CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Buang Bayi, Mayat Ditemui Dah Berulat Dalam Plastik

3-5-2019 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18558| Komen: 79|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang janda yang membuang bayi yang ditemui sudah berulat dalam plastik hitam telah berjaya ditahan polis.
Seorang janda yang membuang bayi yang ditemui sudah berulat dalam plastik hitam telah berjaya ditahan polis.

Bayi berkenaan ditinggalkan di tepi jalan berdekatan terowong Kampung Dato Syed Nahar oleh wanita berusia 36 tahun itu.


Harian Metro melaporkan siasatan awal menyatakan bayi itu adalah hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang dikenalai melalui aplikasi Bee Talk.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, 

“Suspek yang juga merupakan seorang pengawal keselamatan sekolah itu mengalami tumpah darah pada empat hari lalu sebelum melahirkan bayi itu ketika kandungannya baru berusia tujuh bulan di tempat kerjanya.

“Dia kemudian memasukkan bayi itu ke dalam beg plastik dan membuangnya di longgokan sampah.”

Tambahnya, suspek sudah pun memiliki  tiga anak berusia dua hingga 17 tahun akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 3-5-2019 09:56 AM
speechlesss
Quote singajantan 3-5-2019 10:13 AM
ya Allah kau mudahkan la urusan bayi ini..tempatkan la dia dalam syurgamu
Quote meteorspeed 3-5-2019 10:24 AM
sian plop iols rasa..si mak pun menjawab la engkau di SANA..ko ingat ko lepas..ANAK ko tunggu ko kt sana nak menuntut keadilan..
Quote aHoi83 3-5-2019 10:26 AM
Buang kat tempat yg baby selamat bole tak??? Main sedap bp minit jah. Pastu nk bunuh baby tu plak
Quote bellaa 3-5-2019 10:27 AM
Kenal dari apps sampah?
Banned kan aja wechat beetalk tinder tagged.

Tempat pembiakan std & seks rambang.
Quote lolita737 3-5-2019 10:37 AM
saya dah sampai x sanggup nak baca berita2 mcm ni kalau keluar kat fb or forum..

sedihnya bila difikirkan baby tu..kelahiran dia bukanlah kelahiran yg dinantikan
Quote leylapple 3-5-2019 10:40 AM
sepatutnya perempuan2 yang ada history mcm nie diikat peranakan nya supaya;

1. mengelakkan kejadian pembuangan janin/ baby
2. kelahiran anak2 yang berketurunan mcm nie

Quote huJanBaTu 3-5-2019 10:41 AM
Dh kenapa tak pakaii kondommm kak? Akak ni plus size ke? Takkan sekeliling tak perasan yg dia pregnen?
Quote slavehunter 3-5-2019 10:59 AM
Mendunia Langkawi sekarang. Akak ni baru 36 tahun anak 17 tahun? Awal nye kawin kak...dulu dan sekarang pun fikiran akak ni tak matang.
Quote anakmak 3-5-2019 11:15 AM
Takut malu sampai membunuh?
Sesiapa yg kenal org2 yg selalu memantat around
Bgtau kat diaorg
Kalau dapat baby
Beranak then pi jual kat manusia yg nak menyayangi baby
Jangan malu bertanya
Kalau nak meniaga kena la banyak bertanya
Ye laaaa sbb belum ada contact kannn
Quote yuki812 3-5-2019 11:53 AM
tangkap skali boipren nya..
pas ni ntah sape lah lagi dia dok membuntingkan...
Quote Mierafaziera 3-5-2019 12:09 PM
Allahu....
Quote bondeh 3-5-2019 12:09 PM
Dari saya kecik sampai saya dah tua ni asyik dengar berita buang bayi. Dulu2 kat tv1 ada iklan kempen cegah pembuangan bayi. Macam2 bentuk bayi yang dibuang. Saya tak boleh lupa ada bayi comel sangat sihat gebu tapi kena bungkus dalam plastik dah ada semut gigit2. Terus meolls melalak takleh tengok iklan tu. Iklan tu tayang tengah2 malam sebelum habis waktu siaran.
Quote edoraixora 3-5-2019 12:14 PM
anak sendiri kot dibuang2, xde perasaan kasih langsung ke?
kalau dah tau nak berzina tu, pakailah protection bodoh
udahlah dapat dosa berzina, dosa membunuh lagi, darah daging sendiri pulak tu
Quote Dovahkiin 3-5-2019 12:46 PM
Kalau ada forummer cari yg baca ni, yg ada terfikir nak buang bayi, tolong la buang di tempat yang bayi tu dijamin selamat. Ramai yang nak anak, tapi tak dapat anak. InsyaAllah anak tu akan terbela.
Quote matamata 3-5-2019 12:51 PM
Kalau iya pun, tanam la mayat tu elok2....ini ko buat mcm sampah pulak....
Quote Artemesiaa 3-5-2019 12:53 PM
Bila dah tak ada perasaan kesihan belas begitulah jadinya
Quote chicozinn 3-5-2019 12:57 PM
mohon kerajaan gubal undang2 spe yg senjaga buang bayi ni kne ikat peranakan dorang..jenis membiak pun xguna sbab sah2 jenis mak dari neraka
Quote iloveselangor 3-5-2019 01:02 PM
Macam teran taik je kannn...buang Pon cam taik...Meleis Logic

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.086189 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top