CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tiru Asia, Menu Serangga Kini Bakal Dijual Di Pasaraya UK

4-12-2018 04:07 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4361| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pasaraya Sainsbury’s bakal menjadi pasaraya pertama menjual serangga boleh dimakan di United Kingdom secara langsung di rak jualan. Menurut laporan Sky News, serangga seperti belalang dan cengkerik b ...

Pasar raya Sainsbury’s bakal menjadi pasar raya pertama menjual serangga boleh dimakan di United Kingdom secara langsung di rak jualan. Menurut laporan Sky News, serangga seperti belalang dan cengkerik berperisa BBQ akan mula dijual di lebih 250 buah pasaraya itu seluruh negara. Menu itu dipromosikan dengan tag ‘makanan yang rangup dengan rasa yang sedap’ dan dikeluarkan oleh Syarikat Eat Grub.

 

Kredit foto: Carian Google


Satu paket kecil serangga bakal dijual dengan harga 1.50 pound sterlings (RM8). Sebelum ini pasar raya Ocado sudah pernah menjual makanan tersebut secara online sejak lima bulan lalu dengan sambutan yang berbelah bagi. Seorang pembeli memberikan 1/5 bintang dengan berkata ‘tiada rasa BBQ, hanya seperti sos ikan, harga terlalu mahal’. Manakala seorang lagi pembeli online yang memberi rating 5/5 berkata ‘sangat suka! Lebih sedap daripada kerepek kentang, tanpa kalori, saya makan tak henti-henti’.


Kredit foto: Mirror


Pasar raya Sainsbury’s mencadangkan serangga itu dimakan sebagai makanan ringan atau dicampurkan ke dalam makanan seperti taco, mee sup atau salad. Menurut Eat Grub, mereka akan terus memasarkan produk makanan yang biasa  di seluruh negara lain tetapi tidak didapati di negara-negara barat. ‘Menu serangga popular kepada 2 billion penduduk seluruh dunia’ kata jurucakapnya, Shami Radia.

 

Kredit foto: Carian Google


Kredit foto: Carian Google


Kredit foto: Carian Google


Pasar raya Sainsbury’s dan Eat Grub sudah membuat kajian dan mendapati 10% rakyat Britain pernah mencuba menu serangga dan lebih separuh menyukainya. Kajian mendapati serangga mempunyai lebih kandungan protein berbanding daging tenusu , ayam atau khinzir. Serangga juga diiktraf lebih lestari berbanding daging lain kerana pemeliharaannya lebih ringkas.

 

Nampaknya makanan yang popular sebagai ‘street food’ di Asia bakal naik taraf di pasaraya Barat, dan orang-orang UK tak perlu lagi ke Thailand dan Cambodia untuk mencubanya. - CARI 
13

Bagus
14

Marah
13

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 4-12-2018 04:10 PM
Eewwww.. org asia mkn pasal miskin,perang x da makanan..
Quote Sang_Pencinta 4-12-2018 04:19 PM
Orang asia makan kerana tak ada makanan lain

tapi diorang ni ikut ikutan sebab alaala  cuisine mewah kot
Quote kucingitam 4-12-2018 04:23 PM
so sapa lak nak claim ni...
Quote Sang_Pencinta 4-12-2018 05:20 PM
Cambodia , Vietnam , Laos dan Thailand

Sila mohon royalti
Quote Artemesiaa 4-12-2018 05:26 PM
Mesti dah makin banyak pemintaan terutama dari mereka yang pernah berkunjung ke negara2 rantau Asia
Quote Sang_Pencinta 4-12-2018 06:01 PM
Ini kita panggil makanan fear factor, walaupun malaysia juga ada banyak makanan yang setanding

Contoh, budu, tempoyak, cincalok, tuhau, bosou, sinamu   semua ni kita biasa tapi eksotik bagi orang luar.
Quote ultra78 4-12-2018 06:15 PM
Pernah sekali aje makan belalang goreng. Zaman sekarang memang susah nak dapat melainkan bela. Tapi tak ramai orang ternak belalang. Penternak lagi banyak bela cengkerik untuk dijadikan umpan memancing. Dengan rupa mcm lipas tak ada org selera nak makan.
Quote Sang_Pencinta 4-12-2018 07:14 PM
Sy pun pernah makan belalang goreng, rangup dan sedap
Quote mbhcsf 4-12-2018 07:18 PM
eat grub? where are those maggots?
Quote Sang_Pencinta 4-12-2018 09:07 PM
mbhcsf replied at 4-12-2018 07:18 PM
eat grub? where are those maggots?

Sis nak cuba ke? Dapatkan di pasaraya Sainsbury yg berdekatan ya
Quote Joyahbedah 4-12-2018 09:19 PM
Udang ketam yg korang makan tu pon serangga jugak.. ada mazhab lain tak bagi makan tau
Quote manjalara_01 4-12-2018 10:12 PM
just nak share...harap korang tgk video ni..is this really our future??[youtube]WW_bGFhYvPQ[/youtube]

sape yg dah tgk Blade Runner 2049, ingat lg scene tu ?? Klik minit ke3...That is your PROTEIN/INSECT FARM....
[youtube]sAyjX3nPAGI[/youtube]




Quote dubuk 4-12-2018 10:15 PM
apa je yang bergoreng semua sedap.. cuba rebus/kukus/
Quote Sang_Pencinta 5-12-2018 07:05 AM
dubuk replied at 4-12-2018 10:15 PM
apa je yang bergoreng semua sedap.. cuba rebus/kukus/

Yuccckk! Kalau rebus tak sanggup nak try
Quote mysterio 5-12-2018 07:28 AM
semoga mereka keluarkan menu lipas sekali. supaya rakyat malaysia bole tambah pendapatan dgn menangkap lipas dimusim tengkujuh
Quote gaara_X 5-12-2018 07:54 AM
belalang goreng..sedap woo...pekena ngan nasi panas²
Quote lil_honey 5-12-2018 07:58 AM
byk pulak serangga nak kene tangkap..
Quote miemiecha 5-12-2018 04:23 PM
jd serangga pun dah x selamat skrg nih weyh,,,
Quote cmf_shalom 5-12-2018 04:51 PM

ada satu spesis semut..kaler agak kemerahan..lupa nama..masa kecik2 dulu..sedap..goreng..krop krop krop..

tp mmg betul..org tua ckp..makanan time komunis dulu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.252742 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top