CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Mizz Nina Ajak Semua Wanita Bertudung 30 Hari Ramadan Tapi Ada Yang Tak Suka!

6-5-2019 11:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10368| Komen: 44|Original author: Oleh: Azza

Description: Selebriti yang banyak melakukan perubahan sejak berhijrah, Mizz Nina melancarkan kempen 'Launch Good Ramadan 30 days' khusus untuk mengajak umat Islam membuat sebanyak mungkin kebaikan sepanjang bulan ...





Selebriti yang banyak melakukan perubahan sejak berhijrah, Mizz Nina melancarkan kempen 'Launch Good Ramadan 30 days' khusus untuk mengajak umat Islam membuat sebanyak mungkin kebaikan sepanjang bulan puasa ini.

Selain itu,isteri Noh Salleh ini juga turut mengikuti kempen yang diadakan oleh organisasi antarabangsa World Hijab Day bagi menyeru golongan wanita seluruh dunia menyahut cabaran hijab Ramadan sempena 30 hari berpuasa.

Menurut Nina, tindakan tersebut menunjukkan tanda solidariti terhadap muslimah di seluruh dunia yang sering didiskriminasi atau ditindas sesetengah pihak gara-gara Islamphobia.

Kredit foto: IG


Penyertaan dibuka kepada Muslim dan juga bukan Muslim khas untuk menyambut Ramadan ini. Jadi ajakan ini akan lebih tersebar dengan mengajak rakan serta ahli keluarga untuk menunjukkan semangat bersatu bersama.

"Tanpa mengira agama mahu pun kepercayaan, saya harap semua wanita bersatu hati menyahut cabaran ini dan mengemaskini di media sosial beserta tanda pagar #Hijab30."

Kredit foto: IG


Kempen ini bermula pada hari pertama Ramadan hingga hari terakhir umat Islam berpuasa yang dijangka jatuh pada 4 atau 5 Jun depan. Jadi, semua wanita diseluruh dunia diajak untuk menyokong agenda kedamaian ini.

Difahamkan, sokongan Mizz Nina ini adalah sempena tahun keenam penghijrahannya bertudung. Siapa sangka dari seorang artis yang sering kelihatan seksi, namun Nina dilihat semakin istiqamah dalam perjalanannya mencari redha ilahi.

Netizen turut dilihat memberi sokongan terhadap kempen ini dan bercerita mengenai pengalaman mereka bertudung.


Kredit foto: IG

Bagaimanapun cadangan ini diterima baik oleh semua netizen. Ada juga yang menyatakan ia hanya mendikriminasi lagi wanita yang tidak bertudung, malahan dikaitkan pula dengan peristiwa Dato Alif Syukri merotan anak perempuannya gara-gara tidak bertudung.



Sesungguhnya bukan senang untuk berbuat kebaikan. Namun, diharapkan segelintir bantahan ini tidak mematahkan semangat Mizz Nina dan orang lain untuk mengajak ke arah kebaikan. Semoga lebih ramai wanita tidak mengira bangsa dan agama menyahut cabaran #hijab30 ini. - CARI 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 6-5-2019 11:05 AM
Diharap kehidupan semua diberkatiNya...
Quote djzara81 6-5-2019 11:12 AM
Aku sokong kempen mizz nina 110%. Dia ajak buat kebaikan & dpt pahala some more. Yg patut dpt kecam kempen mcm no pants day no bra day etc.
Quote electricopop 6-5-2019 11:15 AM
Bagus apa yang Mizz Nina ni buat, slowly but surely for the women out there...
Quote de_ikea 6-5-2019 11:30 AM
Yg menghentam tu lawak betul. Aliff syukri yg diambil jadi contoh. Byk lg contoh baik yg lain.

Selamat mendapat rahmatNya
Quote nipskacang 6-5-2019 11:43 AM
Kenape nk kecam? Fake it till you make it,  mane tau cube2 pakai tudung 30 hari jd asbab utk terus kekal berhijab,  y not?
Quote kucingitam 6-5-2019 12:01 PM
kalau ikutkan..ummah kristian awal pun bertudung juga(menutup kepala), seperti berselendang.
tgk saja sebarang dokumentari berkaitan kristian/jesus..semuanya digambarkan berselendang walaupun lakonan semula.
Quote manjalara_01 6-5-2019 01:36 PM
x perlu kecam

as muslims we need to do what Allah SWT tells us to do...

not do what we like or don't like...
Quote VirginLady 6-5-2019 01:54 PM
kenapa dia xde sorang pun kawann??
Quote tagas 6-5-2019 02:49 PM
yg tak support tu tak sabaw

rambut nak kena bakaw judgement day nnti
Quote superwhy 6-5-2019 03:26 PM
benda positif pun ada orang kecam ke ??

nak cakap 30 hari je ke? aik bulan ramadhan je ke ?  

skit skit lama lama jadi bukit...aku pernah dengar ustaz ada cakap pada yg malas solat tu..dapat 1-2 waktu pun jadilah..kita train diri kita berdisplin..pastu masa solat tu doala untuk kita perbaiki solat..inshaAllah lama lama genap la 5 waktu tu..

so samala jugak pada yg bertudung di bulan ramadhan ni..jangan nak mengata sangat..kita nampak effort yg positif kita support..takde yg negative nye kat sini

eiii netizen ni cam dia je yg betul
Quote prettyuglybabe 6-5-2019 03:34 PM
tak payah la pakai tudung kalau gedik terkinja-kinja..
bukan wajib pun pakai tudung..
yang wajib tu tutup aurat..
which semua orang pun tak mampu buat..
Quote princessjay 6-5-2019 04:21 PM
nape nk kecam..bagus ape, train diri pelan2.. mane tau mase dlm 30hr ni Allah bagi hidayah terus tutup aurat sempurna... ini bukan fake, pd sy ni  lbh kepada effort kite utk ikut ajaran Islam.. usaha yg baik haruslh dipuji.. sy pn mase mule2 pkai tudung mase sek.rendah  bkn terus pkai,, ade time hbs sekolah bukak,bile dh sekolah menengah baru btl2 bertudung.. then now sy usaha untuk tutup aurat sesempurna yg mungkin..  netizen pn jgn negatif sgt ye..huhu
Quote siq 6-5-2019 04:23 PM
so pakai tudung pastuh suruh uplod kat socmed siap hashtag specific lagik?

nih nak suruh menunjuk ke apaker? niat dah jadik sbb nak "in" je nanti

but whatever, pilihan masing2
Quote clarizsa 6-5-2019 08:41 PM
Gigih nak ajak ummah berkepam panas2..

Macam fazura hegeh2 berkepam 30hari je
Pstu seksi balik

Hahahha
Quote Minami2013 6-5-2019 08:45 PM
Buka je la thread tanpa perlu ambik pendapat2 netizen ni. Kdg2 tu budak2 je yg komen mengecam tu. Argument yg tak valid.
Quote annadonna 6-5-2019 09:57 PM
Banyak nya orang sentap bila masuk isu agama Dia ajak aje pun bukan letak pisau kat leher suruh ikut. Nak layan layanlah tak nak layan ignore aje. Mental illness netizen ni semua benda nak respon walaupun tak ada kaitan dgn pendirian masing masing
Quote Perk77 6-5-2019 10:02 PM
Nak ikut ..ikutlah..tk nk diam aje...puasalah je mcm biasa
Quote Classy14 6-5-2019 10:06 PM
Ishhh ramai nye yg panas bab hijab challenge niii... Nmpk naw
Quote lee_sakura 6-5-2019 10:14 PM
aku sokong challenge ni...kipidad mizznina

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.101158 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top