View: 6224|Reply: 72
|
[Tempatan]
UPDATE #12 dan #13 :Cubaan ibu dan anak terjun dari jambatan, KPD Batu Pahat san
[Copy link]
|
|
Edited by Modngengade at 25-7-2018 03:35 AM
Nyaris Terjun Jambatan
Cubaan seorang ibu dan anak untuk terjun dari jambatan petang tadi berjaya dipatahkan oleh orang ramai. Kejadian dipercayai berkaitan dengan tekanan perasaan (depression).
Kejadian berlaku di Jambatan Peserai, Batu Pahat, Johor.
Nampak ramai orang cuba tenangkan akak tu. Mohon kepada netizen semua agar peka terhadap orang tersayang di sekeliling anda. Penyakit ini serius jadi tolong juga bantu jika ternampak kesan penyakit ni dekat orang sekeliling. Kami doakan akak cepat sembuh.
#netizen #netizenmy #apakatanetizen #netizenprihatin |
|
|
|
|
|
|
|
aik..rendah je jambatan tu...tapi boleh lemas la kalau taktau berenang |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya. Mesti terlalu tertekan sampai dah terfikir nak terjun. Semoga dipermudahkan semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ala siannya kt baby tu..ni melayu ka yindon... pa pahal ni msti sbb jantan x guna pnya pasai.. |
|
|
|
|
|
|
|
comelnye anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu dan anak java dna johor?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihannya anak-beranak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib masih mahu dipujuk syabas buat yang memberi bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah semua selamat. semoga dipermudahkan segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
3.Butiran Magsa
3.1.Nama: - rahsiaumur : 27 Tahun
3.3.Kerja : Pembantu Makma,l SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.
4.Butiran Suami :-
4.1.Nama : rahsia
4.2.Umur : 31 Tahun
4.3.Kerja : Tiada
5. Siasatan awal mendapati mangsa menyatakan bahawa beliau mengalami tekanan perasaan disebabkan :-
5.1.Tidak dapat menghubungi suaminya sejak jam 1236 hrs yang mana suaminya telah menutup telefonnya.
5.2. Mengalami tekanan perasaan kerana dimarahi oleh Pengetua Sekolah melalui telefon semasa hendak meminta sambung cuti selama (1) hari. Pengetua telah memarahi suspek dengan perkataan "useless girl"
5.3.Suspek pernah meminta untuk ditukarkan ke sekolah di daerah Batu Pahat kerana kampung suspek dan suami di Batu Pahat tetapi permohonan pertukaran tersebut tidak disokong oleh Pengetua Sekolah.
5.4.Mangsa dan suami mengalami masalah kewangan disebabkan suaminya telah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak 7 bulan yang lalu. Suaminya mengalami kecederaan patah tangan akibat terjatuh dari bangunan semasa bekerja sebagai Pemasang Aircond. Sehingga kini tuntutan SOCSO suami belum diperolehi.
5.5.Masalah kewangan yg dialami menyebabkan suspek dihalau oleh pemilik rumah sewa di Johor Bahru kerana gagal membayar tunggakan sewa selama (2) bulan berjumlah RM 1,000/=.
6. Mangsa tidak mengakui ada sebarang niat untuk bunuh diri kerana masih mempunyai (2) orang anak yg masih kecil dan hanya berdiri di atas jambatan akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ.
7.Mangsa dinasihati balik bersama keluarganya terlebih dahulu kerana keadaannya yg masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk dirakam percakapan.
Terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
BATU PAHAT 25 Julai - Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa menyangkal ‘posting’ menerusi Facebook kononnya terdapat kes kematian dalam kereta di Jambatan Peserai Batu Pahat, di sini semalam.
Menurut Abdul Wahib, kejadian sebenar kira-kira pukul 2 petang itu adalah membabitkan seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan memberhentikan kenderaanya sehingga menimbulkan kesesakan di jambatan itu.
Ujar beliau, siasatan awal mendapati wanita berusia 27 tahun yang juga seorang pembantu makmal di sebuah sekolah di Ulu Tiram mengambil tindakan itu dipercayai ekoran gagal menghubungi suaminya sejak tengah hari.
“Wanita itu juga mendakwa tertekan kerana dimarahi pengetua sekolahnya semasa cuba meminta sambung cuti selama sehari apabila dihambur dengan perkataan kurang sopan.
“Selain itu, dia mendakwa mengalami masalah kewangan kerana suaminya tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak tujuh bulan lalu,” katanya di sini sebentar tadi.
Semalam, di Facebook tular dengan posting berbunyi ‘Jambatan batu pahat jalan jem..ada orang meninggal dalam kereta katanye..ada budak2 lagi kat dalam keta tu..betul ke??
Tambah Abdul Wahib, wanita itu turut mengakui tiada sebarang niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua anak kecil sebaliknya berada di jambatan itu akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ. -UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 15833#ixzz5MEYapL7x
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
kasihannya.. stress keje..
kena tanggung anak dengan laki pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
5.4.Mangsa dan suami mengalami masalah kewangan disebabkan suaminya telah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak 7 bulan yang lalu. Suaminya mengalami kecederaan patah tangan akibat terjatuh dari bangunan semasa bekerja sebagai Pemasang Aircond. Sehingga kini tuntutan SOCSO suami belum diperolehi.
Patah tangan sampai 7 bulan tak boleh kerja? |
|
|
|
|
|
|
|
malas la nak komen nanti orang kata aku tak percaya kt rezeki pulak, orang kata nanti jadi kat aku baru aku tau.
tapi... pakai le kondom kalau malam2 laki mintak servis ye kak? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian
tapi kot ye pun jangan la babit ke anak2 tu
budak2 tak tau apa pun kita stress ke depress ke apa ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Tambah Abdul Wahib, wanita itu turut mengakui tiada sebarang niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua anak kecil sebaliknya berada di jambatan itu akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ. -
Motif pi jambatan. ..kenapa tak pergi tempat lain. . |
|
|
|
|
|
|
|
Stress sangat mungkin..memang lah orang kata solat nanti jadi tenang,bla3..tapi hati org penerimaan terhadap sesuatu ujian lain2 sebab tu Allah uji kita dengan ujian yg berbeza.. kakak ni mungkin dah buntu sangat dan akhirnya buat sesuatu di luar kawalan..moga2 kakak ni kuat,dimurahkan rezekinya dan semoga Allah mudahkan urusan akak ni.amin..btw mana si laki.anak bini sampai kena keluar rumah boleh main lesap2 pulak.7 bulan xkerja xboleh ke tolong sikit bini,jaga anak ke hapa..ni jadi biawak pulak, amboiiihhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|