CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ngah, Mak Tak Nampak Kaabah! Tiba-Tiba Mak Aku Jadi Takut Dan Sedih. Rupanya...

20-7-2018 12:39 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6107| Komen: 10|Original author: Oleh: Whitney

Description: Melaksanakan ibadat umrah dan haji adalah impian bagi setiap orang Islam. Umrah dan haji merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam mengikut lima syarat iaitu Islam, ba ...
Gambar sekadar hiasan

Melaksanakan ibadat umrah dan haji adalah impian bagi setiap orang Islam. Umrah dan haji  merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam mengikut lima syarat iaitu Islam, baliqh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Keistimewaan dan ganjaran menunaikan kedua-dua ibadat ini tidak dapat dinafikan. Sebab itulah ia menjadi impian setiap orang. 

Bagaimana pun, ibadat umrah dan haji hanya dapat dilakukan oleh mereka yang benar-benar bersedia untuk menjejakkan kaki ke Baitullah. Sebab itu, bagi mereka yang tidak bersedia atau banyak melakukan dosa, mereka akan berasa ragu-ragu dan takut sekiranya mereka akan ditimpa balasan Allah atas perbuatannya. 

Status yang dimuat naik oleh seorang pengguna twitter ini agak lucu. Lelaki ini berkongsi tentang kisah ibunya yang sedih dan takut kerana masih tidak dapat melihat Kaabah sebaik tiba di Mekah. Padahal ibunya belum lagi masuk ke dalam Masjidil Haram yang mana terdapatnya Kaabah. 



Netizen tak dapat tahan gelak!
Ramai netizen yang tidak dapat menahan gelak membaca status lelaki ini walaupun mereka rasa ia tidak patut untuk ditertawakan. Tetapi, rupanya hal sebegini turut terjadi kepada salah seorang ibu kepada netizen ini. Netizen beranggapan golongan mak-mak ini turut terpengaruh dengan cerita-cerita yang mereka baca di dalam majalah Mestika.  


Status yang ini pun boleh tahan lucunya. 
Yang ini pula status retweet yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang turut berkongsi kisah lucu bapa saudaranya yang tiba-tiba tidak dapat bangun daripada tempat duduk di dalam kapal terbang. Rupa-rupanya dia terlupa membuka tali pinggang keselamatan.   

 

Boleh pula terlupa buka tali pinggang keselamatan
Netizen dapat merasakan yang bapa saudara lelaki ini berasa gementar untuk melakukan ibadah umrah atau haji, sebab itulah dia terlupa membuka tali pinggang keselamatan. Netizen juga tidak dapat menahan gelak dan berasa sangat terhibur dengan cerita yang dikongsi. 


Memang ada kisah yang benar-benar berlaku
Netizen turut berkongsi cerita yang mereka pernah dengar daripada orang-orang sekeliling atau kejadian yang berlaku kepada ahli keluarga sendiri. Ada dalam kalangan jemaah haji yang betul-betul tidak dapat melihat Kaabah ketika menunaikan ibadah haji dan ada yang tersesat ketika berada di sana. Jadi, tidak hairanlah orang yang pergi menunaikan haji dan umrah akan berasa gementar dan takut sekiranya mereka ada melakukan dosa besar dan terus diberi balasan oleh Allah.



Sebab itulah bagi sesiapa yang ingin atau berpeluang mengerjakan ibadah haji atau umrah, mereka perlu bertaubat daripada melakukan dosa dan membersihkan hati sebelum pergi melakukan ibadah tersebut. Rugilah sekiranya ibadah haji dan umrah yang dikerjakan tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah. Betul tak? - CARI 

21

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
28

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote de_ikea 20-7-2018 02:36 PM
Sebenarnya taubat dr dosa tu sepanjang masa. Bukan masa nk prg haji atau umrah saja. Sbb mati tak kira waktu kan
Quote BoLapciOus 20-7-2018 02:41 PM
haha...itu kelakoo...seronoknya dapat mengerjakan umrah n haji..
Quote mystica 20-7-2018 02:59 PM
i pun dulu takut gak tak nampak.. bila nampak je kaabah terus nangis
Quote Artemesiaa 20-7-2018 03:10 PM
Biasalah kebanyakan baru pertama kali kesana dan keluar negara jadi kurang pegetahuan mengenainya dan gementar juga nasiblah ada yang tolong terangkan.
Quote gerbera.memopad 20-7-2018 04:25 PM
Hahaha. Kelakar hokey

Tapi biasalah manusia (tak kira tua muda) suka overthinking bila dah neves.
Quote munchkin 20-7-2018 04:42 PM
Yg dah tengok dah experience time tu aja. Balik tak insaf pun. Ada bbrp ujian ditimpa pun tak reflek diri. Masih tamak sombong bongkak.

Buat apa pergi pun aku tak tahu. Kalau balik sikap masih sama. Suka prasangka buruk pada orang. I dont understand.
Quote belonair 20-7-2018 05:03 PM
munchkin replied at 20-7-2018 04:42 PM
Yg dah tengok dah experience time tu aja. Balik tak insaf pun. Ada bbrp ujian ditimpa pun tak reflek ...

Manusia mmg mudah lupa..jrang yg nk amik musibah yg berlaku sbg balasan atas dose lalu
Quote krustykrab 20-7-2018 05:09 PM
de_ikea replied at 20-7-2018 02:36 PM
Sebenarnya taubat dr dosa tu sepanjang masa. Bukan masa nk prg haji atau umrah saja. Sbb mati tak ki ...

mmg betul tu sis, sama gak dgn trend minta maaf waktu raya tu, patutnya minta maaf tu tak kira masa kut, ko sedar ko dah sakitkan hati org/buat salah terus la salam mintak maaf, bukan tggu tahu depan baru nk minta maaf.

Quote eizarz 21-7-2018 11:00 PM
macam tayangan ulangan je thread ni...{:question{:question,selalu sgt dengar kisah ni...{:teatime
Quote ZurinaAbdullah 11-10-2018 12:19 PM
Pegi sana tuk menunaikan ibadah , ni mcm p muzium pulak nak tengok2 mende

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.084648 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top