CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Dia 3 Strategi Rahsia Bisnes Bangsa Cina

30-10-2018 12:22 PM| Diterbitkan: al-tapahi87| Dilihat: 3930| Komen: 16|Original author: Oleh: Amshar Sofyan

Description: 3 dari 10 strategi perniagaan orang cina.
Bangsa cina selalu dikagumi kerana kemahiran dan kehebatan mereka dalam dunia perniagaan. Bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia, bangsa cina dikaitkan dengan kejayaan perniagaan mereka. Pasti ada rahsia di sebalik kejayaan mereka dalam perniagaan kan? Jom, kita bongkar strategi rahsia perniagaan mereka untuk kita sama-sama contohi. Manalah tahu, kita pun boleh jadi sehebat mereka dalam perniagaan.

Strategi pertama, ialah PANTAS.  Menurut Sun Tzu, pemerintah yang baik dan jeneral yang berkebolehan biasanya mampu mengalahkan musuh mereka dan mencapai kejayaan cemerlang kerana mereka ada maklumat awal situasi yang berlaku. Dalam perniagaan, pantas boleh ditafsirkan dalam 3 cara, iaitu pantas menghidu peluang perniagaan, pantas dalam memberikan perkhidmatan, dan pantas memproses informasi perniagaan yang diperoleh. 


Kepantasan menghidu peluang perniagaan memberikan lebih banyak peluang untuk berjaya. Contohnya, di zaman Cina purba, seorang pedagang bernama Liu Bao menubuhkan biro maklumat di setiap bandar di China untuk mendapatkan maklumat peluang perniagaan. Suatu hari, bandar Luoyang dilanda banjir dan permintaan terhadap alatan bertani meningkat apabila banjir surut. Kepantasan maklumat yang diterima oleh Liu Bao membolehkannya segera bertindak membeli alatan bertani termurah di Zhaozhou dan menjualnya di Luoyang. Hasilnya, beliau berjaya memperoleh untung lumayan. Dari kisah ini, jelas maklumat adalah perkara terpenting dalam perniagaan. Lebih tepat dan cepat maklumat yang kita perolehi dalam perniagaan, lebih mudah untuk kita mendapatkan keuntungan.


Foto Carian internet

Strategi kedua, ialah KEJUTAN. Sun Tzu dalam Art Of War mengungkapkan, di medan perang, tentera biasanya berperang secara berhadapan. Sesiapa yang mampu membuat kejutan akan menang. Pakar Taktikal perang perlu mampu membuat sesuatu yang ketara untuk menang. Maksudnya, perniagaan kita mestilah ada sesuatu yang berbeza dan mengejutkan berbanding perniagaan orang lain. 

Seorang perantis di kedai ubat di zaman Dinasti Qing, Xu Jian, telah membuka sebuah kedai ubat baru. Untuk meraih perhatian dan mendapatkan reputasi  terhadap kedainya, beliau telah menggunakan nama Dewan Perubatan Tong Jun. Tong Jun ialah seorang pakar perubatan China yang pertama. Kedai beliau mendapat sambutan hebat kerana kepercayaan orang terhadap nama Tong Jun. Beliau bagaimanapun membalas kepercayaan itu dengan memberikan perkhidmatan setanding dengan reputasi Tong Jun itu sendiri. Benar, kedai dengan nama tokoh hebat saja tidak cukup, sebaliknya, produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan perlu sama hebat dengan jenama yang kita iklankan.

Strategi ketiga, ialah inovasi. Inovasi dalam perniagaan boleh ditafsirkan sebagai membuat produk baru atau memperbaiki kelemahan atau menambah baik sesuatu produk. Menurut Lun Yu, tandingi kekuatan orang lain dan gunakan kelemahan mereka bagi memperbaiki diri. 

Jin Yinzhi ialah seorang saudagar gula-gula semasa Dinasti Qing. Setelah beberapa lama berniaga gula-gula, beliau mendapati kanak kanak tidak lagi tertarik dengan gula-gula berbentuk petak yang dijual. Oleh itu, beliau mencipta gula-gula dalam pelbagai bentuk. Hasilnya, kanak-kanak tertarik dengan gula-gula yang dijual beliau. Gula-gula beliau semakin terkenal sehingga mendapat pengiktirafan diraja. 

Foto Carian internet
Pengajaran dari kisah ini, dalam perniagaan, produk atau perniagaan yang kita jalankan mesti sentiasa berubah mengikut kehendak pasaran dan pelanggan. Lihat saja perubahan dalam bentuk produk jenama terkenal seluruh dunia saban tahun, seperti Coca Cola, Mc D dan sebagainya yang sentiasa menghasilkan produk baru untuk sentiasa berkembang mengikut kehendak pasaran.

