CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pendakap Gigi Tersangkut Pada Baju Pengantin, Bro Cemburu Kawan Kahwin Dulu Ke?

29-1-2019 10:01 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4589| Komen: 12|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Ini betul-betul rindu sampai salam peluk kawan, tapi pendakap gigi tersangkut pada lengan baju," tulis pemilik akaun Instagram Aiman Azizii."
Kredit foto: IG Aiman Azizii


"Ini betul-betul rindu sampai salam peluk kawan, tapi pendakap gigi tersangkut pada lengan baju," tulis pemilik akaun Instagram Aiman Azizii."



Majlis perkahwinan gamat dengan gelak tawa sahabat handai apabila pendakap gigi seorang tetamu tersangkut pada busana pengantin lelaki!

Bagi mereka yang memakai pendakap gigi, ia mungkin satu kejadian mengerikan apabila pendakap tersangkut pada sesuatu. Pasti ngilu gigi membayangkannya!

Namun, kebanyakan netizen sebaliknya terhibur dengan insiden melucukan itu hingga ia tular di laman sosial.


Kredit foto: Twitter

Menurut mStar Online, Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Azizi berkata, insiden itu berlaku pada Sabtu lalu ketika majlis perkahwinan rakan mereka dikenali sebagai Nami di Seksyen 23, Shah Alam.

Katanya, kejadian berlaku tidak sampai lima minit selepas tiba di majlis.


Kredit foto: IG Aiman Azizii

"Bila dah lama tak jumpa, tu yang pengantin peluk sampai terangkat rakan kami, Izlan. Tak sangka pula braces dia tersangkut pada benang songket baju pengantin," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Muhammad Izlan Iskhan berkata, ia bukan kejadian pertama sepanjang dua tahun memakai pendakap gigi.

"Sebelum ini pernah juga tersangkut, tapi kat tuala saja. Tersangkut pada baju inilah yang pertama.

"Memang malulah kot sebab berlaku kat majlis kahwin. Terkena pula pada baju pengantin. Rasa bersalah pun ada sebab majlis orang jadi kecoh," katanya berseloroh.

Katanya, kebetulan ketika berpelukan, dia sedang menganga menyebabkan pendakap berkenaan tersangkut secara tidak sengaja.

Alamak, nasib baik mereka tidak panik. Kalau tidak, boleh tercabut gigi dibuatnya. Yang pastinya, momen ini pasti akan dikenang sampai bila-bila! - CARI
9

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 29-1-2019 10:33 AM
tak memasal baju pengantin bau taik gg.
Quote raihaneem 29-1-2019 10:36 AM
Tak risak ka baju songket tu...

Mmg pakai braces mmg selalu trsangkut...kwn2 ramai ja pakai braces tp tk pernah lg sangkut
Quote febreze 29-1-2019 10:45 AM
ensem la pengantin lelaki tu kan ahaks {:love
Quote ninjago 29-1-2019 10:58 AM
dah camne boleh sangkut kt baju org? hahahahhaha.. galak sangat la tu
Quote lasagnaklcc 29-1-2019 11:02 AM
Sepanjang 4 thn lbh I pakai braces tak penah plak tersangkut kat apa2. Sape suruh byk sgt nganga
Quote pai.kacang 29-1-2019 11:38 AM
macam mana peluk sambil menganga? hahahah.. tak dapat aku nak bayangkan. maybe sambil peluk sambil ketawa agaknya
Quote Artemesiaa 29-1-2019 12:14 PM
Mulut tu luas sangat nganga mana tak sangkut jadinya
Quote danieladam 29-1-2019 12:26 PM
Hahaha..pengantin laki tu hensem. Nasib baik majlis kahwin pengantin laki tu, kalo tak mesti kena tuduh bergayahan.
Quote haryatie 29-1-2019 12:26 PM
hahaha...lawak laa..
Quote mawar_mustika 29-1-2019 04:52 PM
lor xtau nk gelak ke nk kesian tp pengantin lelaki mmg hensem
Quote notyghosty 30-1-2019 11:52 AM
aduh... yg pakai braces tu mesti dah gabra... hahaha
Quote wallame 30-1-2019 08:56 PM
Hajajaa lawak gilerrr beb

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.056629 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top