CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Adakah Susu Menyihatkan? Panduan Pemakanan Baharu Di Kanada Kata Tidak Semestinya

25-2-2019 12:57 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 4322| Komen: 2|Original author: Oleh: Archaiv

Description: Sumber Imej :Food Guide CanadaDalam panduan pemakanan baharu yang dikeluarkan oleh laman sesawang Health Canada, mereka telah meminggirkan produk tenusu daripada pengambilan makanan seharian. Perubaha ...

Sumber Imej :Food Guide Canada

Dalam panduan pemakanan baharu yang dikeluarkan oleh laman sesawang Health Canada, mereka telah meminggirkan produk tenusu daripada pengambilan makanan seharian. Perubahan ini menjadi tanda tanya tentang mengapa. Ramai yang tidak berpuas hati dengan kaedah baharu ini. Diet pemakanan yang diperkenalkan dan disyorkan adalah produk daripada hasil tanaman. 

Kali terakhir gizi pengambilan makanan seimbang di kemas kini pada tahun 2007. Menurut laman sesawang ini, ianya mengambil masa selama 3 tahun dalam perundingan. Panduan pemakanan baharu ini berdasarkan jumlah nutrisi yang optimal untuk cukup sihat.


Sumber Imej :Food Guide Canada


Selama bertahun, kekejaman terhadap binatang dalam industri daging dan tenusu lembu telah dikritik. Justeru, mereka bertungkus lumus mencari bukti bahawa susu tidaklah penting dalam pemakanan seharian. Perubahan gizi pengambilan seimbang ini diulas oleh Dr.Hasan Hutchinson, seorang Pengarah Awam Kesihatan Kanada;

"Kami amat jelas apabila melihat tentang bukti bahawa kami tidak akan menggunakan laporan-laporan yang ditaja oleh industri." katanya.


Mereka menasihati bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak separuh daripada piring, sesuku makanan berkanji dan bijian, sesuku lagi protein. Pengambilan minuman tenusu pula digantikan dengan jus buah-buahan. Hal ini kerana mereka melabel produk tenusu umpama susu coklat menjadi punca krisis obesiti.

Sumber Imej : Evolve
Sumber Imej : Vegan Australia

Panduan pengambilan pemakanan baharu ini mendapat pujian bagi vegetarian dan vegan. Salah seorangnya Dr David Jenkins, profesor di Universiti Toronto dan juga pengkaji nutrisi dan metabolisme. Namun, petani di Kanada mengeluarkan amaran bahawa ianya akan mengganggu ekonomi, terutamanya setelah perjanjian Perundingan Amerika-Mexico-Kanada. 


Di Malaysia, panduan pemakanan baru yang diperkenalkan di Kanada sebenarnya sudah lama diamalkan. Panduan ini dikenali sebagai Pinggan Sihat Malaysia suku-suku-separuh. Panduan ini diet Malaysia 2010 ini telah dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Malaysia berdasarkan ruji pemakanan rakyat di negara kita. untuk membacanya dengan lebih terperinci, anda bolehlah memuat turun fail dibawah;



Dalam panduan tersebut, pengambilan nutrisi serta jumlah makanan agak sama dengan panduan baharu di Kanada. Cuma bezanya, Malaysia masih membenarkan pengambilan produk tenusu sebagai sumber kalsium. 

Sumber Imej : Medic UPM

Cuma satu sahaja, semoga di Malaysia tiada pula kekejaman terhadap binatang ternakan ya! Kalau ada, sila lapor! Utamakan Kesihatan ya! Dan kepada sesiapa yang mahu menukar diet pemakanan, dinasihatkan bertukar secara perlahan-lahan. Tubuh kita juga perlukan masa untuk sesuaikan diri untuk cara pemakanan baharu ya! - CARI


 
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • ummuibrisim

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ummuibrisim 25-7-2019 11:45 PM
pinggan sihat suku suku separuh
Quote prego 30-10-2019 09:24 PM
mmmm kalo tak minum susu, kena cari sumber lain lahh utk topup kalsium ye ..

selalu tgk iklan wanita2 berumur digalakkan minum susu utk elakkan Osteoporosis

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.217935 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top