CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dedah Hidap Penyakit Psoriasis, Kim Kardashian Dipuji Peminat

19-2-2019 05:26 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7230| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Dedah Hidap Penyakit Psoriasis, Kim Kardashian Dipuji Peminat
Dari luaran kelihatan bintang realiti Kim Kardashian West punya segala-galanya; wang ringgit, populariti dan keluarga bahagia. Bagaimanapun, baru-baru ini beliau mendedahkan mengalami penyakit kulit psoriasis yang semakin kronik.




Kredit foto: Instagram


Psorisis ialah sejenis penyakit kulit yang menyerang sistem imunisasi badan dan mengakibatkan tompokan kulit yang merah, gatal dan berkeping-keping. Jika tidak dikawal, ianya akan merebak menjadi lebih teruk. Dipercayai penyakit ini adalah keturunan dan tidak berjangkit. 


Kredit foto: Buzzfeed


Penyakit psoriasis kadangkala menyebabkan rasa tidak selesa seluruh badan, menyakitkan dan memalukan jika keluar di khalayak ramai.  Baru-baru ini Kim Kardashian dilihat dalam keadaan tidak terurus dan suratkhabar Daily Mail telah membuat spekulasi mungkin beliau mengalami 'bad skin day' kerana keadaan kulit wajahnya yang tidak secantik biasa.


Kredit foto: Twitter


Menyedari komen tersebit, Isnin lalu Kim telah tampil di Instagram mendedahkan bahawa beliau telah lama menghidap penyakit kulis psoriasis sejak 2011 dan sering menutupinya dengan mekap. Walaupun penyakit itu dahulunya hanya timbul sekali-sekala, kini Kim mengatakan ianya datang semakin kerap dan menjengkelkan. 


'Psoriasis is the shit!' sumpahnya.


Kredit foto: Instagram


Turut dimuatkan dalam posting pendedahan itu adalah gambar-gambar menunjukkan penyakit yang menyerang ke hampir ke seluruh badannya.


Menurut Kim, beliau telah menggunakan pelbagai cara untuk merawat penyakit yang dihidapinya tetapi tidak berjaya. 'Saya sudah berjumpa berpuluh-puluh pakar kulit tetapi tidak berkesan, kini saya mencuba ubat-ubatan herba Cina' terang Kim lagi.


Kredit foto: Instagram


Keberanian Kim mendedahkan penyakit yang dialaminya mendapat pujian ramai peminatnya. Mereka berpandapat, penyakit itu perlu diberikan pendedahan. Malahan ada juga di antara mereka yang cuba berkongsi petua dengan Kim untuk mengawal psoriasis.


Kredit foto: Twitter


Nampaknya, di sebalik kecantikan kulit Kim Kardashian tak sangka tersimpan seribu rahsia yang ditutupi dengan mekap.- CARI 
5

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 19-2-2019 06:25 PM
Edited by Sang_Pencinta at 20-2-2019 10:09 AM

Psoriasis ni memang tak selesa. Adik aku ada tapi jenis mild lah tak teruk sangat

Kulit kepala berkeping keping
Quote top5complete 19-2-2019 11:09 PM
mudah mudah dijauhkan la
Quote aminsaniah 20-2-2019 09:03 AM
ada kawan tempat keja kena sakit ni..kesian tgk, dr gemuk jd kurus kering, seluruh badan psoriasis dia..mkn habis kuku2 jari dia..
Quote mawar_mustika 20-2-2019 09:15 AM
arwah abg kpd abg ipar I kene penyakit kulit mcm ni...tp yg kronik sampai seluruh bdn kene...bermula dgn tumbuh di kepala last2 tumbuh 1 bdn...ms i pergi melawat dia ya Allah kesian sgt kulit dia semua tercabut 1 bdn tinggal kulit kaki je...nk sentuh bdn die pun xblh sakit katanya...kakak i cita arwah bapak mertua dia pun meninggal sbb sakit yg sama...
Quote safieyah1984 20-2-2019 09:33 AM
Ya Allah kesiannya for those yang kena sakit mcm ni, iolsss tumpang simpati lebih2 lagi mcm kim, mesti dia stress dah lah public figure, tp hebat gak sbb dia boleh tutup sampai x nampak sbb dia selalu menyeksi, jap nak tanya korang ni mcm penyakit sopak ke? iolsss x tau
Quote kaklong32 20-2-2019 09:59 AM
adoi kesiannya la hai mesti x selesa rasa nak kopek2 je tu
Quote borrow 20-2-2019 10:10 AM
mawar_mustika replied at 20-2-2019 09:15 AM
arwah abg kpd abg ipar I kene penyakit kulit mcm ni...tp yg kronik sampai seluruh bdn kene...bermula ...

