CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Penerbangan Tersalah Jual Harga Tiket, Pembeli Ambil Kesempatan

24-2-2019 01:44 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 8715| Komen: 49|Original author: Oleh: Nia M

Description: Cathay Pacific Airways merupakan syarikat penerbangan dari Hong Kong. Cathay Pacific telah terbang ke lebih 60 buah negara seluruh dunia.Kredit foto: GoogleBaru-baru ini, kecoh apabila Cathay Pacific ...
Cathay Pacific Airways merupakan syarikat penerbangan dari Hong Kong. Cathay Pacific telah terbang ke lebih 60 buah negara seluruh dunia.

Kredit foto: Google



Baru-baru ini, kecoh apabila Cathay Pacific didapati membuat jualan tiket dengan harga yang tidak masuk akal untuk kelas pertama dan kelas perniagaan.

Kredit foto: The Guardian

Tawaran hebat ini telah ditularkan di media oleh seorang travel blogger yang bernama Gary Leff. Menurutnya, tiket penerbangan pergi balik bagi kelas perniagaan dari Vietnam ke Amerika Syarikat dijual pada harga hanya $675 sahaja iaitu bersamaan RM 2796. 

Harga ini benar-benar mengejutkan kerana harga kebiasaan bagi kelas pertama dan kelas perniagaan penerbangan Cathay Pacific itu bernilai $16000 iaitu bersamaan RM 66000!


Rupa-rupanya ia bukanlah jualan tiket murah seperti yang disangka tetapi kesilapan daripada pihak Cathay Pacific. Apabila pihaknya menyedari kesilapan itu, seluruh tempat duduk kelas pertama dan perniagaan dihentikan jualan bagi bulan Ogos. 

Namun, Cathay Pacific mengumumkan walaupun ia satu kesilapan, mereka tetap akan meraikan penumpang yang telah membeli tiket tersebut dengan harga yang murah, sebagai hadiah tahun baru. 


Cathay Pacific tidak mendedahkan berapa keping tiket yang telah terjual hasil kesilapan itu. 

Ini bukanlah kali pertama syarikat penerbangan melakukan kesilapan menjual tiket premium dengan harga ekonomi. Terdahulu, Singapore Airlines dan Hong Kong Airlines pernah melakukan perkara sama, namun kedua-duanya tidak membatalkan tiket yang telah terjual kepada orang ramai. 

Lihatlah kerusi empuk dan semua kemudahan di kelas  pertama dan perniagaan dalam penerbangan Cathay Pacific. Beruntung siapa yang sempat membeli tiket salah harga itu! 

Kredit foto: Google

Lepas ini, rajin-rajinlah buka laman sesawang syarikat penerbangan di Malaysia pula, mana tahu ada berlaku kesilapan yang menguntungkan! 
6

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 24-2-2019 01:47 PM
tengok yang pi new york tu teruih tak balik2 kampung...duduk usa teruih...wakakakakakkaa
Quote tobby 24-2-2019 01:48 PM
Bagus sebab tunai janji. Setuju dgn tagline cathay pacific #promisemadepromisekept.

Bukan mcm #janjikencingPH
Quote anarina 24-2-2019 01:54 PM
Airasia pun kadang2 kalau lucky, mmg ada glitch, dpt tiket lombok rm8 return yg ni untung la 1st n biz class
Quote Dwdrum 24-2-2019 02:03 PM
kenapa tidak cakap..... i tidak beli lagi ticket balik raya !
Quote Dwdrum 24-2-2019 02:05 PM
Edited by Dwdrum at 24-2-2019 06:10 AM

business class $625....damn..... last raya i bayar premium $ 4800 per pax
Quote tobby 24-2-2019 02:20 PM
Btw ni nak cerita kisah benar aku sendiri. Pernah beli return tix KL-Amsterdam pd harga rm1300 garuda airline.  Ramai yg kata masa tu ada bugs dgn sistem online booking garuda airline. So katanya pembelian x sah wlpn dah completed payment guna kredit kad. Tapi aku x peduli...so aku booked 4 tiket..aku n wife, adik n adik ipar. Tiba hari nak berlepas masih berdebar2 takut tiket x valid...tapi alhamdulillah everything going smoothly. Yak yak yeay kami di Keukenhof & Zaanse Schans melihat tulips n windmill. sewa beskal pusing satu amsterdam...the most cheapest way nak tour bandar amsterdam.

