CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Malu! Peminat Bola Je Yang Panjat Pagar, Rempuh Stadium Ni. Tengok Peminat Kpop Disiplin Sangat!

29-10-2018 02:34 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3351| Komen: 5|Original author: Oleh: Azza

Description: Kejadian panjat, rempuh dan pengsan peminat bola sepak ketika membeli tiket perlawanan akhir bola sepak bukanlah perkara asing untuk diperkatakan. Setiap kali penjualan tiket diumumkan, maka berpusu-p ...



Kejadian panjat, rempuh dan pengsan peminat bola sepak ketika membeli tiket perlawanan akhir bola sepak bukanlah perkara asing untuk diperkatakan. Setiap kali penjualan tiket diumumkan, maka berpusu-pusulah penyokong kedua-dua pasukan mahu mendapatkan tiket bagi menyokong negeri mereka. Bagaimanapun insiden buruk ini mengakibatkan lebih ramai tercedera hingga ke hospital.

Justeru itu, seorang netizen yang juga peminat muzik K-Pop telah membangkitkan kemarahan peminat bola apabila membandingkan disiplin peminat bola dengan peminat K-Pop ketika membeli tiket. Ini kerana tiada rusuhan ketika penjualan tiket K-Pop dan jelas menyatakan perbezaan pemikiran lelaki (peminat bola) dan perempuan (peminat K-Pop) itu sendiri.



Kredit foto: Twitter

"Hello, berapa peratus je orang Malaysia tengok konsert Kpop ni, tapi final bola ni berjuta ya tengok."

Bagi peminat fanatik bola sepak, mereka marah dengan tulisan tersebut kerana adalah tidak adil menyamakan antara perlawanan bola akhir dengan konsert K-pop. Ini kerana peminat muzik Korea pastinya tidak seramai peminat bola sepak yang diperuntukkan 80,000 tempat duduk pun, tetapi masih tidak mencukupi.

Lagi pula menurut mereka, harga tiket konsert boleh mencapai ratusan ringgit berbanding harga tiket bola sepak yang bawah RM50. Ini memungkinkan ramai yang memanipulasi pembelian tiket tersebut untuk dipasarkan ke jualan gelap.


 berebut membeli tiket - Carian Internet


Namun, bagi peminat muzik Kpop itu sendiri, mereka tidak kisah dilabelkan fanatik tetapi tidaklah sampai membahayakan nyawa sendiri dengan merusuh pagar dan sebagainya. Lagi pula ramai peminat Kpop adalah golongan wanita yang memungkinkan mereka lebih berdisiplin daripada lelaki yang berebut ketika mahu membeli tiket.





Bagaimanapun menurut Ika, Tweetnya telah disalah tafsir oleh ramai netizen. Apa yang mahu disampaikan ialah perbezaan pengurusan penjualan tiket bola sepak sangat ketinggalan berbanding penjualan tiket konsert yang menggunakan kaedah dalam talian yang lebih memudahkan. Selain itu, wujudnya ulat tiket yang menjual dengan harga berganda juga membuatkan insiden ini semakin buruk. 

Malahan dia juga mengaku yang peminat Kpop juga mengalami masalah sama dengan ulat tiket yang dijual oleh Mafia China yang telah memborong banyak tiket kemudiannya menjual balik kepada peminat Malaysia dengan harga dua kali ganda iaitu dari RM700 menjadi RM1,400.



Kredit foto: Carian Internet

"Kpop tak salah, bola pun tak salah. Yang salah ialah bila terlalu taksub."

Ia disokong oleh peminat bola yang rasional kerana di kaunter cuma menjual 2,000 keping tiket sahaja dan ia habis dalam masa kurang sejam. Manakala 28,000 tiket lagi ghaib entah ke mana. Ini menyebabkan peminat bukan geng kroni terpaksa berebut untuk mendapatkan tiket mereka hingga mengalami kecederaan.


Kredit foto: Carian Internet


Demi mengelakkan insiden sama berulang kembali, ramai yang menyarankan supaya pihak pengurusan membuat penjualan menerusi dalam talian, perketatkan kawalan, barricades dan lain-lain lagi.






Sesuai dengan peredaran zaman, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu lah membuat pembaharuan dalam kaedah penjualan tiket. Semoga tidak ada lagi insiden yang memalukan ini. - CARI
26

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
20

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pai.kacang 29-10-2018 03:19 PM
sebenarnya yang tak boleh hadam.. kalau dah tahu seteruk tu  nak beli tiket.. kenapa masih sanggup nak berebut, bersesak, bertumbuk, rosakkan harta benda.. ? boleh buat pilihan.. antara bersabar.. berbaris elok2 .. atau balik je...

Quote Artemesiaa 29-10-2018 03:33 PM
Semuanya berpunca dari masaalah disiplin, adap dan sikap.  Kalau yang jenis degil keras kepala mana nak ikut peraturan dan arahan yang diberikan.  
Quote siputsedut 29-10-2018 04:02 PM
Seriously lah..dr 30k seat hanya 2k je jual kt kaunter? No wonder fanatik bola mengamuk sakan...
Quote matchstick 29-10-2018 04:14 PM
Fans kpop kebanyakan pompuan. Kalu ada jantan pun jenis fonen lemah gemalai.. Spesis nazimah tu hah
Quote JohnathanGlover 2-11-2018 12:18 AM
Je ne le savais pas auparavant, mais avec votre aide, il est très facile de se plonger dans les nouveaux sujets intéressants. Je vous recommande de jeter un coup d'œil à ces meilleur casino en ligne 2018 et vous ne serez pas déçu non plus! Je n'ai aucun doute à ce sujet.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.087018 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top