CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lukisan Bernilai Jutaan Dolar Tiba-Tiba Musnah Sendiri, Sejurus Selepas Dilelong

8-10-2018 12:34 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9407| Komen: 49|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Sebuah lukisan milik pelukis misteri ‘Banksy’ yang baru sahaja berjaya dilelong Jumaat lalu dengan harga ASD1.4 juta (RM5.8 juta) tiba-tiba musnah dengan sendirinya, lapor The Associated Press.

Sebuah lukisan milik pelukis misteri 'Banksy' yang baru sahaja berjaya dilelong Jumaat lalu dengan harga ASD1.4 juta (RM5.8 juta) tiba-tiba musnah dengan sendirinya, lapor The Associated Press.


Kredit Foto: Independent.ie

Menurut pusat lelongan Sotherby di London, sejurus selepas pengesahan penjualan karya seni yang bertajuk 'Girl With Balloon' itu diumumkan, tiba-tiba lukisan itu melurut ke bawah dan dicincang oleh mesin kecil yang disembunyikan di dalam bingkai lukisan. Lukisan itu hanya dicincang separuh selepas mesin itu berhenti.


Kredit Foto: Get Surrey

Karya seni itu dibuat menggunakan cat sembur dan acrylic di atas kanvas dan antara salah satu imej paling terkenal dalam siri lukisan Banksy. Ianya memaparkan seorang budak perempuan dengan tangan kanannya cuba memegang sebiji belon merah berbentuk hati.


Kredit Foto: The Independent

'Nampaknya kita semua ditipu oleh Banksy' kata Alex Branczik, Pengarah Kanan Sotherby. Banksy ialah pelukis terkenal dunia yang masih tidak diketahui identitinya. Walau bagaimanapun, Banksy sering berinteraksi dengan peminatnya melalui instagramnya.


Kredit Foto: Gossipier

Mengulas mengenai kejadian ini, Banksy mulanya hanya memuatnaik komen 'Going, going, gone...' Sejurus kemudian, Banksy memuatnaik sebuah video mengesahkan beliau telah memasang mesin pencincang khas dalam bingkai gambarnya sebagai protes terhadap pembeli seni yang menjual-beli karya seni melalui lelongan.


Kredit: Instagram

Pihak berkuasa Sotherby masih tidak dapat mengesahkan bagaimana mesin pencincang itu diaktifkan dan membuat spekulasi yang  Banksy sendiri menyamar masuk ketika lelongan dan mengaktifkannya secara kawalan jauh. Akhbar Guardian pula mengatakan gimmik ini mungkin satu cubaan pelukis tersebut untuk melariskan dan menaikkan nilai karya seninya termasuk Girl With Balloon.


Pembeli lukisan bernilai  ASD1.4 juta (RM5.8 juta) itu kini berbincang dengan Sotherby untuk tindakan selanjutnya. -CARI

15

Bagus
12

Marah
30

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 8-10-2018 12:43 PM
Wowww... Dah mcm movie pulak... Misteri...
Quote EvieWanKenobi 8-10-2018 12:47 PM
boleh dapat duit balik tak?
Quote Sang_Pencinta 8-10-2018 12:49 PM
Edited by Sang_Pencinta at 8-10-2018 12:51 PM

Kalau ikut spekulasi media, nilai lukisan yang kini dah separuh cincang tu dan naik sekali ganda LOL
Quote Sang_Pencinta 8-10-2018 12:50 PM
https://www.news.com.au/lifestyl ... 1c3784dc596b8ffb056


Play
Mute
0:00
/
0:00
Fullscreen
Banksy painting self-destructs right after sale

THE sensational prank, orchestrated by elusive street artist Banksy, shocked not just those in the art world.

But now, experts say the staged shredding of the artwork may just add value to the piece.

MyArtBroker, which sells Banksy prints online, estimated the Banksy piece has increased in value by at least 50 per cent.
Quote Sang_Pencinta 8-10-2018 12:51 PM
Knowlee replied at 8-10-2018 12:43 PM
Wowww... Dah mcm movie pulak... Misteri...

Ikut Instagram dia Banksy ni memang wierd sikit, dia tak mahu orang komersialkan seni lukisan dia
Quote Amigurumi 8-10-2018 01:01 PM
Hahaha..padan muka, Banksy mmg begitu. Seni dia ada freedom, semua orang boleh enjoy. Anti gila dengan art collector
Quote noell 8-10-2018 01:24 PM
dah tuh duit hasil lelongan lepas tolak komisen dia tak mau amek ka camna??
Quote nisako 8-10-2018 01:24 PM
wow misteri sungguh ………..
Quote abangadek 8-10-2018 01:31 PM
cemane bateri boleh bertahan begitu lama
Quote Foxey 8-10-2018 01:56 PM
wow... dia memang tak mahu hasil lukisan dia dijual secara lelong kot?

kreatif laa... i am intrigued!
Quote mieymiey 8-10-2018 02:01 PM
Mamat Banksy tu memang ada di tempat kejadian ker caner?
Quote Sang_Pencinta 8-10-2018 02:03 PM
mieymiey replied at 8-10-2018 02:01 PM
Mamat Banksy tu memang ada di tempat kejadian ker caner?

Masalahnya mamat Banksy tu tak dikenali wajahnya, tak pernah muncul di mana2 interview, wajah beliau misteri

Kalau dia datangpun orang tak kenal dia yg mana satu
Quote buapakperut 8-10-2018 02:03 PM
duit tu die dapat tak? macam2 la. iols tengok lukisan tu x minat la. iols buta seni ke hapa.
Quote mieymiey 8-10-2018 02:07 PM
Sang_Pencinta replied at 8-10-2018 02:03 PM
Masalahnya mamat Banksy tu tak dikenali wajahnya, tak pernah muncul di mana2 interview, wajah beli ...

Tapi i rasa mamat tu ada kat sana menunggu saat yang tepat untuk men'jahanam'kan hasil seni dia sendiri.
Quote paz 8-10-2018 02:14 PM
Menariknya, baru misteri.
Quote rosasen 8-10-2018 02:40 PM
menarik cara ni..
Quote Artemesiaa 8-10-2018 03:49 PM
Benar dia tak suka hasil seninya dilelong sebab dia lebih suka hasil seninya tu dinikmati sebab tu dia dah sesiap pasang shredder kat lukisannya tu misal kata ada yang nak lelongnya nanti.  Apa pun yang pasti harga lukisan tu setelah kejadian ni tetiba jadi lebih tinggi dari sebelumnya.
Quote Sang_Pencinta 8-10-2018 03:56 PM
noell replied at 8-10-2018 01:24 PM
dah tuh duit hasil lelongan lepas tolak komisen dia tak mau amek ka camna??

Dia tak dapat sebarang duit pun, lukisan ini dah lama jadi milik orang lain .
Mungkin dia bagi sbg hadiah awalnya tetapi dijual beli sebab nilai tinggi.


Sekarang ni Banksy punya lukisan trerbaru semua dia lukis di tembok seperti vandalisma macam di Penang tu

Mungkin lebih susah orang nak jual beli kot

Ini mesti lukisan lama dia menggunakan kanvas
Quote Sang_Pencinta 8-10-2018 03:58 PM
Lukisan  Banksy









Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070394 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top