CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bukan Nak Terjun Pun,"-Alami Tekanan Perasaan, Wanita Disangka Mahu Bunuh Diri

25-7-2018 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7434| Komen: 72

Description: Tindakan pantas orang awam berjaya mematahkan cubaan seorang wanita daripada membunuh diri dengan terjun bersama dua anaknya dari Jambatan Peserai, Batu Pahat.
Tindakan pantas orang awam berjaya mematahkan cubaan seorang wanita daripada membunuh diri dengan terjun bersama dua anaknya dari Jambatan Peserai, Batu Pahat.

Harian metro melaporkan, wanita yang bekerja sebagai pembantu makmal itu bertindak demikian kerana mengalami tekanan perasaan.

Sebelum kejadian dia memberhentikan kerta yang dipandu di laluan motosikal dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata,


“Bagaimanapun, mangsa tidak mengakui ada sebarang niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan mendakwa hanya berdiri di atas jambatan akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ.

“Sehubungan itu, mangsa dinasihati untuk pulang bersama keluarganya terlebih dahulu kerana keadaannya yang masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk dirakam percakapannya." 

Difahamkan wanita tersebut mengalami tekanan perasaan selepas gagal menghubunginya sejak kelmarin.

“Mangsa juga mengalami tekanan perasaan kerana dimarahi oleh pengetua sekolah melalui telefon ketika mahu menyambung cuti selama sehari dan pengetua berkenaan memarahi suspek dengan perkataan yang kurang sopan,”tambah Abdul Wahib.

Suspek pernah meminta untuk ditukarkan ke sekolah di Batu Pahat kerana kampungnya dan suami terletak di sana namun tidak mendapat sokongon dari pengetua.

“Mangsa dan suami juga dipercayai mengalami masalah kewangan kerana suaminya sudah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak tujuh bulan yang lalu. Suaminya juga mengalami kecederaan patah tangan akibat terjatuh daripada bangunan ketika bekerja dan kini tuntutan SOCSO suaminya belum diperolehi.

“Masalah kewangan yang dialami menyebabkan wanita itu dihalau oleh pemilik rumah sewa di Johor Bahru kerana gagal membayar tunggakan sewa selama dua bulan sebanyak RM 1,000." -CARI
21

Bagus
19

Marah
30

Terkejut
24

Sedih
25

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 25-7-2018 10:19 AM
aik..rendah je jambatan tu...tapi boleh lemas la kalau taktau berenang
Quote gadis_tulip 25-7-2018 10:25 AM
Sedihnya. Mesti terlalu tertekan sampai dah terfikir nak terjun. Semoga dipermudahkan semuanya.
Quote manehnya 25-7-2018 10:26 AM
ala siannya kt baby tu..ni melayu ka yindon... pa pahal ni msti sbb jantan x guna pnya pasai..
Quote rifaa 25-7-2018 10:27 AM
comelnye anak tu
Quote Changa 25-7-2018 10:27 AM
Ibu dan anak java dna johor??
Quote insulin 25-7-2018 10:28 AM
Kasihannya anak-beranak ni.
Quote Artemesiaa 25-7-2018 10:31 AM
Nasib masih mahu dipujuk syabas buat yang memberi bantuan
Quote akakdendeng 25-7-2018 10:44 AM
alhamdulillah semua selamat. semoga dipermudahkan segalanya
Quote Burong_Hantuk 25-7-2018 11:18 AM








Quote Burong_Hantuk 25-7-2018 11:21 AM
mujur maseh panjang umor
Quote Burong_Hantuk 25-7-2018 11:28 AM
3.Butiran Magsa

3.1.Nama: - rahsiaumur : 27 Tahun
3.3.Kerja : Pembantu Makma,l SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.

4.Butiran Suami :-

4.1.Nama : rahsia
4.2.Umur : 31 Tahun
4.3.Kerja : Tiada

5. Siasatan awal mendapati mangsa menyatakan bahawa beliau mengalami tekanan perasaan disebabkan :-

5.1.Tidak dapat menghubungi suaminya sejak jam 1236 hrs yang mana suaminya telah menutup telefonnya.

5.2. Mengalami tekanan perasaan kerana dimarahi oleh Pengetua Sekolah melalui telefon semasa hendak meminta sambung cuti selama (1) hari. Pengetua telah memarahi suspek dengan perkataan "useless girl"

5.3.Suspek pernah meminta untuk ditukarkan ke sekolah di daerah Batu Pahat kerana kampung suspek dan suami di Batu Pahat tetapi permohonan pertukaran tersebut tidak disokong oleh Pengetua Sekolah.

