Tapi utk kesihatan, tak bagus. Sebab food colouring and also manis sebab susu pekat.
Quote azradila 28-5-2019 04:21 PM
perghhh byk nya colouringgggg.....
Quote shernazz 28-5-2019 05:28 PM
matchstick replied at 28-5-2019 12:50 PM
sbb kaler mcm baju pengantin anzalna kot

Ooo
Baru teringat
Hehhee
Quote icha1905 28-5-2019 06:00 PM
cantiknye kuih tu...kalau letak atas meja dlm balang kuih nmpk meriah dr jauh. tp nak makan mcm bnyk coloring je...
Quote che_gaia 28-5-2019 09:14 PM
Beli sebab kaler cantik..ala2 kuih mewah gitu..padahal rasa samperit je..
Quote BabyMiakaChan 29-5-2019 01:28 AM
Jangan sampai berak warna warni dah {:laugh

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053174 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top