CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

14 Juadah Berbuka Paling Top Di Kala Ramadan. Kecur Air Liur Dibuatnya..

16-5-2019 04:00 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 3956| Komen: 15|Original author: Oleh: nameera

Description: Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan , pasti ada juadah yang menjadi pilihan utama. Ketika ini, bazaar Ramadhan adalah syurga makanan untu mencari juadah berbuka yang jarang sekali di dapatkan pada har ...
Apabila masuk sahaja bulan Ramadan, pasti ada juadah yang menjadi pilihan utama. Ketika ini, bazaar adalah syurga makanan  untuk mencari juadah berbuka  yang jarang sekali didapatkan pada hari biasa. Antara pelbagai juadah,  ini 15 juadah berbuka yang paling popular.



1. Ayam Percik
Kredit Foto:Google
Jejakkan kaki sahaja di bazaar, tak sah rasanya kalau tiada bau yang menyelerakan dari juadah yang satu ini. Haish! Jadi tak sah juga, kalau tidak membelinya bukan? 

2. Murtabak
Kredit Foto:Google


Murtabak antara juadah yang paling mudah di dapatkan di bazaar Ramadan. Ia antara juadah sampingan yang paling popular. Tidak hairanlah jika ke bazaar anda dapat melihat 2 hingga 4 tempat orang menjual juadah ini. Cuma membezakannya adalah rasanya. Semoga anda bijak memilih ya!

3. Kuih Tepung Pelita
15 Juadah Berbuka Paling TOP Di Kala Ramadhan Menjelma. Mana satu kesukaan anda?
Di bulan puasa ini, tidak lengkap rasanya berbuka, andai tiada manisan. Malah tidak sempurna juga rasanya jika tidak membeli kuih-muih seperti  tepung pelita yang kadangkalanya sukar didapatkan pada hari biasa.

4. Roti John
Kredit Foto:Google

Sedap betul kalau dapat makan Roti John Daging, Roti John Ayam. Nak lagi best Roti John Special, letak cheese di atas. Cukup menggiurkan!

5. Nasi Campur
Kredit Foto:Google

Nasi aneka lauk adalah menu wajib di bulan puasa.  Ada yang rindu masakan bonda?

6. Nasi Tomato Lauk Ayam Masak Merah
Kredit Foto:Google

Nasi tomato dan lauk ayam masak merah sering menjadi menu kombo pilihan ramai. Cuba bagi nasi gebu berderai bersama ayam masak merah kuah pekat. Makan sehingga menjilat jari.

7. Popia Basah
Kredit Foto:Google

Ini satu lagi juadah sampingan. Apa yang bestnya pasal popia basah ni haruslah pada sos yang sedap dan kulit popia yang lembut dinikmati bersama inti sayuran dan udang kering yang cukup ngam!

8. Air Tebu


Sudah menjadi kebiasaan. Masuk sahaja bulan Ramadan pasti air tebu yang dicari. Mana tidaknya, rasanya yang manis di tambah dengan air batu pasti memberi rasa yang cukup menyegarkan.

9. Ayam /Kambing Golek
Kredit Foto:Google

Juadah yang  selalu laris dijual semasa bulan ramadhan. Siapa yang tidak terliur melihat ayam dan kambing di golek-golek di khalayak ramai.

10. Air Soya
Kredit Foto:Google

Keistimewaan air yang satu ini adalah apabila ia diproses sendiri oleh penjual. Rasanya juga sedikit berbeza dari air soya yang sedia ada di kedai-kedai.
Yang suam sedap, yang sejuk lagi sedap. Nak lagi sedap, tambah cincau. 

11. Bubur Lambuk
15 Juadah Berbuka Paling TOP Di Kala Ramadhan Menjelma. Mana satu kesukaan anda?

Bila di bulan Ramadan, kebiasaannya bubur lambuk akan diagihkan secara percuma.  Sedap betul kalau dapat bubur lambuk daging!

12. Air Buah 
Kredit Foto:Google

Selain air tebu dan soya. Air buah juga antara minuman yang dicari. Paling digemari adalah jus tembikai dan jus mangga.

13. Air Siap Selasih /Sirap Bandung Cincau
Kredit Foto:Google

Minuman kesukaan seisi keluarga. Tak payah susah cari dekat bazaar. Cukup sediakan sendiri di rumah. 

14. Buah Kurma
Kredit Foto:Google

Tidak ketinggalan. Batalkan puasa mengikut sunnah Nabi. Buah Kurma sudah menjadi pelengkap juadah. Malah  memberikan banyak khasiat kepada tubuh, terutamanya memberi tenaga.

Mana satu kesukaan anda?
Mungkin juadah yang disenaraikan bukan pilihan anda?
Jom kongsikan... - CARI 




Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-5-2019 04:48 PM
Pilihan menarik tapi belum tentu rasanya sesedap apa yang dilihat.
Quote EvieWanKenobi 16-5-2019 06:20 PM
tengok packing kemain cantik..
harap masih boleh dimakan
ketika berbuka..
Quote salmon-suki 16-5-2019 08:16 PM
So far aiolzs kempunan nk mkn ayam golek..tp apakan daya,kt tmpt aiolzs ayam goleknya tak menarik hati lgsg...{:cryrun
Quote moonbug 16-5-2019 09:02 PM
Murtabak! Roti john buat sendiri kat rumah je
Quote jibbits 16-5-2019 10:30 PM
Teringin pulak tengok ayam percik tu
Tapi saya suka ayam percik pantai timo
Kaler putih percikkannya tu hehe kuah dia la
Uiiiii menyelerakamln
Quote LautBiru52 16-5-2019 11:14 PM
No 2 sampai 4 tu betul sangat. Huhu
Quote noraidil_06 17-5-2019 01:56 AM
Tepung pelita kegemaran ank sy
Quote lee_sakura 17-5-2019 08:21 AM
dlm byk2 juadah aku hanya suka ayam percik kt bazar arena kuala kangsar je, bila la blh balik kuala lg
Quote acikhan 17-5-2019 10:44 PM
Murtabak, tepung pelita, onde onde ngan kuih seri muka mmg best n bler makanan lbh2 lg buka puasa die nyer kenikmatan tu lain mcm la... Cukup la hanya 4 makanan nie je tuk haku
Quote mawar_mustika 20-5-2019 02:29 PM
roti john & air tebu menu wajib
tp dlm byk2 makanan for me makanan yg disukai di bln puasa nekbat yg my mom buat
kuih manis pantai timur...nekbat ni i mkn setahun sekali je tu pun ble tibe bln puasa...letak dlm peti ais ble azan je letak nekbat dlm mulut...die punye nikmat tak terkata
Quote kaklong32 20-5-2019 04:35 PM
sirap selasihhhhhhhhhhhh
Quote kakanne 20-5-2019 06:53 PM
murtabak raja pahang..yummmm
Quote rukia2 21-5-2019 12:51 AM
Beli roti john haritu...dy letak cheese..tp time buka da sejuk n cheese tu da kental...pergh x bestnyaa!!  Baik beli yg roti john biasa
Quote Foxey 25-5-2019 05:32 PM
Hadeh... Nyesal lak bukak thread ni. Semua nampak sedap belaka. Haih
Quote wdn790x 9-6-2019 11:00 PM
Sedap sebelum berbuka..  Air susu & kurma juga yg sedap

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054075 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top