Gambar sekadar hiasan
Melaksanakan ibadat umrah dan haji adalah impian bagi setiap orang Islam. Umrah dan haji merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam mengikut lima syarat iaitu Islam, baliqh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Keistimewaan dan ganjaran menunaikan kedua-dua ibadat ini tidak dapat dinafikan. Sebab itulah ia menjadi impian setiap orang.
Bagaimana pun, ibadat umrah dan haji hanya dapat dilakukan oleh mereka yang benar-benar bersedia untuk menjejakkan kaki ke Baitullah. Sebab itu, bagi mereka yang tidak bersedia atau banyak melakukan dosa, mereka akan berasa ragu-ragu dan takut sekiranya mereka akan ditimpa balasan Allah atas perbuatannya.
Status yang dimuat naik oleh seorang pengguna twitter ini agak lucu. Lelaki ini berkongsi tentang kisah ibunya yang sedih dan takut kerana masih tidak dapat melihat Kaabah sebaik tiba di Mekah. Padahal ibunya belum lagi masuk ke dalam Masjidil Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Netizen tak dapat tahan gelak!
Ramai netizen yang tidak dapat menahan gelak membaca status lelaki ini walaupun mereka rasa ia tidak patut untuk ditertawakan. Tetapi, rupanya hal sebegini turut terjadi kepada salah seorang ibu kepada netizen ini. Netizen beranggapan golongan mak-mak ini turut terpengaruh dengan cerita-cerita yang mereka baca di dalam majalah Mestika.
Status yang ini pun boleh tahan lucunya.
Yang ini pula status retweet yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang turut berkongsi kisah lucu bapa saudaranya yang tiba-tiba tidak dapat bangun daripada tempat duduk di dalam kapal terbang. Rupa-rupanya dia terlupa membuka tali pinggang keselamatan.
Boleh pula terlupa buka tali pinggang keselamatan
Netizen dapat merasakan yang bapa saudara lelaki ini berasa gementar untuk melakukan ibadah umrah atau haji, sebab itulah dia terlupa membuka tali pinggang keselamatan. Netizen juga tidak dapat menahan gelak dan berasa sangat terhibur dengan cerita yang dikongsi.
Memang ada kisah yang benar-benar berlaku
Netizen turut berkongsi cerita yang mereka pernah dengar daripada orang-orang sekeliling atau kejadian yang berlaku kepada ahli keluarga sendiri. Ada dalam kalangan jemaah haji yang betul-betul tidak dapat melihat Kaabah ketika menunaikan ibadah haji dan ada yang tersesat ketika berada di sana. Jadi, tidak hairanlah orang yang pergi menunaikan haji dan umrah akan berasa gementar dan takut sekiranya mereka ada melakukan dosa besar dan terus diberi balasan oleh Allah.
Sebab itulah bagi sesiapa yang ingin atau berpeluang mengerjakan ibadah haji atau umrah, mereka perlu bertaubat daripada melakukan dosa dan membersihkan hati sebelum pergi melakukan ibadah tersebut. Rugilah sekiranya ibadah haji dan umrah yang dikerjakan tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah. Betul tak? - CARI
|