CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bila Manusia Dah Tak Takut Dengan Dosa. Ini 5 Pembunuh Bersiri Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

23-1-2019 12:55 PM| Diterbitkan: Shellyshel| Dilihat: 4015| Komen: 16|Original author: Oleh: Black Rose

Description: Dunia... penuh dengan kekejaman terhadap manusia, penindasan, peperangan dan memperdagangkan manusia. Apakah manusia itu sendiri berpuas hati dengan mempertaruhkan nyawa manusia lain? Apa yang mereka ...

Dunia... penuh dengan kekejaman terhadap manusia, penindasan, peperangan dan memperdagangkan manusia. Apakah manusia itu sendiri berpuas hati dengan mempertaruhkan nyawa manusia lain? Apa yang mereka akan dapat dengan membunuh manusia lain? Cuba anda fikirkan.


Di Malaysia juga, terdapat banyak kes pembunuhan yang kejam seperti kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993 yang melibatkan Mona Fendi dan suaminya. Begitu juga pembunuhan Altantuya yang memgemparkan Malaysia sikit masa dahulu. Dan banyak lagi kes pembunuhan yang berprofil tinggi dan sehingga sekarang masih menjadi tanda Tanya.


Walaupun pembunuhnya sudah dijatuhi hukuman, namun kita masih tertanya-tanya, mengapa pembunuhan sebegitu berlaku sedangkan kita manusia masih berfikirkan waras dengan melakukan tindakan yang kejam sebegitu.


Di sini dipaparkan 5 Pembunuh Bersiri Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia.


5. Gary Ridgway

Foto: Google

Gary Ridgway ditangkap pada tahun 2001 dan bertanggungjawab ke atas empat kes pembunuhan. Namun dia telah mengaku membunuh tujuh puluh wanita di seluruh Washington sekitar tahun 80-an dan 90-an. Dia tidak dijatuhkan hukuman mati kerana memberitahu tapak pelupusan mayat yang telah dibunuhnya dan lima lagi mayat dicampak ke Sungai Green. Oleh sebab itu, dia diberi julukan 'The Green River Killer'. Dia telah disabitkan kesalahan ke atas 49 pembunuhan dan menjalani hukuman penjara seumur hidup.


4. Pedro Rodrigues Filho

Foto: Google

Pedro telah ditangkap pada tahun 1973 dan disabitkan hukuman pada tahun 2003 dengan membunuh 71 orang. Dia mula membunuh ketika usia 14 tahun. Pedro dijatuhi hukuman penjara 128 tahun namun system undang-undang Brazil tidak membenarkan sesiapa dipenjara melebihi 30 tahun. Sewaktu Dalam penjara, dia telah membunuh ayahnya sendiri yang dipenjarakan di situ juga dan membunuh 47 orang banduan. Oleh sebab pembunuhan yang berulang dilakukannya, Pedro menjalani hukuman penjara sehingga 400 tahun.


3. Daniel Camargo Barbosa


Foto: Google

Pembunuh bersiri ini melakukan serangan seksual dan membunuh 150 orang gadis remaja di Colombis dan Ecuador sekitar tahun 70-an dan 80-an. Dia berjaya lari dari penjara dan membunuh 72 orang gadis remaja lagi. Akhirnya, dia dapat ditangkap semula di Quito dan dipenjara selama 16 tahun. Namun pada tahun 1994, Daniel dibunuh oleh banduan yang berada di penjara yang sama.


2. Pedro Alonso Lopez

Foto: Google

Dia antara pembunuh bersiri yang kejam dari Colombia. Membunuh 300 orang gadis Amerika Selatan. Dia menggunakan taktik dengan mengoda mangsa dan menarik mereka ke kawasan yang sunyi sebelum membuat serangan seksual dan mencekik mereka sehingga mati. Atas kesalahan yang dilakukannya. dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara di Ecuador selama 18 tahun sebelum dihantar ke Colombia untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dia mengaku membunuh lebih 300 mangsa.


1. Dr. Harold Fredrik Shipman

Foto: Google

Dia seorang doktor yang berbangsa Inggeris dan pembunuh bersiri yang paling banyak dalam sejarah dunia. Tokoh yang disegani masyarakat ini telah membunuh melebihi 250 orang dengan menyuntik diamorphine ke dalam badan pesakit sehingga membawa maut. Kemudian, dia membuat wasiat palsu untuk merampas harta mangsa dan membakar mayat mangsa untuk menghapuskan bukti. Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 15 kali. Namun pada tahun 2004, dia mengantung diri di Penjara Wakefield.