Kali kedua tiket murah x masuk akal ialah promo swiss airlines...kes berbeza sbb yg ni mmg official promo announce di website. So berjaya beli return tix KL-Zurich pd harga rm1700 all in. X pernah blaku swiss air offer pd harga tu..direct flight to zurich pulak tu. klu emirate, etihad, saudi airline logik la sbb transit 14 jam di dubai...abu dhabi. So yak yak yeay lah aku satu family di switzerland. Tapi disbbkan kos hotel/transport mahal nak mampos kami spent few days sj di interlarken n lauterbrunnen ...selebihnya kami decide cross border ke austria..stay di innsbruck, salzburg n vienna. Murah sekali ganda dari switzerland
Quote chicozinn 24-2-2019 02:32 PM
Tringin nk g brcuti oversea tp kewangan xmngizinkn..{:cryrun{:cryrun
Quote Dwdrum 24-2-2019 02:58 PM
tobby replied at 23-2-2019 10:20 PM
Btw ni nak cerita kisah benar aku sendiri. Pernah beli return tix KL-Amsterdam pd harga rm1300 garud ...

last year i dapat ticket murah ....sfo - jfk - kef $380 .... icelandair
Quote Themilo 24-2-2019 03:17 PM
tobby replied at 24-2-2019 06:20 AM
Btw ni nak cerita kisah benar aku sendiri. Pernah beli return tix KL-Amsterdam pd harga rm1300 garud ...

untung la uols. ya, i adalah salah sorang naik emirates terpaksa transit berbelas jam kat dubai menunggu connecting flight ke Swiss.. kenangan betul..
Quote tobby 24-2-2019 03:21 PM
Themilo replied at 24-2-2019 03:17 PM
untung la uols. ya, i adalah salah sorang naik emirates terpaksa transit berbelas jam kat dubai me ...

Klu ada gang ok je transit lama2..klu sorang2 mmg hazab la
Quote tobby 24-2-2019 03:22 PM
Dwdrum replied at 24-2-2019 02:58 PM
last year i dapat ticket murah ....sfo - jfk - kef $380 .... icelandair

Wah..berbaloi2
Quote shi_jewel 24-2-2019 03:24 PM
ala cathay...buat amal...benda dah lepas...sedekah je.

dont make any uturn k.
Quote Elle_mujigae 24-2-2019 03:31 PM
Alaa..bukan salah..saja nak viral... teknik marketing kekdahnya...kan kan kan...
Quote Elle_mujigae 24-2-2019 03:34 PM
tobby replied at 24-2-2019 02:20 PM
Btw ni nak cerita kisah benar aku sendiri. Pernah beli return tix KL-Amsterdam pd harga rm1300 garud ...

Macam mana nak survey tiket murah2 dari airlines lain ni...apps mcm skyscanner tu betul ke murah?..  iols newbie bab flying ni..tahu beli tiket mas je..
Quote tobby 24-2-2019 03:38 PM
chicozinn replied at 24-2-2019 02:32 PM
Tringin nk g brcuti oversea tp kewangan xmngizinkn..{:cryrun{:cryrun

Aku selalu ajar adik beradik yg x berkemampuan klu nak merasa jugak travel obersea sambil main snow pegilah jepun. Promo tiket AA ke Osaka selalunya blh dpt dlm rm700 return. Sampai Kansai airport Osaka terus naik Haruka Express ke Kyoto. Skip Osaka, sbb osaka x best. Share2 sewa Airbnb di Kyoto. Nx day beli tiket train ke Shiga iaitu ski resort yg terdekat. Snow season dec-march. Turun2 train di Shiga terus naik bas ke Ski Resort. Rm100 saja sorang utk return ticket cable car ke ski resort...main la snow puas2...buat snowman besar2....amik gambar byk2 letak dlm frame
Quote tobby 24-2-2019 03:43 PM
Elle_mujigae replied at 24-2-2019 03:34 PM
Macam mana nak survey tiket murah2 dari airlines lain ni...apps mcm skyscanner tu betul ke murah?. ...

Website skyscanner..kayak..tripadvisor..dan jg fb page airport2 spt changi airport dll.
Quote shamsadis 24-2-2019 03:50 PM
Edited by shamsadis at 24-2-2019 03:53 PM

kalau company pak arab, dia batal terus

https://muscatdaily.com/Archive/ ... lZFt9G-gBEcMeW0roJg



http://www.airlineblog.in/2019/0 ... 8azd2VE9hfgTGH533yc


Quote suiskipas 24-2-2019 03:51 PM
Aku pernah dpt MAS pegi KK rm100 bisness class....website eproblem kot masa tu. Bkn nak pegi sgt pon...sbb kebetulan murah...rembat je la...
Quote sayawifenikmie 24-2-2019 04:13 PM
sam ajer dengan ekals perniagaan airlines lain (nampak macam sama) -- tapi business class kalau american arline misalnya -- hanya lah rm25k

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.558232 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top