CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelabur2 Skim Bestino Mengamuk Di Mof!

13-9-2013 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9597| Komen: 41

Description: Putrajaya, 13 September: Suasana Di Luar Pekarangan Kementerian Kewangan (Mof), Di Sini Semalam Sedikit Tegang Apabila Seorang Wanita Yang Juga Salah Seorang Pelabur Skim Bestino Bertindak Agresif Seb ...

SEBAHAGIAN pelabur Skim Bestino berkumpul di hadapan pintu utama  Kementerian Kewangan, semalam.


Putrajaya, 13 September: Suasana di luar pekarangan Kementerian Kewangan (MOF), di sini semalam sedikit tegang apabila seorang wanita yang juga salah seorang pelabur Skim Bestino bertindak agresif sebelum mengamuk dan  mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, wanita berkenaan ingin memasuki bangunan dipercayai mahu membuang air kecil, namun anggota polis yang berkawal tidak membenarkannya atas sebab keselamatan.

Keadaan itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan lebih 150 pelabur skim berkenaan yang mula berkumpul di luar pekarangan bangunan kementerian itu dari jam 11 pagi hingga 3 petang semalam.


Bagaimanapun, pertengkaran selama empat minit itu berjaya dileraikan apabila polis akhirnya memberi laluan kepada wanita terbabit untuk masuk ke dalam bangunan yang dikawal rapi daripada kumpulan demonstrasi berkenaan.

Kumpulan demonstrasi itu berhimpun di hadapan bangunan itu bagi menuntut kerajaan melepaskan wang pelaburan RM24.2 juta yang didakwa dibekukan Bank Negara Malaysia (BNM).

Setiausaha Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik MOF, Datuk S Kumaran ketika ditemui berkata, kementerian tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan BNM mengeluarkan wang berkenaan kerana ia tertakluk kepada keputusan mahkamah.

Beliau berkata, kementerian perlu mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan memandangkan kes itu sudah menjadi kes mahkamah dan pelbagai prosedur perlu dilalui.

“Kementerian sentiasa mahu menolong mana-mana pihak yang berada dalam kesusahan termasuk nasib 6,764 pelabur Skim Bestino ini, namun ia perlu mengikut prosedur dan undang-undang yang  ditetapkan.


“Jika pelabur Skim Bestino ini memerlukan khidmat guaman, kami juga sudi menyediakannya demi membantu mereka yang tertindas ekoran tertipu dengan mana-mana skim pelaburan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintendan Mak Pak Chuai berkata, pihak polis membuat persiapan awal sejak tiga hari lalu kerana sudah dimaklumkan.

“Kami sentiasa berwaspada kerana di sini adalah pusat pentadbiran kerajaan dan kita tidak mahu ketenteraman awam serta lalu lintas terjejas,” katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ringcat 13-9-2013 06:41 AM
sian, kalau tak masuk kongsi gelap bagi golongan lelaki

golongan tua dan wanita keling akan masuk Skim mengarut macam ni!

anak cucu mereka akan sengsara dan akan masuk Kongsi Gelap.
Quote batmana 13-9-2013 06:51 AM
setahu aku, mana penah Bank Negara lepaskn duit2 skim yg dibekukan?..
mana ade...adeke?..skim2 lepas tu..sudah senyap..ckp aja dlm siasatan, tapi sbnrnya dlm sia-sia ajaa..

12dailypro, yg skim ponzi kokusen pn dh mule pulang balik duit, tu kerjasama pelbagai jabatan termasuk FBI skali..aku tau psl member aku dpt balik duit yg kene beku tu even duk malaysia..
Quote encikWawad 13-9-2013 07:35 AM
sekali masuk poket bank negara - jgn mimpilaaa nk dapat balik
Quote yipun_78 13-9-2013 07:39 AM
skim pelaburan ni mmg senang pengaruhi org untuk join eh?
Quote Belimbingtm 13-9-2013 07:49 AM
Mimpi jer la BNM nak lepaskan duit tu.

Cantik betu nama Polis tu Mak Pak Chuai
Quote card_reader 13-9-2013 07:49 AM
pelik2 nama skim menipu skang nie...
Quote Muntz 13-9-2013 08:18 AM
Org Malaysia nie tak reti2 nak insaf bab melabur benda2 skim cepat kaya nie.
Quote gaara_X 13-9-2013 08:54 AM
orang skang mudah kena tipu...nak senang n kaya cepat...kesan dari ekonomi skang......
Quote namirulmukminin 13-9-2013 09:00 AM
Eleh... lepas bekukan pastu masuk dalam akaun hasil... 24 jota free2 je gomen rompak dari depa ni nanti... Kak Mah ready dah tu....
Quote abby_R 13-9-2013 09:09 AM
byk jugak duit aci2 tu melabur ye....
kesian btol jd camnih
Quote bukanAlong 13-9-2013 09:30 AM
siyesly geng2 keling nih tak reti nak ikut undang2 ke.. wat suka ati je.. wat kuil merata.. gengster..
Quote shamsadis 13-9-2013 09:32 AM
dah jadi kes mahkamah pergi buat demo depan mahkamah la
Quote langlobat 13-9-2013 09:34 AM
mungkin duit tu dan siap2 dibungkus utk di agih2kan dalam pemberian BRIM akan datang. Wallahua'lam
Quote sapp73 13-9-2013 09:37 AM
duit-duit tu kemana pergi agaknya.......kesian, ni semua sebab diperdaya tuk mendapatkan wang mudah
Quote artificialster 13-9-2013 09:39 AM
baru korang tau sape perompak sebenar. hahahahaha.. bank negara ni bkn tak tau kewujudan investment2 ni..  tp depa tggu ramai org masuk... pastu... freezeee.. bkn kata nak bg kat pelabur balik...
Quote Budakmomok 13-9-2013 02:34 PM
apasal ramai keling yang join? kenapa x berpiket di bank negara?
Quote ushioz 13-9-2013 02:46 PM
Superintendan Mak Pak Chuai

i loled
Quote ringcat 13-9-2013 02:51 PM
Belimbingtm posted on 13-9-2013 07:49 AM
Mimpi jer la BNM nak lepaskan duit tu.

Cantik betu nama Polis tu Mak Pak Chuai

ha ha ha!

nasib baik hakikatnya mak pak dia bagus, anak berjaya jadi ASP.
Quote kucingTomey 13-9-2013 02:57 PM
mak pak chuai..hahahhaha

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.285712 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top