5.4.Mangsa dan suami mengalami masalah kewangan disebabkan suaminya telah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak 7 bulan yang lalu. Suaminya mengalami kecederaan patah tangan akibat terjatuh dari bangunan semasa bekerja sebagai Pemasang Aircond. Sehingga kini tuntutan SOCSO suami belum diperolehi.

5.5.Masalah kewangan yg dialami menyebabkan suspek dihalau oleh pemilik rumah sewa di Johor Bahru kerana gagal membayar tunggakan sewa selama (2) bulan berjumlah RM 1,000/=.

6. Mangsa tidak mengakui ada sebarang niat untuk bunuh diri kerana masih mempunyai (2) orang anak yg masih kecil dan hanya berdiri di atas jambatan akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ.

7.Mangsa dinasihati balik bersama keluarganya terlebih dahulu kerana keadaannya yg masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk dirakam percakapan.


Terima kasih

Quote Modngengade 25-7-2018 11:34 AM


BATU PAHAT 25 Julai - Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa menyangkal ‘posting’ menerusi Facebook kononnya terdapat kes kematian dalam kereta di Jambatan Peserai Batu Pahat, di sini semalam.

Menurut Abdul Wahib, kejadian sebenar kira-kira pukul 2 petang itu adalah membabitkan seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan memberhentikan kenderaanya sehingga menimbulkan kesesakan di jambatan itu.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati wanita berusia 27 tahun yang juga seorang pembantu makmal di sebuah sekolah di Ulu Tiram mengambil tindakan itu dipercayai ekoran gagal menghubungi suaminya sejak tengah hari.

“Wanita itu juga mendakwa tertekan kerana dimarahi pengetua sekolahnya semasa cuba meminta sambung cuti selama sehari apabila dihambur dengan perkataan kurang sopan.

“Selain itu, dia mendakwa mengalami masalah kewangan kerana suaminya tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak tujuh bulan lalu,” katanya di sini sebentar tadi.

Semalam, di Facebook tular dengan posting berbunyi ‘Jambatan batu pahat jalan jem..ada orang meninggal dalam kereta katanye..ada budak2 lagi kat dalam keta tu..betul ke??

Tambah Abdul Wahib, wanita itu turut mengakui tiada sebarang niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua anak kecil sebaliknya berada di jambatan itu akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ. -UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 15833#ixzz5MEYapL7x
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote prettyuglybabe 25-7-2018 11:45 AM
kasihannya.. stress keje..
kena tanggung anak dengan laki pulak..
Quote DollahRepek 25-7-2018 11:48 AM
5.4.Mangsa dan suami mengalami masalah kewangan disebabkan suaminya telah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak 7 bulan yang lalu. Suaminya mengalami kecederaan patah tangan akibat terjatuh dari bangunan semasa bekerja sebagai Pemasang Aircond. Sehingga kini tuntutan SOCSO suami belum diperolehi.


Patah tangan sampai 7 bulan tak boleh kerja?
Quote duri_durians 25-7-2018 12:02 PM
malas la nak komen nanti orang kata aku tak percaya kt rezeki pulak, orang kata nanti jadi kat aku baru aku tau.

tapi... pakai le kondom kalau malam2 laki mintak servis ye kak?
Quote saviour_09 25-7-2018 01:57 PM
kesian
tapi kot ye pun jangan la babit ke anak2 tu
budak2 tak tau apa pun kita stress ke depress ke apa ke
Quote Changa 25-7-2018 02:38 PM
bimbo nya kau kak
Quote noor2 25-7-2018 02:43 PM
Tambah Abdul Wahib, wanita itu turut mengakui tiada sebarang niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua anak kecil sebaliknya berada di jambatan itu akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ. -


Motif pi jambatan. ..kenapa tak pergi tempat lain. .
Quote nishikido 25-7-2018 02:53 PM
Stress sangat mungkin..memang lah orang kata solat nanti jadi tenang,bla3..tapi hati org penerimaan terhadap sesuatu ujian lain2 sebab tu Allah uji kita dengan ujian yg berbeza.. kakak ni mungkin dah buntu sangat dan akhirnya buat sesuatu di luar kawalan..moga2 kakak ni kuat,dimurahkan rezekinya dan semoga Allah mudahkan urusan akak ni.amin..btw mana si laki.anak bini sampai kena keluar rumah boleh main lesap2 pulak.7 bulan xkerja xboleh ke tolong sikit bini,jaga anak ke hapa..ni jadi biawak pulak, amboiiihhh

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.056266 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top