CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Neraka Kau Dik! Bagi Ayah Dan Pakwe Masuk Dewan, Mak Tinggal Kat Luar

30-11-2018 05:18 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 11054| Komen: 36|Original author: Oleh: Whitney

Description: Majlis konvokesyen adalah satu majlis yang sangat dinanti-nantikan oleh semua graduan. Ia merupakan hari yang sangat bermakna dimana turut dihadiri oleh ahli keluarga untuk sama-sama meraikan kejayaan ...
Majlis konvokesyen adalah satu majlis yang sangat dinanti-nantikan oleh semua graduan. Ia merupakan hari yang sangat bermakna di mana turut dihadiri oleh ahli keluarga untuk sama-sama meraikan kejayaan graduan menerima skrol. Malah, lebih membanggakan, majlis konvokesyen tersebut bukan bukannya diadakan khusus buat para graduan sahaja tetapi turut meraikan kejayaan ibu bapa yang banyak berkorban dan mendoakan kejayaan anak-anak mereka.


Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)
Tetapi amat menyedihkan apabila ada graduan yang dikatakan mengabaikan ibunya pada hari bersejarah tersebut.  Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tidak berpuas hati dan begitu marah dengan seorang individu yang memberikan pas masuk ke dalam dewan majlis konvokesyen itu kepada teman lelakinya sedangkan ibunya dibiarkan berada diluar dewan. 



Kredit foto: Google (gambar sekadar hiasan)
Bodohnya bagi teman lelaki masuk dewan
Rata-rata netizen berasa ia sangat tidak patut dan mengecam tindakan graduan tersebut yang dianggap bodoh dan tidak boleh berfikir dengan waras. Sanggup dia mengenepikan hak ibunya untuk melihat sendiri anaknya itu menerima skrol di atas pentas sedangkan ibunya banyak berkorban dan tidak putus-putus mendoakannya sehingga dia berjaya bergelar graduan. 

Sepatutnya kenalah hargai ibu
Netizen sangat memahami walau apa cara sekalipun, mereka perlu mengutamakan ibu bapa mereka dalam situasi tersebut. Memang dilihat agak melampau apabila ada graduan yang melebihkan teman lelakinya yang belum tentu lagi sah menjadi suaminya. Jadi, wajarlah ibu bapa diberi penghargaan untuk melihat dan berasa bangga disaat nama anaknya dipanggil untuk menerima skrol di atas pentas.  

Mungkin ibunya sengaja tak nak masuk dewan
Tetapi, mungkin ada sebab tersendiri mengapa graduan itu membiarkan ibunya berada di luar dewan. Ada netizen yang cuba bersangka baik dan membuat andaian bahawa ibu graduan itu sendiri yang tidak mahu berada di dalam dewan konvokesyen. Jadi, dia membenarkan suami dan teman lelaki anaknya untuk berada didalam dewan tersebut. 
Walau apa pun, jangan sesekali menyisihkan ibu bapa dalam apa jua perkara. Benarlah, lumrah bagi setiap orang untuk mempunyai teman hidupnya sendiri apabila dewasa tetapi teman hidup yang paling banyak berkorban dan setia disisi adalah ibu bapa kita sendiri. Jadi, hargailah mereka selagi masih ada. Setuju tak? - CARI 

4

Bagus
13

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 30-11-2018 07:00 PM
Embun karina dah jadi tuhan sekarang?
Quote missinpiece 30-11-2018 07:33 PM
Iols dulu tanya siap2 siapa nk masuk n berapa ramai. Coz ada limit n bayaran sekian2. My mom nak masuk. Ayah n wife n adik2 xnak masuk. K fine. Hari graduasi ayah request nak masuk pula tapi of coz la siapa yg tersenarai je boleh masuk.
Ralat jugak walau pada awalnya dah tanya.  
Quote Cyempaka 30-11-2018 07:44 PM
Embun karina ke embun hasanah ni?
Quote burque 30-11-2018 07:47 PM
ms convo dlu aku pack semua benda utk mak aku sbb dia ada diabetes.Roti, biskut,air, air kotak,kipas,ubat,sweater.