ya Allah peritnya.

Quote borrow 20-2-2019 10:14 AM
Memahami psoriasis

Tompok putih yang tebal adalah ciri psoriasis. Psoriasis adalah keadaan autoimun kronik yang mengakibatkan pengeluaran sel kulit berlebihan. Sel-sel yang mati terbentuk menjadi sisik kulit putih. Kulit menjadi meradang dan merah, menyebabkan gatal-gatal yang serius.

Tiada ubat untuk psoriasis. Walau bagaimanapun, beberapa rawatan farmasi topikal, ringan, dan sistemik boleh mengawal keadaan. Keadaan ini tidak berjangkit.

Memahami ekzema
Ekzema, atau dermatitis atopik, juga boleh menjadi keadaan jangka panjang yang memberi kesan kepada kulit. Ia berlaku kerana tindak balas hipersensitiviti.

Ini menyebabkan kulit bertindak balas berlebihan kepada pencetus tertentu, seperti pewarna, fabrik, sabun, haiwan, dan perengsa lain.

Ekzema sangat biasa berlaku pada bayi. Ramai pesakit ekzema tidak lagi mengalami hipersensitiviti ini menjelang zaman kanak-kanak atau dewasa.
Kulit mungkin kelihatan merah, meradang, mengelupas, retak, lepuh, atau penuh nanah. Secara amnya, ia tidak ditutup dengan kulit mati yang bersisik.
Seperti psoriasis, dermatitis boleh berlaku di mana saja di badan dan menyebabkan gatal-gatal yang teruk. Kebanyakan ekzema boleh ditangani dengan rawatan topikal

https://hellodoktor.com/ms/keada ... oriasis-dan-ekzema/



Quote borrow 20-2-2019 10:14 AM
Psoriasis yang teruk dan meluas
Seperti kebanyakan keadaan kulit, psoriasis boleh menjadi meluas dan sangat menjengkelkan. Sebagai contoh, plak psoriasis boleh menutup hampir seluruh permukaan badan. Dalam kes-kes yang teruk, keradangan boleh menjadi sangat teruk, hingga pesakit merasa seperti terbakar.
Psoriasis yang sangat menyeluruh, sangat menyakitkan, seperti rasa terbakar boleh mengancam nyawa. Ia memerlukan perhatian segera daripada profesional kesihatan. Lain-lain psoriasis yang meluas mungkin hanya memerlukan rawatan standard untuk meringankan keadaan atau mengawalnya.

Ekzema yang teruk dan meluas
Ekzema juga boleh menjadi sangat serius dan meliputi sebahagian besar permukaan kulit. Jumlah kulit yang terkena ekzema akan bergantung kepada:
  • sensitiviti kulit seseorang
  • pendedahan kulit kepada kerengsaan
  • jenis dan keberkesanan rawatan
Ekzema yang menyebabkan kulit merekah, meleleh dan pendarahan yang teruk boleh menjadi berbahaya. Ekzema yang meluas juga lebih berkemungkinan mendapat jangkitan disebabkan lebih banyak kulit pecah.

