CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jutawan Tawar 10 Kereta, 1 Rumah, Tunai RM1.28 Juta Jika Menangi Hati Anak Gadisnya

7-3-2019 10:53 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3062| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Jutawan Tawar 10 Kereta, 1 Rumah, Tunai RM1.28 Juta Jika Menangi Hati Anak Gadisnya
Seorang jutawan durian dari Thailand memuatnaik status yang menjadi heboh di media negara itu kerana menawarkan 10 buah kereta, sebuah rumah dan wang tunai 10 juta Baht (RM1.28 juta) kepada mana-mana lelaki yang berjaya memikat hati anak gadis bongsunya.




Kredit foto: Kong Wah


Status yang memuatnaik gambar anaknya berusia 27 tahun itu juga memunjukkan beliau dengan timbunan wang di atas meja. Menurut portal berita Bangkok Post, lelaki itu yang bernama Anont adalah seorang usahawan durian yang berjaya di selatan Thailand di daerah Chumpon. 

Beliau ingin mencari pasangan untuk anak gadisnya kerana merasakan beliau sudah tua dan perlukan pewaris.



Kredit foto: Kong Wah


Bagaimanapun, jutawan itu menggariskan beberapa kriteria untuk menantunya. Antaranya mestilah boleh menulis dan membaca walaupun tidak semestinya ada kelayakan akademik tinggi, rajin dan bercita-cita tinggi, berjimat-cermat dan metilah sukakan durian.



Kredit foto: Kong Wah


Ketika status itu mula tersebar, ramai menjangkakan ianya hanyalah gimik murahan. Bagaimanapun setelah menghubungi beliau dan anak gadisnya, Kansitta Rotthong, media mendapati tawaran itu adalah serius dan Kansita sendiri mengesahkan bahawa dia dan ahli keluarganya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada ayahnya.


Dipercayai, kesemua tiga adik-beradik Kansitta yang lain telah berumahtangga kecuali beliau dan tidak ada seorangpun yang berminat untuk mewarisi perniagaan bapanya. 


Kredit foto: Kong Wah



Susulan tawaran itu, dikatakan ramai calon-calon telah menghubungi Anont itu untuk menawarkan diri. Bagaimanapun, keluarga jutawan itu belum membuat sebarang keputusan dan masih membuka peluang kepada ramai lagi lelaki untuk menghantar pencalonan.



Semoga jutawan ini dapat menemui calon yang sesuai untuk anak gadisnya. Dan jika anda masih solo atau ada kekosongan, apa kata anda mencuba nasib? - CARI 

7

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 7-3-2019 11:17 AM
Cantik juga anak gadisnya
Quote saviour_09 7-3-2019 11:41 AM
aku baca mana ntah tadi
dah tarik balik dah  tawaran ni
beribu2 org duk contact
penat kot melayan

another marketing strategy

lepas ni orang tau la dia jual durian yadayada

alip sokri & vida boleh la tiru mat durian ni
Quote Sang_Pencinta 7-3-2019 11:45 AM
saviour_09 replied at 7-3-2019 11:41 AM
aku baca mana ntah tadi
dah tarik balik dah  tawaran ni
beribu2 org duk contact

Hahaha

Marketing strategy je pulak??

Kalah DSV dan Alip Syukri punya teknik

Dah tahap kahwinkan anak ni
Quote saviour_09 7-3-2019 11:48 AM
Sang_Pencinta replied at 7-3-2019 11:45 AM
Hahaha

Marketing strategy je pulak??

kompem marketing strategy

dan2 tu la penat melayan call la sms la apa la
terus tarik balik offer

ingat durian je ada musang king
tokey pun drama king!


Quote CharlesDera 7-3-2019 12:09 PM
awat anak dara hang tak laku ceq? anak jantan operate jadi betina pa ka? wakakakakakakkaka
Quote CiliPadiSedap 7-3-2019 12:21 PM
Jap lg alip buat tawaran kahwinkan kucing dodi abg jat buat tawaran check jantina..
Quote mizruncing 7-3-2019 12:23 PM
serius takde orrg nak?? klu kat malaysia ni berebut2 kot
Quote buapakperut 7-3-2019 01:14 PM
dah offer harta dengan orang, sape taknak. kalau offer durian je pun dah berpusu2 orang serbu
Quote haryatie 7-3-2019 01:18 PM
tipu jerk tu
marketing strategy
kalau betul nape tarik balik
Quote nusaraya 7-3-2019 01:30 PM
Bujang Melayu dengan size 2B janganlah mempermalukan diri ikut meminang ya.,..
Quote Sang_Pencinta 7-3-2019 01:36 PM
mizruncing replied at 7-3-2019 12:23 PM
serius takde orrg nak?? klu kat malaysia ni berebut2 kot

Yang dah berkahwin tapi ada 3 lagi kekosongan pun mau ada yang nak offer diri ni
Quote Sang_Pencinta 8-3-2019 02:15 PM
Dah kensel

Semua calon kena rejek katanya
Quote Sang_Pencinta 8-3-2019 02:18 PM
Contest for durian trader’s daughter’s suitor cancelled due to overwhelming response


THAILAND (March 7): A durian trader who offered his daughter’s hand in marriage to a suitable man who was qualified to take over his durian empire has cancelled the contest he had initially announced earlier this week.

Channel News Asia reports that the Thai durian mogul cancelled the the contest due to the overwhelming response received from would-be suitors.

Aspiring sons-in-law were required to participate in a three-month-long "tournament" held at one of his durian farms.

When he announced the contest Anont Rotthong, said, "Anyone who knows how to buy and select durian, and source the fruit from orchards can take my daughter's hand.

"I won't ask for a single baht in dowry from him, but will instead give him 10 million baht in cash, 10 vehicles, a house, two durian markets and the daughter who graduated with honours from Assumption University and has a master's degree from Sun Yat-sen University in China," said the 58-year-old in a Facebook post last weekend.

Over 10,000 people had responded to his call, and he said that he did not have a place big enough to accommodate them all.

“Interested sons-in-law, please stop calling me. I’m dying because my phone has been ringing off the hook. Let me rest," he wrote.

Kanjasita Rotthong, his 26-year-old daughter told Bangkok Post that she respected her father's method of helping her find a husband, but later said that no matter the outcome of the contest, the final decision would be hers.

A popular suitor was 28-year-old Premyosapon Khongsai, whose post on Facebook applying for the position garnered 14,000 likes.


(Image from Facebook)
“I’m interested. I am 28 years old. My family also grows durian in Trat province. We have over 300 trees … I can weather the sun and the rain. I can drive a 10-wheel truck and tractor. Please consider me, father Anont. Thank you," wrote Khongsai.

The publication reports that Anont wrote him off as being "too handsome" and that he would break the heart of his daughter, Kanjasita.

In a TV interview, Kanjasita said that while she found the contest amusing at first, it stopped being funny after it went viral.

The durian trader called off the tournament saying that the overwhelming public interest had become disruptive to his family and business, but he said that whoever ends up marrying his daughter will still receive the riches he has offered.
Quote Sham143 8-3-2019 04:44 PM
Edited by Sham143 at 8-3-2019 04:49 PM

Biar betul..Mcm tk logik pulak..Sebelum ni ada jutawan Hong Kong menawarkan duit jutaan ringgit pd mana2 lelaki yg dapat tawan hati anak pompuan dia..tapi anak pompuan dia tu lesbian..hanya minat dgn pompuan shj..
Quote mesmerize 8-3-2019 04:46 PM
mak aih durian2 dia pun.. besar2.. tiba2 craving durian..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.161935 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top