Bgn awal bwk mkn siap2 supaya x lapar. ms turun pentas nmpk kelibat mak aku sayu rasa nmpk dia terlelap. nasib kerusi empuk. wpun sakit aku tpksa bwk sbb tu first convo aku dia pegi. time degree aku x p convo sbb xdak duit
Quote buapakperut 30-11-2018 07:55 PM
kisah sohih ke tak ni ? netizen pun main komen je..nampaknya pun tidak
Quote meklalala 30-11-2018 08:46 PM
Nak maki jugak tapi nak tunggu komen budak tu dulu silap2 boleh masuk motif viral..ingat haritu pasal kes bapak jual kerepek..ada org viralkan anaknya tak jaga bapak..last2 memang bapaknya sendiri nak buat..
Quote Iris. 30-11-2018 09:28 PM
Tak caya sangat cerita dongeng ni
Tapi kan i dlu... 2-2 makpak tak mau datang
Quote nishikido 30-11-2018 10:37 PM
Bodo sangat kalau sahih cerita ni..tapi takde kot.biasanya budak2 grad mesti carik mak bapak sambil fefeling anak kebanggaan mak ayah seraya upload gambar di semua media sosial.gambar wajib diapit mak ayah kiri kanan sambil pegang bouquet teddy bear n bunga besar2 dengan captions #alhamdulillah,jerih payah berbayar,balas budi mak ayah..bla3... typical
Quote pokaibanktokyo 1-12-2018 06:18 AM
Itu embun karina kaki bullshit ek
Quote kakyungpilah85 1-12-2018 08:33 AM
selalu remaja2 baru kenal cinta ni mmg lupa diri sikit..melebihkan org lain dr mak ayah sendiri..dik..apa2 hal org yg sentiasa bersama ko saat ko susah, senang,atau saat semua org pandang ko mcm sorg xberguna adalah mak ayah ko..ko henggat pakwe ko tu jaminan jadi laki ko ke?dah bekerja nanti lg luas pandangan mata ko
Quote judicata 1-12-2018 08:56 AM
bila da kawen pun aku masih suruh mak bapak aku masuk dewan.. sbb hasil pengorbanan mak bapak aku la aku dpt pendidikan sempurna, sampai la ke menara gading. without them i am nothing.
Quote kikyou 1-12-2018 09:39 AM
Ada dalam setahun, kami 3 beradik konvo serentak di tempat yang berlainan, namun jatuh hari yang sama. Awal2 abah dengan mak bagitau yang diorang takkan pergi konvo kami bertiga bagi mengelakkan anak2 kecil hati. Jadi, kami ambik keputusan utk paksa 2 orang abang dan seorang kakak utk hadirkan diri meraikan kami bertiga walaupun tempat berbeza. Hahah. Kenangan manis, x kan lupa.
Quote Kenabertaubat 1-12-2018 09:44 AM
Untung la ada mak bapak lagi. Aku dua kali convo, dua-dua mak ayah tak datang. Dah lama meninggal. Al-fatihah. Time paling sebak bila dia umum, sila berdiri dan pandang mak ayah dekat belakang. Allah je tau perasaan aku masa tu. Air mata je yg ada. Hargai lah mak ayah masa diorang masa hidup ni.
Quote BoongaKertas 1-12-2018 10:04 AM
Iols hrp citer embun ni tak betul. Seram plak iols memikirkan situasi mak dia kat luar dewan. Hati iols jd sedih yg amat bila terbyg.
Quote CardiGans85 1-12-2018 10:20 AM
Aku tak de ayah jadi aku mmg request mak aku je dtg masa tu even ada bf time tu. Jd, yg dtg emak dan adik pmpuan aku je
Quote Iema5008 1-12-2018 10:44 AM
Aku konvo dlu dua2 mak pak xmau dtg. {:cryrun
Last2 kawan baik aku yg attend dua2..

Sebak dan sedih pun ada.
Quote kucingitam 1-12-2018 11:50 AM
judicata replied at 1-12-2018 08:56 AM
bila da kawen pun aku masih suruh mak bapak aku masuk dewan.. sbb hasil pengorbanan mak bapak aku la ...

pesal tak bagi partner ko masuk sama..dia pun berkorban juga utk ko per.. kalau kes ko further study lps kawen la..

Quote judicata 1-12-2018 12:21 PM
kucingitam replied at 1-12-2018 11:50 AM
pesal tak bagi partner ko masuk sama..dia pun berkorban juga utk ko per.. kalau kes ko further stu ...

Aku kawen after abis masters sblm tunggu convo. Laki aku ok je. Dia pon time konvo bawak mak bapak dia masuk walaupun kitorang da kawen time tu. Dia faham juga pengorbanan sepanjang hayat mak bapak kita takkan sama dengan pengorbanan pasangan.
Quote EncikRhoma 1-12-2018 01:05 PM
hasanah nak kumpul like dengan retweet la tu. Ada sesetengah orang dia rasa puas hati kalau dapat banyak like, retweet, share di media sosial. Sepatutnya ada 1 istilah utk orang macam ni. Kategori masalah psikologi jugak ni. Macam OCD.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.095067 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top