Quote supernaturalee 20-2-2019 10:25 AM
safieyah1984 replied at 20-2-2019 09:33 AM
Ya Allah kesiannya for those yang kena sakit mcm ni, iolsss tumpang simpati lebih2 lagi mcm kim, mes ...

rsnya bkn sopak ni
sbb sopak blh berjangkit



Quote hanglipolopo 20-2-2019 10:36 AM
Baru2 ni aku ade tgk cite Dr Pimple Popper..ade sorang mamat ni ade Psoriasis plus benjol atas kepala dia.. Dr Pimple tu rawat senang je.. benjol tu tentulah dia korek dan keluarkan segala mak nenek dalam tu.. Yg sopak kulit mamat ni kena teruk giler.. abes satu badan dan kepala dia merah2 berkuping2 sampai bini dia pun stress nak tutttt... pun x boleh. So Dr Pimple ni bg dia injection kat dua2 belah paha dia. Kat rumah pun dia kena buat sendiri macam inject insulin tu.. in 4 weeks kulit dia dan elok dan cantik balik.. senang je kot treatment dia..  
Quote Sang_Pencinta 20-2-2019 10:39 AM
safieyah1984 replied at 20-2-2019 09:33 AM
Ya Allah kesiannya for those yang kena sakit mcm ni, iolsss tumpang simpati lebih2 lagi mcm kim, mes ...

Bukan sopak. Sopak berjangkit kan?

Psoriasis ni keturunan.ada yg mild ada yg teruk

Kadang2 dah dewasa baru muncul
Quote Sang_Pencinta 20-2-2019 10:40 AM
hanglipolopo replied at 20-2-2019 10:36 AM
Baru2 ni aku ade tgk cite Dr Pimple Popper..ade sorang mamat ni ade Psoriasis plus benjol atas kepal ...


Masalah dia treatment tu kadang2 lepas setahun dua dah tak boleh lawan psoriasis ni. Muncul balik

Tu sebab kena sentiasa cari treatment baru
Quote pisangbanana 20-2-2019 02:54 PM
Ade ekzima since masuk U 2 taon lps...bila nk final je mesti jdi mkn teruk dgn bdn gtl2 smpai melecet n bernanah...katil pun smpai berdarah, nk mndi pun x selesa bila air kene bdn n x bole
kene ekon sbb nnti rse mcm bdn kene cucuk, maybe sbb terlmpau stress dgn study sume kot.

Skrg ni da oke sket sbb selalu follow up dgn dr pakar...
Quote Sang_Pencinta 20-2-2019 03:39 PM
pisangbanana replied at 20-2-2019 02:54 PM
Ade ekzima since masuk U 2 taon lps...bila nk final je mesti jdi mkn teruk dgn bdn gtl2 smpai melece ...

Teruknya sampai berdarah
Quote borrow 20-2-2019 04:11 PM
pisangbanana replied at 20-2-2019 02:54 PM
Ade ekzima since masuk U 2 taon lps...bila nk final je mesti jdi mkn teruk dgn bdn gtl2 smpai melece ...

Stress antara punca. If dh start nak meradang , ai cepat2 cuci n sapu krim steroid. Setakat letak lotion je tak jalan , kkdg lagi gatal
Quote mrsT 20-2-2019 04:42 PM
bukan psoriasis jerkk.. apa2 jenis allegic kulit lahh memenag suffer..  mcm my skin.. lation tak semua boleh pakai.. especially butter coco sabun  pun sama x kira sabuh basuh ker.. sabun pinggan ke..  
Quote amon_79 21-2-2019 12:10 PM
Ari tu tgk show dr pimple pooper...ada kes pesakit kulit ni...dr pimple tu bg rnjection yg dia kena amik weekly sekali xsilap...teruk gak sakit pesakit  tu drpd yg kim ni kena...lps sebulan cantik dh kulit peaakit tu
Quote Juju89 6-3-2019 04:34 PM
get well soon KIM.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.251363 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top