CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menjijikkan, Kajian Mendapati 1 Daripada 5 Mug Di Pejabat Tercemar Najis!

22-3-2019 10:44 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6273| Komen: 21|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Adakah anda bekerja di pejabat yang mempunyai dapur atau pantri di mana semua rakan sepejabat berkongsi mug dan membuat minuman masing-masing ketika berehat?
Adakah anda bekerja di pejabat yang mempunyai dapur atau pantri di mana semua rakan sepejabat berkongsi mug dan membuat minuman masing-masing ketika berehat? 

Awas! Menurut sebuah kajian terkini oleh laman Totaljobs, satu daripada lima (atau 20 peratus) mug atau cawan dicemari najis kerana ramai pekerja tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas di tempat kerja.



Kredit foto: Carian Google

Menjijikkan bukan? Totaljobs, sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan mencari pekerjaan telah mendapatkan nasihat Dr Lisa Ackerley, seorang pakar kesihatan bagaimana untuk mengelakkan diri daripada pencemaran ini.


Kredit foto: Carian Google

Menurut Dr Lisa, anda tidak digalakkan berkongsi mug dengan orang lain di pejabat. Selepas menggunakan mug atau botol anda, jangan biarkan tidak bercuci atau diletak di sinki kerana kuman akan membiak apabila dibiarkan semalaman. Idealnya, anda bawa mug dan botol air sendiri.

Selain mug, kajian itu juga mendapati meja tempat bekerja juga mempunyai bakteria 400 kali lebih banyak daripada tempat duduk tandas! Pencemaran ini disebabkan pekerja yang makan di meja masing-masing dan tabiat menggigit pen dan kuku. 


Kredit foto: Mirror.com

Bagi pencemaran ini, Dr Lisa menasihati supaya sentiasa membersihkan meja meggunakan gel atau tisu pembersih anti bakteria. Pekerja juga digalakkan makan di tempat lain dan bukan di ruang pejabat. 

Menurut Totaljobs lagi, ramai pekerja tidak menyedari pencemaran bakteria ini membuatkan mereka mudah jatuh sakit.


Kredit foto: Carian Google

Satu kajian yang pasti berguna untuk panduan kepada pejabat yang mempunyai pantri dan membenarkan pekerja mereka makan di meja masing-masing.

Bagaimana dengan pejabat anda? Adakah tahap kebersihan pantri di pejabat anda memuaskan? Adakah anda berkongsi mug di pejabat? Atau dibenarkan makan di meja masing-masing? Kongsikan. - CARI
5

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • nono86

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 22-3-2019 11:20 AM
Dulu selalu guna pinggan mangkuk cawan di pantri
Quote Artemesiaa 22-3-2019 11:22 AM
Bawak mug dan bekas air sendiri untuk menjamin kebersihannya
Quote disneyrecess 22-3-2019 02:27 PM
Meols bwk semua sendiri pastu stock dlm drawer meols dikunci.. kalu letak kt pantry hbih org tu pakai org tu mkn mnum
Quote che-cikL 23-3-2019 07:57 PM
Nampaknya kena ubah sikit cari hidup Cheq.

Mug, cup dll semua sendiri, sudu garpu plastik cafe punya (tapau) tapi tak boleh tidak mesti mkn dpn PC sebab mesti nak kena watch something on YouTube or Dailymotion.
Lepas makan jarang nau lap meja thoroughly, hanya dab2 area yg kalau ada nampak minyak2. Selalu lapik paper lama.
Quote mzzenma 23-3-2019 08:14 PM
mzz memang guna cawan and sudu sendiri.. tapi everything else mcm pinggan semua guna office punya je. Even dekat rumah pun cawan and sudu sendiri..memang habit mcm tu..
Quote ally9970 27-3-2019 01:05 PM
Statistik ni terpakai utk ofis yg pekerja cuci berak pakai tisu...
Quote nanny_1 27-3-2019 01:29 PM
che-cikL replied at 23-3-2019 07:57 PM
Nampaknya kena ubah sikit cari hidup Cheq.

Mug, cup dll semua sendiri, sudu garpu plastik cafe pu ...



iols bawak bekal dari rumah
sudu garfu bawak sendiri
takkan guna kat pantry
takut cina guna makan ba alif ba ya
naya je
pastu span cuci pinggan pun bawak sendiri
tak berani guna pantry punya wooo.
Quote mamapea 27-3-2019 03:12 PM
kt ofis semua melayu & masing2 ada mug sndr...
Quote whadda 27-3-2019 03:17 PM
alamak baru lepas gigit kuku depan pc ni
Quote iznanaziz 24-4-2019 11:52 AM
nanny_1 replied at 27-3-2019 01:29 PM
iols bawak bekal dari rumah
sudu garfu bawak sendiri
takkan guna kat pantry

knp span pun bwk sendiri?
Quote iznanaziz 24-4-2019 12:00 PM
whadda replied at 27-3-2019 03:17 PM
alamak baru lepas gigit kuku depan pc ni

tak elok la gigit kuku
nnt kuku ko jadi kecik2, tak lawo
Quote whadda 24-4-2019 12:32 PM
iznanaziz replied at 24-4-2019 12:00 PM
tak elok la gigit kuku
nnt kuku ko jadi kecik2, tak lawo

bukan habit.. sekali tu je.. kuku terkopek sebab panjang tak sempat nak potong.. ngam2 pulak kebetulan bace artikel atas ni
Quote adik_aza 24-4-2019 12:44 PM
nasib  uols bawak sendiri segala pinggan , mug dari rumah
Quote sue_liah 24-4-2019 12:50 PM
kat tmpt keje mmg tak ler kongsi2 brg ni

lg2 kat tmpt aku ni..aku sorang je melayu
Quote iznanaziz 24-4-2019 03:37 PM
whadda replied at 24-4-2019 12:32 PM
bukan habit.. sekali tu je.. kuku terkopek sebab panjang tak sempat nak potong.. ngam2 pulak kebet ...

hehehe, ko ni Beanda...
Quote kakakau 24-4-2019 05:06 PM
dekat tempat keje lama selalu je guna cawan pantry sampai satu hari nampak bebudak site masuk guna cawan letak balik kt rak tak basuh.

semenjak tu terus trauma
Quote haryatie 25-4-2019 09:49 AM
Edited by haryatie at 25-4-2019 09:50 AM

pe hal nak kongsi2 mug..geli jerk
walau pun pantry ofis aku lengkap segala
mug, sudu, garpu, pinggan aku punya sendiri
Quote puanbintang 7-5-2019 08:54 AM
memang tak nak kongsi2 mug, pinggan, sudu gn orglain..baik bawak sendiri letak kat tempat sendiri....tapi lagi pantang, mug kita, dah letak tempat kita...still orang ambik pakai...berangin oiii
Quote umie 8-5-2019 06:44 AM
Sis bwk mug and sudu sendiri. X pernah mkn kat work station..buat semak meja jer. Company dah sediakan cafe...mkn jer kat cafe

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.435443 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top