CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

(PTPTN) Hutang 17,441 siswazah dilupus

13-8-2012 11:42 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7268| Komen: 38

Description: DASAR PTPTN menukar status pinjaman kepada biasiswa bakal menjadi pendorong kepada lebih ramai pelajar memperoleh ijazah kelas pertama. - Gambar hiasan


DASAR PTPTN menukar status pinjaman kepada biasiswa bakal menjadi pendorong kepada lebih ramai pelajar memperoleh ijazah kelas pertama. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 17,441 siswazah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan berjumlah RM486.9 juta berikutan kejayaan mereka memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.


Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said (gambar kecil) berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 13,011 peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman melibatkan peruntukan sebanyak RM370.7 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.
Menurutnya, jumlah itu meningkat kepada 17,441 graduan selepas mengambil kira 4,430 lagi  peminjam yang lulus dengan ijazah sarjana kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 membabitkan nilai pinjaman RM116.2 juta.


“Peminjam yang lulus dengan kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 itu dulu tidak mendapat pengecualian tersebut, namun kerajaan baru-baru ini telah bersetuju melupuskan pinjaman mereka,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.



p/s : selamat iols x payah bayar...class pertama hokkeyy..uols mampoooo???


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 13-8-2012 11:19 AM
Yang grad taun 2008 dapat penegecualian x?  huhuhuhuhu....   
Quote addamnor 13-8-2012 11:28 AM
I sempat pinjam lima riban jah... Tu pon habis beli benda2 ngarut.. Lepas i berhenti belajat
Quote pakwetizzaqyah 13-8-2012 11:29 AM
ala ijazah masscom kelas pertama banyak ckp.. hahahahahahahahaha
Quote gaara_X 13-8-2012 11:44 AM
bonus raya....
Quote namirulmukminin 13-8-2012 11:46 AM
Sepatutnya dari dulu lagi dah wat camtu...
Quote eppycairo 13-8-2012 01:24 PM
nyesal x blaja sungguh2...hohoho
Quote neeria 13-8-2012 01:29 PM
sarah_ary2 posted on 13-8-2012 11:19 AM
Yang grad taun 2008 dapat penegecualian x?  huhuhuhuhu....

dapat.......

Quote medd 13-8-2012 01:34 PM
second upper class tak dapat pengecualian ka?...dapat 50% pun jadik laa...
Quote kazaraf 13-8-2012 01:36 PM
yg ni mmg dah laksana lama kan.. bermakna.. PTPTN mmg bersedia utk bagi percuma duit tu..
kalau 80% peminjam dlm 1st class... mesti takde mslh dan tak bankrap kan.. hehe
Quote Janamaliki 13-8-2012 01:37 PM
benda ni dah ada lama dah tak silapnya....cuma nampak macam tak high light saja....
student yg dapat pinjaman sudah dicop sebagai pembayar hutang lepas belajar. PTPTN dilihat sebagai sumpahan.
Kan bagus kalau masa awal bagi pinjam dah sebut clear kamu tak perlu bayar apa-apa dengan satu syarat... terang2 macam sekarang ni...sampai masuk dalam TV....
Biar mak bapak dan orang kampung pun sedia maklum...PTPTN boleh free kamu dengan syarat......
Kalau anak tetap kena bayar jugak.... haruslah mak bapak tahu sama sebab-sebabnya.....
(tapi 1st class kursus sains...amatlah sukarrrr.....)
Quote sarah_ary2 13-8-2012 01:38 PM
neeria posted on 13-8-2012 01:29 PM
dapat.......

Yeke??
Quote mikasa 13-8-2012 01:41 PM
nasib baik aku tak pinjam ...kalau pinjam mesti kena bayar penuh sebab sipi sipi je lagi nak dapat resut tahap pengecualian
Quote penyo 13-8-2012 01:41 PM
Diaorang ni kaki demo kehulu kehilir tak?
Quote neeria 13-8-2012 01:44 PM
sarah_ary2 posted on 13-8-2012 01:38 PM
Yeke??

yes dear.. abih slama ni hang bayar ke?

Quote sarah_ary2 13-8-2012 01:53 PM
neeria posted on 13-8-2012 01:44 PM
yes dear.. abih slama ni hang bayar ke?

Ai bayarlah, ai pernah hantar surat rayuan pada ptptn tapi katernyer ai x layak nak dapat pengecualian sebab tarikh approve pinjaman selepas pengecualian wat first class ditarik balik, huhu, tue yang ai curious samada pinjaman ai akan jadik biasiswa ker atau pon still kene bayar..
Quote wirazam 13-8-2012 01:53 PM
tahniah porummer jejai
Quote Knowlee 13-8-2012 02:16 PM
sarah_ary2: Yang grad taun 2008 dapat penegecualian x?  huhuhuhuhu....   


dapat la. kawan saya first class grad tahun 2008, dah lama dah dapat pengecualian. tp kena gi universiti dulu amik surat pengesahan dan hantar ke PTPTN. lepas tu diorg trus lupuskan.
Quote Knowlee 13-8-2012 02:17 PM
namirulmukminin: Sepatutnya dari dulu lagi dah wat camtu...


memang dah lama dah diorang buat. baru tahu ke? kesiannya...
Quote devilito 13-8-2012 02:23 PM
tetiba pulak.......motip?????

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.153455 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top