Kalau difikirkan, orang yang paling kejam membunuh adalah daripada kalangan orang yang bijak pandai. Ada yang sanggup membunuh untuk mendapatkan harta kekayaan orang. Amankah hidup kita andai membunuh orang untuk mendapatkan harta mereka?

Kita sebagai manusia yang waras, berfikirlah sebelum bertindak. Kerana setiap perbuatan kita akan membawa padah ke atas diri kita sendiri dan juga orang lain.

Tanyalah diri sendiri, mahukah kita diperlakukan sepertimana perlakuan kita terhadap orang lain? Hidup ini karma. Apa yang kita beri, itu yang kita akan dapat balik. Fikir-fikirkanlah. -CARI

13

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 23-1-2019 03:30 PM
Dia seorang doktor yang berbangsa Inggeris dan pembunuh bersiri yang paling banyak dalam sejarah dunia. Tokoh yang disegani masyarakat ini telah membunuh melebihi 250 orang dengan menyuntik diamorphine ke dalam badan pesakit sehingga membawa maut. Kemudian, dia membuat wasiat palsu untuk merampas harta mangsa dan membakar mayat mangsa untuk menghapuskan bukti. Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 15 kali. Namun pada tahun 2004, dia mengantung diri di Penjara Wakefield.


kejinya ko dh la doktor yg patut menyelamatkan nyawa
Quote batmana 23-1-2019 04:22 PM
apa 200 mangsa tu semo org miskin ka, smpai tk puasa doktor tu nk bunuh curi harta?
Quote matbad 23-1-2019 04:25 PM
Ted bundy tak dak ka??sepatutnya ted bundy la no.1
Quote mieymiey 23-1-2019 04:25 PM
Ni bukan alang-alang membunuh, paling sikit pun 70 orang.
Dapat kepuasan dengan membunuh kot?
Quote matbad 23-1-2019 04:29 PM
mieymiey: Ni bukan alang-alang membunuh, paling sikit pun 70 orang.Dapat kepuasan dengan membunuh kot?


Dapat medal
Quote lazim 23-1-2019 04:40 PM
yang jon bennett tu agak2 sapa yg bunuh eh. geram plk aku tgk movie who kill jon bennett tp xtau sapa bunuh
Quote DollahRepek 23-1-2019 04:44 PM
Ramainya org yang dibunuh
Quote supernaturalee 23-1-2019 04:47 PM

dapat thread sendiri di cari forum



Quote kaklong32 23-1-2019 05:27 PM
penjara sampai 400 tahun ehh
Quote NamaKuMawar 23-1-2019 10:17 PM
Best baca..

Cuma terpikir..camne pembunuh bersiri ni bleh kantoi @ ditangkap..ada saksi yg nampak ke @ camne?

Contoh macam doktor tu..adakah disebabkan dia buat wasiat palsu n dia selalu tuntut harta mangsa2nya ke yg bleh tau dia dah buat jenayah bunuh tu..
Quote moonbug 23-1-2019 10:31 PM
lazim replied at 23-1-2019 04:40 PM
yang jon bennett tu agak2 sapa yg bunuh eh. geram plk aku tgk movie who kill jon bennett tp xtau sap ...

Abang dia kot
Quote lazim 23-1-2019 10:52 PM
moonbug replied at 23-1-2019 10:31 PM
Abang dia kot

Blh jd jugak. Tp tgk abg dia masa itvw dh dewasa hensem
Quote dani-rox 23-1-2019 11:11 PM
2. Pedro Alonso Lopez



Foto: Google


Dia antara pembunuh bersiri yang kejam dari Colombia. Membunuh 300 orang gadis Amerika Selatan. Dia menggunakan taktik dengan mengoda mangsa dan menarik mereka ke kawasan yang sunyi sebelum membuat serangan seksual dan mencekik mereka sehingga mati. Atas kesalahan yang dilakukannya. dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara di Ecuador selama 18 tahun sebelum dihantar ke Colombia untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dia mengaku membunuh lebih 300 mangsa.



Nope. Dia dah dibebaskan lepas menjalani hukuman penjara setahun saja di Colombia. Tiada siapa tahu dia berada kat mana sekarang. Ai harap dia dah mereput.
Quote diss69 23-1-2019 11:59 PM
Nyawa mcm xda harga buat deorang ni...
Quote DeeHanania 24-1-2019 09:53 AM
Muka bengis masing2
Quote bakingsoda 24-1-2019 11:51 AM
keringnya hati bunuh begitu ramai orang

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.098080 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top