CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Masak Juadah Berbuka, Suami Lambung, Gigit Perut Dan Tampar Isteri

28-8-2018 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4488| Komen: 37|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang pemandu Grab dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya gara-gara menggigit badan isterinya yang tidak menyediakan juadah berbuka puasa.
Seorang pemandu Grab dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya gara-gara menggigit badan isterinya yang tidak menyediakan juadah berbuka puasa.

Mohd Shahrin Mohd Mokhtar, 28, dijatuhkan hukuman oleh Majistret Nor Ariffin Hisham selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berita harian melaporkan, sebaik hukuman dijatuhkan, ibunya yang duduk di galeri awam menangis.

Shahrin yang juga bapa anak satu didakwa dengan sengaja mencederakan Safizamira Sebri, 24, dengan cara menggigit, memukul serta menampar wanita itu sehingga luka di bahagian tangan, muka dan perut.

Gambar Hiasan
Ia didakwa  dilakukan di sebuah rumah di Koi Tropika Kondominium, Puchong, di sini jam 3 petang, pada 30 Mei lalu.


Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Menurut sumber lagi, sebelum kejadian, isteri tertuduh berada di rumah kawannya sebelum Shahrin memanggilnya pulang untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Sampai sahaja di rumah, berlaku perselisihan faham menyebabkan tertuduh melambung, menggigit perut dan menampar wanita tersebut. -CARI
14

Bagus
13

Marah
20

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 28-8-2018 04:37 PM
lol ingatkan dah bercerai

masih laki bini ropanya

hadap jugak ko jantan macam gini ek

Quote jcopy 28-8-2018 04:39 PM
ini bini pemalas ni

pasal kau sorang pemalas, habis semua orang tak layak dapat br1m

paddan muka kau kena pijak



Quote zulka 28-8-2018 04:39 PM
boleh lambung eh...ringan betul bini
Quote BedahBedul 28-8-2018 04:40 PM
Lapar sgt kot sampai bini pun digigit
Quote Foxey 28-8-2018 04:40 PM
uih... abusive husband dia. though i must say, bini dia pun ada salah gak.
Quote chazey 28-8-2018 04:41 PM
zulka replied at 28-8-2018 04:39 PM
boleh lambung eh...ringan betul bini

Tu tanda bini tak cukup makan tu. Sebab tu tak masak. Laki tak bagi duit beli barang dapo, how?
Quote BoLapciOus 28-8-2018 04:41 PM
lapo punya pasal..
Quote mieymiey 28-8-2018 04:43 PM
Bini tu sibuk membawang ker sampai lupa nak sediakan makanan?
Atau memang bini tu berlindung kat rumah kawan sebab nak mengelak dari berdepan dengan jantan ni?
Quote manehnya 28-8-2018 04:49 PM
padan muka........

tu pun nk ngamok.. knp x beli kt pasar ramadan bang... semua nk suh bini buat, hg ingat hg sapa
Quote saviour_09 28-8-2018 04:52 PM
berapa berat bini ko sampai boleh dilambung2 tu sis?
Quote jcopy 28-8-2018 04:54 PM
syukur la bini2 aku semua akhlak mulia

time sahur dah tanya nak buka apa nanti petang.

tepuk dada tanya selera pasti tersedia

Quote fushimi 28-8-2018 04:54 PM
tak berbaloi makcik nak menangis dah anak makcik tu kurang ajar

apa ingat menantu pempuan makcik tu takde mak  bapak ke main pukul pukul

dayus punya jantan

Quote Gingerly 28-8-2018 05:18 PM
Orang jiwa busuk ni bila puasa makin iblis perangai. Dasar makhluk hina.  Selayaknya diberi makan buaya
Quote tumpanglalu74 28-8-2018 05:21 PM
mieymiey replied at 28-8-2018 04:43 PM
Bini tu sibuk membawang ker sampai lupa nak sediakan makanan?
Atau memang bini tu berlindung kat ru ...

Ape cakap dia nak melepehkan tengkok dia kat mahkamah tu apasal?

Dasar jantan bangsat..

Quote munchkin 28-8-2018 05:25 PM
Takziah

...
Quote minguk 28-8-2018 05:26 PM
ibunya yang duduk di galeri awam menangis teresak-esak.

tak payah nak nangis sangat lah makcik, 4 bulan saja, bukan 40tahun.
Quote Rainrein 28-8-2018 05:27 PM
Kemain lapar, bini pun digigit gigit.
Quote jelitayu 28-8-2018 06:11 PM
kejadian pukul 3 ptg...panggil balik rumah pukul berapa tu yg suruh buat preparation buka puasa...awal sangat nak bukanya pun...
Quote Victorioussss 28-8-2018 06:20 PM
Gigit perut? Mcm hardcore sex gone wrong ke mcm mana

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.065168 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top