Eh, takkan ada tiga saja strategi perniagaan orang Cina? nantikan sambungan strategi  seterusnya minggu berikutnya. - CARI 
26

Bagus
12

Marah
15

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 30-10-2018 12:53 PM
kongsi lagi sis, menarik artikel ni, mohon moderator kredit kepada tt.

Quote Sham143 30-10-2018 03:13 PM
Mcmana hebat pun bangsa cina dlm perniagaan, tk ada sorang pun richest man in the world antara 1 hingga 10 dlm rangking dunia.. Indian ada spt lakhmi mital & mukesh ambani..Hi..hi..
Quote Margarita 30-10-2018 10:32 PM
Sham143 replied at 30-10-2018 03:13 PM
Mcmana hebat pun bangsa cina dlm perniagaan, tk ada sorang pun richest man in the world antara 1 hin ...

Eh Jack Ma tak masuk dalam list top 10 ke?? Ingatkan dia antara top 10 richest man
Quote armin 30-10-2018 10:32 PM
Mostly kaki kencing sbb tu berjaya. Banyak kali dah terkena
Quote kucing02 27-11-2018 05:43 PM
Good info {:good
Quote Ferr_Remy 4-1-2019 09:12 AM
armin: Mostly kaki kencing sbb tu berjaya. Banyak kali dah terkena


Dan diorg xde halal haram. Tu yg plg penting hahaha
Quote PU-ndan 5-1-2019 08:32 AM
cina sorang jadi kaya, selalunya adik beradik semua jadi kaya.

kalau yg celebrate raya pulak, selalunya kalau sorang jadi kaya, yg kaya tu terus tak balik time raya.

kalau yg sikit sikit lama2 jadi kuil, sorang jadi kaya, terus tukar nama jadi Thomas.
Quote sinalegna 5-1-2019 07:32 PM
armin replied at 30-10-2018 10:32 PM
Mostly kaki kencing sbb tu berjaya. Banyak kali dah terkena

Ini memang fakta
Quote pokaibanktokyo 6-1-2019 07:27 AM
@friedfishsoup
Tahun lepas sebaik saja jadi moderator engkau main padam saja komen aku mengatakan 3 strategi yang didakwa ciptaan cina itu sebenarnya dah lama diamalkan manusia purbakala seluruh dunia. Boleh jelaskan sebab tindakan anda itu ?

@admin6
@AceHand
Quote pokaibanktokyo 6-1-2019 07:41 AM
armin replied at 30-10-2018 02:32 PM
Mostly kaki kencing sbb tu berjaya. Banyak kali dah terkena

Kaki kencing la paling tak berjaya. Tak kira apa bangsa. Kalau jujur & bersungguh lebih senang berjaya. What goes around comes around
Quote pokaibanktokyo 6-1-2019 07:48 AM
Sham143 replied at 30-10-2018 07:13 AM
Mcmana hebat pun bangsa cina dlm perniagaan, tk ada sorang pun richest man in the world antara 1 hin ...

Hebat ke? Negara ada sebillion orang. Private corporation gergasi bangsa lain pula dianggap tak ada nilai sebab sahamnya tak didagangkan di pasaran saham
Quote friedfishsoup 6-1-2019 08:56 AM
pokaibanktokyo replied at 6-1-2019 07:27 AM
@friedfishsoup
Tahun lepas sebaik saja jadi moderator engkau main padam saja komen aku mengatakan  ...

Bila masa entah saya delete thread pasal ni? Salah mod ke apa?
Quote pokaibanktokyo 6-1-2019 10:42 AM
friedfishsoup replied at 6-1-2019 12:56 AM
Bila masa entah saya delete thread pasal ni? Salah mod ke apa?


Quote friedfishsoup 6-1-2019 10:56 AM
pokaibanktokyo replied at 6-1-2019 10:42 AM

Apa kat dalam situ?
Quote nishikido 6-1-2019 10:51 PM
PU-ndan replied at 5-1-2019 08:32 AM
cina sorang jadi kaya, selalunya adik beradik semua jadi kaya.

kalau yg celebrate raya pulak, se ...

Haha..betul sangat.lagi2 yg sambut raya dengan si Thomas tu..tapi cina pon kalau kaya tiba2 nama jadi omputih siap pakej bahasa pertuturan pon bertukar sekali.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.477989 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top