CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Syarat Buat Amee Sharmaine - Pelakon Baru Drama Sangkar

25-9-2013 09:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19854| Komen: 87

Description: Kebanyakannya Menganggap Dunia Hiburan Dihuni Oleh Mereka Yang Cuma Mengejar Tiket Glamor Semata-Mata Tanpa Ada Garisan Akademik.



Syarat buat Amee Sharmaine

TAK hanya cantik tetapi berakal. Bila kita bercerita mengenai wanita cantik yang juga punya 'otak', tak banyak yang mahu mengaitkannya dengan dunia hiburan. Kebanyakannya menganggap dunia hiburan dihuni oleh mereka yang cuma mengejar tiket glamor semata-mata tanpa ada garisan akademik.


Justeru tidak hairan apabila ada antara artis kita yang dianggap cuma cantik pada rupa tetapi akalnya tiada.
Benar, senario sedemikian wujud. Namun nanti dulu! Jangan cepat membuat telahan kerana tidak semua pemain-pemain seni kita begitu.
Jadikan ini contoh terdekat - Amee Sharmaine Ameenul Hussaini, pelakon baru yang kini sedang mencipta populariti menerusi drama bersiri Sangkar yang bersiaran di TV9.

Berada dalam definisi cantiknya yang tersendiri, Amee tidak kosong.
Sebaliknya, pelajar tahun kedua jurusan perubatan di Kolej Universiti MAHSA ini membuktikan bahawa cantik dan bijak perlu bergerak seiring kalau mahu bonus lebih dalam diri.
Bakal doktor ini sebenarnya tidak pernah menyangka lakonan akan menjadi cabang karier buatnya pada waktu sekarang.
Apatah lagi, wanita ini sudah berada dalam satu aliran yang nyata menjanjikan karier dan masa depan yang cerah.

Menganggap berlaku dengan pantas, Amee melihat hal ini dari sudut positif.
"Saya lebih suka menganggap ini rezeki buat saya. Kalau ditanya, saya pun memang tak sangka yang saya akan terjebak dalam dunia hiburan.
"Sedangkan sebelum ini, sedikit pun hati saya tak tergerak untuk berjinak-jinak dengan dunia lakonan.
"Ibu pula sejak saya kecil selalu sahaja memberi lampu hijau untuk saya pergi mencuba nasib dalam sebarang uji bakat. Baik jadi pelakon atau model.
"Tapi saya sendiri yang tak nak. Minat saya terhadap bidang perubatan lebih mendalam," katanya.
Jelas wanita berbintang Aries ini, angan-angannya untuk memakai kot putih dan menyandang gelaran doktor satu hari nanti sudah tertanam sejak kecil.

Kata Amee, itu semua datangnya daripada pengaruh bapanya yang merupakan seorang doktor pakar pergigian.
"Dari kecil saya dah banyak terdedah dengan dunia kedoktoran. Selain bapa, kakak saya juga merupakan seorang doktor gigi.
"Malah ahli keluarga sebelah bapa saya juga ramai yang berada dalam kerjaya yang sama. Jadi saya sudah biasa. Mungkin dari situ timbulnya minat.
"Cuma saya tak pula sangka, lakonan akan menjadi karier saya sekarang. Mungkin ini peluang buat saya. Lagipun, tak salah mencuba dan bereksperimen dengan benda baru. Saya pun suka," katanya.

Di atas paras normalPreskripsi hidup yang kini punya dua cabang haluan menjadikan Amee istimewa sebagai seorang artis baru.
Menghirup udara glamor secara tiba-tiba sedangkan sebelum ini dia cuma orang yang biasa, mencorak warna baru dalam profil Amee.
Lazimnya sebagai orang baru, ada kejutan budaya bila kaki mula melangkah dalam dunia hiburan. Tak banyak, sedikit pasti ada.

Melayangkan pandangannya mengenai hal ini, kata Amee meski tahu dirinya sangat hijau dalam dunia seni, dia masih boleh mengawal diri daripada sebarang pengaruh buruk.
"Saya pernah dengar orang bercerita yang dunia seni ini macam-macam pancaroba. Tapi setakat ini, rasanya tak adalah teruk sangat. Okey sahaja.
"Saya masih boleh kawal diri. Istilah kejutan budaya itu tak adalah sangat.
"Begitu juga bila orang kata bila dah jadi artis, kehidupan kita juga bukan lagi sepenuhnya milik kita tetapi milik awam.
"Mungkin ya mungkin tidak. Tapi setakat ini saya masih jalani kehidupan normal. Tak rasa terganggu dan saya masih boleh 'bernafas' seperti biasa," katanya.

