CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tupperware Je Pun, Itu Pun Nak Kecoh Satu Wad. Akhirnya Termalu Diri Sendiri!

13-9-2018 11:48 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 18088| Komen: 100|Original author: Oleh: Whitney

Description: Jenama Tupperware memang menjadi kegilaan ramai wanita. Sebab itulah, ada yang sanggup menabung semata-mata untuk membuat koleksi. Ada yang beranggapan mereka yang menggunakan barang-barang jenama Tup ...

Gambar sekadar hiasan
Jenama Tupperware memang menjadi kegilaan ramai wanita. Sebab itulah, ada yang sanggup menabung semata-mata untuk membuat koleksi. Ada yang beranggapan mereka yang menggunakan barang-barang jenama Tupperware boleh dianggap kaya dan berduit. Maklumlah, ramai yang merasakan barang-barang jenama Tupperware ini sangat mahal. Tetapi ia sangat berbaloi kerana jenama Tupperware terkenal dengan produknya yang berkualiti dan tahan lasak.  
 
Ada wanita yang membeli semata-mata untuk membuat koleksi kerana sayang untuk menggunakannya. Iyalah,  jika hilang, sudah pasti membuatkan hati pemilik Tupperware merasa resah dan sedih. Apabila membekalkan makanan kepada suami dan anak-anak di dalam bekas jenama Tupperware, pasti pesanan diberi berkali-kali agar menjaga bekas Tupperware itu dengan baik agar tidak hilang. Betul tak?


Kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini boleh dijadikan iktibar buat semua, terutamanya peminat Tupperware. Hanya di sebabkan botol air jenama Tupperware, ada netizen yang bertindak seperti orang yang tidak waras dan menuduh orang lain mencuri botol airnya tanpa memeriksa terlebih dahulu. 


"Miskin sangat sampai curi botol Tupperware kita!"


Main tuduh je, suruh cari dulu tak nak!


Jangan bangga sangat boleh pakai Tupperware

Contoh botol air Tupperware yang dikatakan telah dicuri.  

Tak patut menuduh tanpa periksa

Melalui komen-komen yang diberikan oleh netizen, ramai yang merasakan sikap menuduh tanpa memeriksa itu sangat tidak patut. Perangai wanita itu sungguh memalukan sehingga menimbulkan kekecohan di wad hospital hanya kerana botol air jenama Tupperware. Apa salahnya dia bertanyakan dengan baik atau memeriksa botol air miliknya terlebih dahulu. 


Netizen gelak sebab lucu

Ramai juga netizen yang tergelak membaca kisah ini kerana merasakan ia sangat lucu. Hanya disebabkan botol air Tupperware yang mampu milik itu pun hendak bising dan bergaduh. Jika terlalu sayang dan  takut botol air jenama Tupperware itu dicuri, lebih baik simpan sahaja di rumah dan guna sahaja botol air yang lebih murah. Barulah kes sebegini tidak berlaku dan memalukan diri sendiri. 

Baru botol air berjenama, belum lagi barang kemas yang hilang

Ada netizen yang berasakan kes yang berlaku ini sangat tidak masuk akal. Itu baru botol air jenama Tupperware yang berharga RM25 sebotol, belum lagi barang-barang jenama lain atau barang kemas yang dikatakan hilang. 

Langsung tak minta maaf

Netizen turut tidak berpuas hati dengan sikap wanita yang keterlaluan menuduh orang mencuri botol airnya tetapi langsung tidak memohon maaf. Sedangkan botol air miliknya nya elok tersimpan di dalam beg miliknya. Nampak sangat dirinya yang bongkak dan suka menjari pasal dengan orang sekeliling. 

Kalian yang mempunyai barang-barang jenama Tupperware jangan pula bersikap seperti itu ya! Sangat memalukan. Jika sayangkan barang-barang jenama Tupperware kalian itu dan tidak ingin diambil orang, lebih baik simpan dan guna sahaja di rumah. Barulah selamat. Betul tak? - CARI

23

Bagus
33

Marah
16

Terkejut
27

Sedih
28

Lawak
39

Bosan

Friends Rank (166 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 13-9-2018 12:02 PM
rm25 je pun..ingt mahal sgttt
maybe tu 1st time dia ada tupperware kut..
apa2 pun cari la dulu kan..
malu jerk...
setakat benda alah tu ramai jerk org boleh beli..
Quote buapakperut 13-9-2018 12:16 PM
bataknye acik itu. eewwww..
Quote nisako 13-9-2018 12:17 PM
wth botol air je pun...………..
Quote afie_m 13-9-2018 12:35 PM
baru nak merasa lah tu...
Quote nishikido 13-9-2018 12:37 PM
Kalau I jadi suami akak yg kaki tuduh tu maw I bagi penampar sedas dua bagi sel2 otak tu berhubung..x memasal dapat malu.dah la susahkan misi nak carik botol air,pastu mengganggu pesakit...bodoh punya pompan.pasal botol air nak menyusahkan semua orang..
Quote kikuri 13-9-2018 12:44 PM
aku koser sangat nak beli tupperware... mahei tak sesuai untuk marhaen macam akak... akak tunggu cabutan bertuah dinner opis laki akak je... banyak dah dapat
Quote umbut 13-9-2018 12:48 PM
Batak tupperware.. aku siap buang botol2 tupperware aku, menyemak je.. ada lagi ke org jakun tupperware.. skrg dah ada mcm2 brand yg lagi cantik.. koserrrr

Quote pearl.silver 13-9-2018 12:50 PM
Aku baca dia tulis mcm misi tu pujuk budak kecik je..
Dan akak yg tuduh dia tu mcm budak lembam je
Quote skinsandstars 13-9-2018 12:53 PM
Mcm kisah benar yang ditambah2 garam lada hitam dan lain2 ja ni. Macam over ja conversation yang dia share tu.
Quote Themilo 13-9-2018 12:57 PM
skinsandstars replied at 13-9-2018 04:53 AM
Mcm kisah benar yang ditambah2 garam lada hitam dan lain2 ja ni. Macam over ja conversation yang dia ...

another kak hassanah sangat kan sisthur?
Quote belilies 13-9-2018 01:20 PM
Org miskin baru merasa beli tupperware.
Quote Xixie 13-9-2018 01:31 PM
nisako replied at 13-9-2018 12:17 PM
wth botol air je pun...………..

kalau curi report lahhhhhhhhhhhhhhhh
Quote ms.mango 13-9-2018 01:31 PM
zaman sekarang... ramai xde adab...dahla salah xnk minta maaf lak tu
Quote prettyuglybabe 13-9-2018 01:44 PM
hasanah versi tupperware pulak ke ni..
Quote abangadek 13-9-2018 01:50 PM
itu belum laki kena curik
Quote munchkin 13-9-2018 01:52 PM
Mil i pun kumpul tupperware. Toksahlah. Kalau hilang ke hapa, mau bergegar rumah.
Quote whadda 13-9-2018 01:56 PM
agaknye klo tak jumpa botol dalam handbag tu mau dia gi report polis tuh
Quote Teru2Bozu 13-9-2018 01:57 PM
aku antara collector tegar Tuppy. Memang sakit hati kalau hilang. Tapi cerita akak ni, macam lebih2 je letak perasa.
Quote DennisTrillo 13-9-2018 01:58 PM
Hrp sgt drama Tupperware nih bkn fake.. kdg2 kisah novel cmni ade je bg nk up satu2 brg.. kalu pdpt aku rsa cam FAKEEEEEEE!! sbb byk sgt perkataan TUPPERWARE huruf besar cmni..

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061016 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top