CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Persiaran Mewah Equanimity Ditukar Nama Kepada Tranquility

2-5-2019 03:35 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2914| Komen: 5|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Dipercayai sedang berlabuh di Singapura.
Kapal persiaran mewah ini kini bernama Tranquility. Kredit foto: The Star


Kapal persiaran mewah, Equanimity yang dahulunya dipercayai dimiliki oleh ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low kini mempunyai nama baharu iaitu Tranquility.

Memetik laporan Coconuts KL pada 30 April, penukaran nama itu dikesan oleh laman sesawang Marine Traffic yang mendapati sistem pengecaman automatik (AIS) telah mengenal pasti nama baharu kapal tersebut.

Nama Tranquility telah digunakan apabila kapal berkenaan menghantar transmisi automatik kepada transponder kapal-kapal lain.

Maklumat tentang Equanimity. Kredit foto: Straits Times



Tranquility kini dimiliki oleh Genting Malaysia setelah dibeli pada harga murah AS$126 juta dikatakan sedang berlabuh di sebuah pelabuhan di Singapura.

Harga Equanimity yang dirampas oleh kerajaan Malaysia kerana didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggarkan bernilai AS$250 juta.

Genting Malaysia yang merupakan anak syarikat Genting Group membeli kapal persiaran mewah tersebut untuk menarik pelanggan-pelanggan kenamaan (VIP).

Leonardo di Caprio dan Tobey Maguire pernah menghadiri parti yang dianjurkan oleh Jho Low di atas Equanimity. Kredit foto: Sarawak Report

Kapal tersebut pernah digunakan oleh Jho Low untuk berparti dengan bintang-bintang Hollywood seperti Leonardo di Caprio, Tobey Maguire dan Miranda Kerr.

Walaupun nama bertukar daripada Equanimity kepada Tranquility, terjemahannya dalam bahasa Melayu tetap mempunyai maksud yang sama iaitu 'ketenangan'. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 2-5-2019 03:38 PM
awat tak letak kuttility...wakakakakakakakakkakakakakaka
Quote Melorqe 2-5-2019 04:03 PM
duit jualan tu masuk akaun mana weh
aku nk tau juga apa jadi jgn duit2 jualan2 aset dlm negara ni.
apa diaorang buat?

Quote hussaini4675 2-5-2019 05:23 PM
Melorqe: duit jualan tu masuk akaun mana wehaku nk tau juga apa jadi jgn duit2 jualan2 aset dlm negara ni.apa diaorang buat?


Tabung harapan kot
Quote mdhelmi 3-5-2019 08:11 AM
kapal jgn tinted gelap sgt nanti kene tahan jpj
Quote Ina8895 10-7-2019 03:10 AM
Kes belum selesai, dah jual

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.170917 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top