Pikul jangkaan tinggi Punya wajah iras bintang popular, Maya Karin, Amee mengaku bahawa dirinya seringkali disalah tafsir sebagai pelakon Ombak Rindu itu.

Tidak pernah ambil hati dengan tanggapan salah orang itu kata Amee, dia gembira kerana disamakan dengan idolanya sendiri.
"Untuk menyamakan saya dengan bintang hebat seperti Maya mungkin agak keterlaluan. Dia jauh lebih atas sedangkan saya masih bertatih membina nama sebagai pelakon.

"Saya harap diberi ruang untuk saya sampaikan sumbangan saya dalam dunia lakonan. Saya ingin dikenali dengan bakat dan kerja saya.
"Untuk memenuhi jangkaan tinggi orang terhadap saya memang sedikit sukar. Tapi saya akan cuba.
"Saya pun masih baru. Perlahan-lahan merangkak dan belajar. Doakan yang terbaik untuk saya," kata Amee dalam senyum seorang pelapis bintang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 23-9-2013 08:47 AM
Last edited by tapibukanaku on 23-9-2013 08:51 AM

Quote tapibukanaku 23-9-2013 08:52 AM

Quote rosasa 23-9-2013 08:52 AM
Quote rosasa 23-9-2013 08:55 AM



tak kenal
Quote ellZack 23-9-2013 09:06 AM
tak kenal dan tak berminat nak kenal.
Quote aireen24 23-9-2013 09:09 AM
lawanya muka ada sikit2 iras liyana jasmay dengan maya karin
Quote kak_jiebam 23-9-2013 09:12 AM
Ponen sgt muka nazim othman kat atas tu

Besar nya aset dia...cuba bandingkn dgn abil.....che ta pun boleh surrender uol
Quote idril 23-9-2013 09:12 AM
muka = lopak + maya
Quote mitnick 23-9-2013 09:25 AM
tapibukanaku posted on 23-9-2013 08:47 AM

pic yg nie xde pun nmpk sgt mcm maya
Quote krustykrab 23-9-2013 09:31 AM
kenapa aku rasa cam nak muntah ijooo egk muka nazim
Quote tapibukanaku 23-9-2013 09:48 AM
aireen24 posted on 23-9-2013 09:09 AM
lawanya muka ada sikit2 iras liyana jasmay dengan maya karin

bertuah badan kan

Quote tapibukanaku 23-9-2013 09:49 AM
kak_jiebam posted on 23-9-2013 09:12 AM
Ponen sgt muka nazim othman kat atas tu

Besar nya aset dia...cuba bandingkn dgn abil.....che ...

ni ok tak, kak?



Quote tapibukanaku 23-9-2013 09:50 AM
krustykrab posted on 23-9-2013 09:31 AM
kenapa aku rasa cam nak muntah ijooo egk muka nazim

jgn camtu uols...
Quote adiratna 23-9-2013 09:54 AM
pic yg petama n kedua tu org yg sama ke???? aduii mati2 ingt org lain2..buah buahan lain bebeno...adehh tertumpu kan situ plk ms tgok pic pertama tu...huhuhu
Quote tapibukanaku 23-9-2013 09:59 AM
adiratna posted on 23-9-2013 09:54 AM
pic yg petama n kedua tu org yg sama ke???? aduii mati2 ingt org lain2..buah buahan lain bebeno...ad ...

org yg sama uols..
Quote annezghaff 23-9-2013 10:28 AM
tapibukanaku posted on 23-9-2013 08:52 AM

mcm kilaferi
Quote aireen24 23-9-2013 10:42 AM
tapibukanaku posted on 23-9-2013 01:48 AM
bertuah badan kan

sangat bertuah. dahlah beauty with brains pulak tuh..jeles makcik
Quote juliez 23-9-2013 10:44 AM
aireen24 posted on 23-9-2013 09:09 AM
lawanya muka ada sikit2 iras liyana jasmay dengan maya karin



kannnn kak d.. bhgn atas iras maya karin
Quote juliez 23-9-2013 10:45 AM
tapibukanaku posted on 23-9-2013 08:47 AM



knp ketet dia lain mcm? lupa pakai span ker?


Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.073050 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top