CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Saida Tak Jadi Mengerjakan Ibadah Haji Tahun Ini

24-9-2013 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17666| Komen: 124

Description: Penyanyi Yang Dilahirkan Daripada Program Realiti Akademi Fantasia, Saida Atau Nama Sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin, 38, Mendedahkan Harapannya Untuk Mengerjakan Ibadah Fardu Haji Pada Tahun Ini Tid ...


Penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin, 38, mendedahkan harapannya untuk mengerjakan ibadah fardu Haji pada tahun ini tidak kesampaian.


“Selepas tujuh tahun saya mendaftarkan nama untuk mengerjakan Haji dengan pihak Tabung Haji, saya terpilih untuk mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut pada tahun ini. Namun begitu, saya terpaksa menangguhkan hasrat saya. Ini kerana ketiadaan mahram untuk menemani saya ke sana. Adik beradik lelaki saya tidak boleh menemani saya kerana mereka sudah mengerjakan Haji dalam jangka masa lima tahun ini,” cerita Saida ketika dihubungi oleh pihak GUA.


“Mengikut peraturan Tabung Haji, mereka yang pernah mengerjakan Haji hanya akan dibenarkan untuk mendaftar Haji semula selepas lima tahun dari tahun mereka menunaikan ibadah tersebut. Ini adalah untuk memberi peluang kepada jemaah yang belum menunaikan Haji lagi,” jelas kakak kepada penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza ini.


Saida menjelaskan dia sebenarnya sudah menyiapkan segala persiapan dan kelengkapan untuk menunaikan ibadah tersebut. Dengan kesulitan yang dihadapi, penyanyi ini menganggap bukan rezekinya untuk  menunaikan fardu haji pada tahun ini.

“Semua kelengkapan dan persiapan saya telah lakukan. Namun begitu, hasrat saya tidak kesampaian. Saya hanya rasakan belum rezeki saya untuk ke sana. Saya tidak berasa sedih, saya cuma berserah sahaja kepada Allah,” ulas Saida yang kini tampil lebih anggun dengan berhijab.

“Tuhan itu maha mengetahui. Saya manusia hanya merancang, tapi Tuhan yang tentukan. Saya hanya menerima berita ini dengan hati yang terbuka. Saya hanya banyakkan berdoa sahaja. Mungkin rezeki saya pada tahun seterusnya. Tahun hadapan mungkin abang sulung saya boleh ke sana, jadi saya akan pergi mengerjakan Haji dengan dia sebagai mahram, Insya-Allah,” tutur Saida lagi.


Saat diusik mengenai teman hatinya, Saida menjelaskan yang dia belum lagi terfikir untuk berumah tangga semula selepas berpisah dengan suaminya pada tahun 2011.


Sumber: GUA.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 23-9-2013 06:33 PM
xpe cuba lagi next year..

tp perlu ke beritau semua org
Quote tapibukanaku 23-9-2013 06:35 PM
cikatilia posted on 23-9-2013 06:33 PM
xpe cuba lagi next year..

tp perlu ke beritau semua org

perlu lah
mana tau nanti.....

oppsss...
Quote zafran_iman 23-9-2013 06:36 PM
Kalau x boleh gi tahun ni, boleh gi tahun depan ...
Quote tapibukanaku 23-9-2013 06:39 PM
zafran_iman posted on 23-9-2013 06:36 PM
Kalau x boleh gi tahun ni, boleh gi tahun depan ...

tapi kena ada mahram jugak kan?

Quote merrissa 23-9-2013 06:41 PM
aku yang sedih......dia tak sedih pon...sob2
Quote zafran_iman 23-9-2013 06:41 PM
Yup, mesti ada mahram
Quote tapibukanaku 23-9-2013 06:43 PM
merrissa posted on 23-9-2013 06:41 PM
aku yang sedih......dia tak sedih pon...sob2

knp uols?

Quote maxim 23-9-2013 06:45 PM
dah elok2 ada laki, ko gi wat prangai
Quote gigi00 23-9-2013 06:45 PM
Itu beza dijemput sbg tetamu allah atau melancong...
Quote noell 23-9-2013 06:47 PM
buat haji nih atas "jemputan" Allah lah...walau duit ada berkepok kalau Allah yg jemput tak sampai nye ada saja halangan
Quote tapibukanaku 23-9-2013 06:47 PM
maxim posted on 23-9-2013 06:45 PM
dah elok2 ada laki, ko gi wat prangai

khenn?
tapi mana tau lepas ni ada mahram dgn tersiarnya cerita ni...
Quote cikatilia 23-9-2013 06:47 PM
tapibukanaku posted on 23-9-2013 06:35 PM
perlu lah
mana tau nanti.....


retis kan?
harus la inform

ramai kot peminat concern..


Quote tapibukanaku 23-9-2013 06:48 PM
noell posted on 23-9-2013 06:47 PM
buat haji nih atas "jemputan" Allah lah...walau duit ada berkepok kalau Allah yg jemput tak sampai n ...

yer betul.

Quote bianglala 23-9-2013 06:48 PM
oh, adik beradik lelaki SEMUA dah pergi haji...

waaahhh.. ye ke?
Quote tapibukanaku 23-9-2013 06:49 PM
cikatilia posted on 23-9-2013 06:47 PM
retis kan?
harus la inform

harus lah uols.

Quote tapibukanaku 23-9-2013 06:52 PM
bianglala posted on 23-9-2013 06:48 PM
oh, adik beradik lelaki SEMUA dah pergi haji...

waaahhh.. ye ke?

ye lah tu kot.
tapi sebenarnya belum rezeki dijemput ke sana

Quote yayah8989 23-9-2013 06:55 PM
kelako la pasal ni pn nk gtau
Quote tapibukanaku 23-9-2013 06:56 PM
yayah8989 posted on 23-9-2013 06:55 PM
kelako la pasal ni pn nk gtau

kadang2 artis tak mau bagitau, wartawan gigih korek cerita dan sebaliknya..
berganding bahu gitu

Quote wangii 23-9-2013 06:57 PM
insyaalaah...taun dpn ada rezeki...kalo x g ngan abg dia...mayb dpt p ngan hubby baru....mn taw.. hehehe...

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059610 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top