CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3058|Reply: 15

14 Juadah Berbuka Paling Top Di Kala Ramadan. Kecur Air Liur Dibuatnya..

[Copy link]
Post time 16-5-2019 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Apabila masuk sahaja bulan Ramadan, pasti ada juadah yang menjadi pilihan utama. Ketika ini, bazaar adalah syurga makanan  untuk mencari juadah berbuka  yang jarang sekali didapatkan pada hari biasa. Antara pelbagai juadah,  ini 15 juadah berbuka yang paling popular.




1. Ayam Percik

Kredit Foto:Google


Jejakkan kaki sahaja di bazaar, tak sah rasanya kalau tiada bau yang menyelerakan dari juadah yang satu ini. Haish! Jadi tak sah juga, kalau tidak membelinya bukan?


2. Murtabak

Kredit Foto:Google





Murtabak antara juadah yang paling mudah di dapatkan di bazaar Ramadan. Ia antara juadah sampingan yang paling popular. Tidak hairanlah jika ke bazaar anda dapat melihat 2 hingga 4 tempat orang menjual juadah ini. Cuma membezakannya adalah rasanya. Semoga anda bijak memilih ya!


3. Kuih Tepung Pelita

15 Juadah Berbuka Paling TOP Di Kala Ramadhan Menjelma. Mana satu kesukaan anda?


Di bulan puasa ini, tidak lengkap rasanya berbuka, andai tiada manisan. Malah tidak sempurna juga rasanya jika tidak membeli kuih-muih seperti  tepung pelita yang kadangkalanya sukar didapatkan pada hari biasa.

4. Roti John

Kredit Foto:Google




Sedap betul kalau dapat makan Roti John Daging, Roti John Ayam. Nak lagi best Roti John Special, letak cheese di atas. Cukup menggiurkan!

5. Nasi Campur

Kredit Foto:Google




Nasi aneka lauk adalah menu wajib di bulan puasa. Ada yang rindu masakan bonda?


6. Nasi Tomato Lauk Ayam Masak Merah

Kredit Foto:Google




Nasi tomato dan lauk ayam masak merah sering menjadi menu kombo pilihan ramai. Cuba bagi nasi gebu berderai bersama ayam masak merah kuah pekat. Makan sehingga menjilat jari.


7. Popia Basah

Kredit Foto:Google




Ini satu lagi juadah sampingan. Apa yang bestnya pasal popia basah ni haruslah pada sos yang sedap dan kulit popia yang lembut dinikmati bersama inti sayuran dan udang kering yang cukup ngam!


8. Air Tebu







Sudah menjadi kebiasaan. Masuk sahaja bulan Ramadan pasti air tebu yang dicari. Mana tidaknya, rasanya yang manis di tambah dengan air batu pasti memberi rasa yang cukup menyegarkan.


9. Ayam /Kambing Golek

Kredit Foto:Google




Juadah yang  selalu laris dijual semasa bulan ramadhan. Siapa yang tidak terliur melihat ayam dan kambing di golek-golek di khalayak ramai.


10. Air Soya

Kredit Foto:Google




Keistimewaan air yang satu ini adalah apabila ia diproses sendiri oleh penjual. Rasanya juga sedikit berbeza dari air soya yang sedia ada di kedai-kedai.
Yang suam sedap, yang sejuk lagi sedap. Nak lagi sedap, tambah cincau.


11. Bubur Lambuk

15 Juadah Berbuka Paling TOP Di Kala Ramadhan Menjelma. Mana satu kesukaan anda?




Bila di bulan Ramadan, kebiasaannya bubur lambuk akan diagihkan secara percuma.  Sedap betul kalau dapat bubur lambuk daging!


12. Air Buah

Kredit Foto:Google




Selain air tebu dan soya. Air buah juga antara minuman yang dicari. Paling digemari adalah jus tembikai dan jus mangga.

13. Air Siap Selasih /Sirap Bandung Cincau

Kredit Foto:Google




Minuman kesukaan seisi keluarga. Tak payah susah cari dekat bazaar. Cukup sediakan sendiri di rumah.

14. Buah Kurma



Kredit Foto:Google




Tidak ketinggalan. Batalkan puasa mengikut sunnah Nabi. Buah Kurma sudah menjadi pelengkap juadah. Malah  memberikan banyak khasiat kepada tubuh, terutamanya memberi tenaga.

Mana satu kesukaan anda?
Mungkin juadah yang disenaraikan bukan pilihan anda?
Jom kongsikan... - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 04:48 PM | Show all posts
Pilihan menarik tapi belum tentu rasanya sesedap apa yang dilihat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 06:20 PM | Show all posts
tengok packing kemain cantik..
harap masih boleh dimakan
ketika berbuka..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
So far aiolzs kempunan nk mkn ayam golek..tp apakan daya,kt tmpt aiolzs ayam goleknya tak menarik hati lgsg...{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Murtabak! Roti john buat sendiri kat rumah je
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin pulak tengok ayam percik tu
Tapi saya suka ayam percik pantai timo
Kaler putih percikkannya tu hehe kuah dia la
Uiiiii menyelerakamln
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
No 2 sampai 4 tu betul sangat. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tepung pelita kegemaran ank sy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2019 08:21 AM | Show all posts
dlm byk2 juadah aku hanya suka ayam percik kt bazar arena kuala kangsar je, bila la blh balik kuala lg
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Murtabak, tepung pelita, onde onde ngan kuih seri muka mmg best n bler makanan lbh2 lg buka puasa die nyer kenikmatan tu lain mcm la... Cukup la hanya 4 makanan nie je tuk haku
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 02:29 PM | Show all posts
roti john & air tebu menu wajib
tp dlm byk2 makanan for me makanan yg disukai di bln puasa nekbat yg my mom buat
kuih manis pantai timur...nekbat ni i mkn setahun sekali je tu pun ble tibe bln puasa...letak dlm peti ais ble azan je letak nekbat dlm mulut...die punye nikmat tak terkata
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 04:35 PM | Show all posts
sirap selasihhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
murtabak raja pahang..yummmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli roti john haritu...dy letak cheese..tp time buka da sejuk n cheese tu da kental...pergh x bestnyaa!!  Baik beli yg roti john biasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadeh... Nyesal lak bukak thread ni. Semua nampak sedap belaka. Haih
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2019 11:00 PM | Show all posts
Sedap sebelum berbuka..  Air susu & kurma juga yg sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051304 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list