CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

53 Hari Ponteng Sekolah, Sampai Polis Datang Jemput Di Rumah

19-7-2018 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9902| Komen: 105

Description: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang terlalu obses dengan permainan video dikatakan ponteng sekolah selama 53 hari.
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang terlalu obses dengan permainan video dikatakan ponteng sekolah selama 53 hari.

mStar Online melaporkan, pelajar dajah enam itu didakwa bermain permainan video sehingga lewat malam dan ibu bapanya tidak sampai hati untuk mengejutkannya bangun pagi untuk pergi ke sekolah.


Susulan itu pihak sekolah telah meminta bantuan pihak polis untuk menjemputnya di rumah, iaitu antara beberapa prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani kes seperti itu.

Kisah murid berkenaan sebelum ini tular di media sosial dan dikaitkan dengan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Foto: mStar Online

Walau bagaimanapun, seorang guru di sekolah tersebut, Maryumi Abdul Razak menolak kejadian tersebut berlaku di sekolahnya.

"Sebenarnya info mengenai murid ini kami perolehi di grup WhatsApp guru-guru.

"Namun, apabila ada pihak yang mengongsikannya ke aplikasi pesanan Telegram dan tertera nama sekolah kami, ia telah menyebabkan kekeliruan berlaku," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

"Apa yang saya boleh katakan, kejadian seperti ini tidak mustahil berlaku. Memang ada murid yang tidak hadir ke sekolah sehingga lebih 50 hari.

"Selepas nama sekolah kami dikaitkan, pihak pentadbir telah menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjawab mengenai isu ini." -CARI
19

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
23

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 19-7-2018 05:56 PM
Kesian ko dek. Dapat mak pak bodo macam lembu.
Quote wanokakaka 19-7-2018 05:58 PM
adoi mak bapaknya.. tak sampai hati nak kejut.. apa punya pemikiran la
Quote mawar_pink 19-7-2018 06:00 PM
alahai xcerdiknye mak bpk bdk ni..bg anak main game smpi lewat pastu biar je anak x g sek...mak jenis ape ntah mcm ni...ikut sgt kehendak anak yg xelok
Quote jcopy 19-7-2018 06:03 PM
layan porn la ni takleh bangun pagi
main game konon


Quote Peterpan17 19-7-2018 06:04 PM
mawar_pink replied at 19-7-2018 06:00 PM
alahai xcerdiknye mak bpk bdk ni..bg anak main game smpi lewat pastu biar je anak x g sek...mak jeni ...

ini dia contoh mak bapa yg mengesek mcm binatang. Buat anak tp tak reti didik anak smp pihak polis dan sekolah kena campur tangan. Aku harap mak bapa budak ni dikembiri supaya tak melahirkan byk lg generasi begini.
Quote makita 19-7-2018 06:19 PM
Sejenis mak bpk yg x sekolah jugak kot. Tak bercita2 tinggi nk ank pandai.
Quote 234126 19-7-2018 06:26 PM
speechless.tahniah polis sebab bagi kerjasama ni kes serius.bagi pengajaran jugak kat budak2 lain yang kaki ponteng or mak bapak jenis tak kisah hal anak.
Quote kroit92 19-7-2018 06:29 PM
apebenda mak bapak ni

aku umo macam tu main game jugak malam sebelum sekolah
tapi pegi sekolah jugak, homework siap jugak, exam perform jugak, koko aktif jugak, pengawas lagi, penat dah aku angkat bakul ni. habis riak takbur aku keluar

aku pun considered heavy gamer dulu, seminggu sekali tamat game, beli baru,
malas sikit, 2 minggu baru tamat, atau game tu yang susah

budak tu malas bangun, libas je dia, tarik dia jatuh katil,
pegi jugak sekolah, jangan mengada-ngada
53 hari main game tak pegi sekolah ape cerita?
rampas la gadget tu, konsol or pc tu. manjakan sangat

aku hangin betul budak2 macam ni
baru haritu WHO cakap addicted to video games ni mental disorder, dah ada kes kat Malaysia
Quote ninja boy 19-7-2018 06:40 PM
dik ko simpan la game waktu cuti sekolah 2 minngu cuti hujung tahun boleh main, cam xde hari lain
mak pak ko tak garang ka
Quote Nana_Man 19-7-2018 06:43 PM
Ni kalau anak aku memang dah teruk aku kerjakn.. skrg jer kalau tk stop main game by a certain time aku dah "mengamuk".. ni smpi tak gi skola tu dah terok sgt. Parents pun lembik semacam...
Quote samasam90 19-7-2018 06:55 PM
laa dari mak pak rupanya.. bodoh piang mak pak ya.. nampak sangat berhempas pulas belikan game kat anak tu kan.. lantak kau la makcik pakcik oi .. bila anak jadi pendadih, jgn pula kau nak meratib kerajaan kerajaan kerajaan.. bawang bawang bawang..
Quote sepiITUindah 19-7-2018 06:56 PM
adik aku ..anak mengadap ipad jer lupa keja sekolah bagai
dicampak ..hancur natang tu...ambik ko
Quote tomaz 19-7-2018 06:58 PM
Budak zaman skrg. Kalau di kejut entah2 di maki je mak bpk dia. Dulu2 kalau x bangun nak gi sekolah abis kena bebel. Hanger baju sah2 kena kat kaki

Quote Victorioussss 19-7-2018 07:00 PM
Elok la pak..manjakan mcm sazali. Dh besar rogol sepupu, rompak kedai, buat kongsi gelap, lawan geng double x sarip dol

Tahniah
Quote Centurion 19-7-2018 07:04 PM
Mak bapak ko pun patut kn jemput sekali dek. Agak2 la
Quote Pink_Purple 19-7-2018 07:19 PM
species ni datang sekolah mesti tido bkn nak belajar
Quote samasam90 19-7-2018 07:22 PM
Pink_Purple replied at 19-7-2018 11:19 AM
species ni datang sekolah mesti tido bkn nak belajar

pastu salahkan guru.. boleh dibaca sangat perangai
Quote Travelo 19-7-2018 07:27 PM
mungkin mak bapak budak ni ada berniaga warung tepi jalan,so tak kisah sangat anaknya belajar pandai atau tak,sebab kalau sekolah tak pass ,boleh gantikan lagesi perniagaan..hehe
Quote dani-rox 19-7-2018 07:32 PM
kalo di obersea, parents boleh dipenjarakan sbb gagal anak tak hadir ke sekolah utk tempoh tertentu.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.072952 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top