CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Hiking, Sesat Di Bukit Pelindung

16-4-2019 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7173| Komen: 58|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Dua orang adik beradik yang dilaporkan sesat di kawasan hutan di Bukit Pelindung Kuantan berjaya ditemui dengan selamat oleh orang awam.
Dua orang adik beradik yang dilaporkan sesat di kawasan hutan di Bukit Pelindung Kuantan berjaya ditemui dengan selamat oleh orang awam.

Norul Baiyah Derahman, 29 dan Norfarah Hana Derahman, 22, mengalami keletihan namun tiada sebarang kecederaan.


Sinar Harian melaporkan, kedua-dua mangsa datang ke Bukit Pelindung pada pukul 5 petang dan memasuki trek laluan hutan pada 5.30 petang.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata,

 "Bagaimanapun, kedua-dua mangsa gagal dihubungi ahli keluarga dan kami menerima panggilan kira kira pukul 7.50 malam memaklumkan kehilangan mangsa.

"Kira kira pukul 10.20 malam, Bilik Gerakan Kuantan telah dimaklumkan bahawa kedua-dua mangsa telah dijumpai dan kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapat rawatan lanjut."

Foto: Sinar Harian

Kedua-duanya yang baru pertama kali ke kawasan tersebut ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 10.30 malam.

Sementara itu, Ketua Balai JBPM Bukit Ubi Kuantan, Timbalan Penguasa Bomba, Kamerul Bieza Mohamed Kassim berkata,

"Kedua dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat di kawasan berbatu berhampiran kawasan air terjun."

Abang mangsa, Mohd Sabri Derahman, 30, dari Peramu Maju, Kuantan berkata, 

"Adik-adik naik dengan seorang lagi kawan kami. Tapi masa tu dia dah jalan di depan dan selepas keluar dari hutan, kawan dapati dua orang adik tak keluar.

"Waktu tu dah gelap, dia terus telefon saya beritahu adik sesat. Saya dan adik beradik lelaki yang lain datang sini untuk mencari. Keluarga terutama mak bimbang keselamatan mereka.

"Namun Alhamdulillah mereka selamat. Terima kasih kepada PDRM, JBPM dan orang ramai yang membantu." -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 16-4-2019 06:29 AM
Nasib baik jumpa..
Quote prizadane 16-4-2019 06:34 AM
Alhamdulillah jumpa. Kalau tak, another case pulak nak mencari if tak dijumpai
Quote sensa 16-4-2019 07:14 AM
mungkin terlindung agaknya, tu tg susah nak jumpa
Quote newyork 16-4-2019 07:19 AM
Uhh dah ptg tu masuk hutan, alhamdulillah selamat..jgn lah berulang lagi yg kes ni pun tak settle lagi..
Quote Pajeri_Nenas 16-4-2019 07:25 AM
mesti pakai Umobile.kikikiki
Quote jetrofa 16-4-2019 07:35 AM
syukur la nak...sib baik tak terlanggar pinggan mangkuk kenduri kendara
Quote riyadhK 16-4-2019 07:42 AM
Lewat sangat dh dik masuk pukul 5.30 tu
Quote FailFish 16-4-2019 08:06 AM
kalau langgar pinggan mangkuk gelas cawan kenduri bunian mesti hilang nanti
nasib baik la tak
Quote eLiaD 16-4-2019 08:23 AM
nape g cari lau x dh selamat kawin ngan putera bunian lepas kna kidnap kahkahkah
Quote ell768 16-4-2019 08:32 AM
gatei p masuk utan ptg2 tu dah kenapa..5.30 pg takpe lagi
Quote kikuri 16-4-2019 08:35 AM
bukit pelindung ni kalo petang tayah la gatal pegi hiking dalam hutan... ikut je jalan tar naik sampai menara telco tu... kalo hutan ni kompius sikit... ade dua tag warna... satu laluan mountain bike satu laluan hiking... kalo betul ikut trek sama ada tembus ke teluk cempedak atau ke pantai beserah je... akak pun rajin gak naik bukit pelindung tp masih tak berani masuk laluan hutan... sebab selalu naik sorang je... kalo bawak anak akak laki bini kosser sangat nak hiking dalam hutan... laki akak selalu main basikal sini... selalu jumpa org hiking ikut trek basikal... tp maybe dah biasa lah kot.

kawan aku pun penah sesat sini... tp sebab sheols ikut je trek ujung ujung tembus ke pantai beserah... terpaksa call orang ambik pulak kat sana...
Quote tikusmontok 16-4-2019 08:47 AM
gelemyarnya korang sis
Quote saviour_09 16-4-2019 08:51 AM
petang2 hari tak payah la ikut laluan dari pantai tu dik
lagi2 kalo takbiasa
ikut je jalan tar sampai ke menara tu sudaahhh
orang pun ramai
Quote Remyda 16-4-2019 08:52 AM
Alhamdulillah
Quote whadda 16-4-2019 08:53 AM
dah tau first time masuk nape la naik kul 5 petang
Quote myakayina 16-4-2019 08:54 AM
Alhamdulillah..mujurlah korang dijumpai dik..
Quote fifie_olin 16-4-2019 08:56 AM
Edited by fifie_olin at 16-4-2019 08:57 AM

kejadahnya ptg2 masuk utan dik
nak merasa masuk alam bunian kaa

Quote jengkoil 16-4-2019 09:12 AM
dah dah laa korg nga aktiviti outdoor....
wat aktiviti indoor dah laa...
indoor tau...jgn aktiviti in room...
Quote DARSITA 16-4-2019 09:12 AM

aii kecik kecik dulu dari pantai taman teruntum (dkt swimming pool) we all cari ketam .. naik turun naik turun sampai pantai TC lepas tu masuk lagi hutan keluar belah sana pantai TC ... tak ilang pong! lagi lah huha huha memalam buta.

Antu setan tak minat kot dkt aii

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054176 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top