CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Tidak Bersih, Restoran Nasi Lan Kedah Jelaskan Sebab Diarah Tutup Dua Minggu

18-7-2018 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4009| Komen: 17

Description: Susulan notis penutupan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj), Restoran Nasi Lan Kedah mendedahkan sebab mereka diarahkan tutup selama dua minggu.
Susulan notis penutupan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj), Restoran Nasi Lan Kedah mendedahkan sebab mereka diarahkan tutup selama dua minggu.

Menerusi kenyataan di Laman Facebook rasmi, restoran tersebut menyatakan mereka kekurangan demerit, iaitu kurang dua peratus dari jumlah markah yang dibenarkan untuk beroperasi.

"Antaranya ialah, memakai barang perhiasan (seperti jam) ketika bekerja, kawalan serangga perosak yang kurang berkesan dan susunan makan di dalam peti sejuk yang kurang teratur.

"Bagaimanapun, pihak kami akan mengambil tindakan dalam masa terdekat untuk memastikan teguran dan piawaian yang ditetapkan oleh PPj tercapai."

Astro Awani melaporkan, sebelum ini notis ditampal di premis terbabit di Lot 46 dan 48 kawasan Komersil Nadi, Presint 15, Putrajaya, diarah tutup berkuat kuasa jam 4.30 petang Selasa sehingga 31 Julai ini.


Arahan penutupan dikeluarkan bagi tempoh berkenaan berikutan premis tidak bersih dan disucikan, sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Notis terbabit ditandatangani oleh Azman Ahmad iaitu Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj. -CARI
10

Bagus
8

Marah
14

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nobito 18-7-2018 10:43 AM
Orang Kedah pon pengotor serupo orang Sarawak.

Hok alohhhh
Quote zamzam 18-7-2018 10:48 AM
aku ingatkan orang kelantan yang pengotor
Quote Changa 18-7-2018 10:53 AM
tak sedap pun, tak makan pun tak apa
Quote Lorra2411 18-7-2018 11:28 AM
tak pernah try, sedap ke?
Quote Artemesiaa 18-7-2018 11:40 AM
Baguslah penguatkuasa dah rajin buat pemeriksaan dipremis peniagaan.  Tak perlu dah viral baru nak datang periksa.  Peniaga pun pastinya akan lebih perihatan dan selalu menjaga kebersihan premis peniagaan mereka untuk elak dikenakan tindakan.
Quote aleesyasofia 18-7-2018 11:47 AM
baru teringin nak cuba lepas raya nie.. bkn rezeki..
Quote nisako 18-7-2018 11:55 AM
tak minat pun …………..
Quote helicornia 18-7-2018 01:11 PM
2 hari ke 2 minggu? apadaa
Quote idakamaruddin 18-7-2018 01:23 PM
owner dia kawan laki aku... makanan dia mmg sedap... igt lg masa dorang br2 meniaga x laku duit xde nk rolling kwn ni dtg jupe laki aku nk jual gelang bini dia... sedih dgr..skg kaya dh... kami plak segan nk jupe dia

Quote Decaffeinated 18-7-2018 03:40 PM
idakamaruddin replied at 18-7-2018 01:23 PM
owner dia kawan laki aku... makanan dia mmg sedap... igt lg masa dorang br2 meniaga x laku duit xde  ...

Aib dia tu...
Perlu ka dedah kat sini?
Quote leylapple 18-7-2018 03:44 PM
bgs lah buat public announcement.. baru2 nie ada diviralkan satu restoran kat sini. diarah tutup 2 minggu atas utk tugas2 pembersihan restoran. owner bising dalam pesbuk kata kena sabotaj...

alahai kak.. penguatkuasa tu bukanlah cikai2 jer datang sbb org saja2 komplen . mesti ada garis panduan yg kena ikut utk taraf kebersihan...
Quote sekel 18-7-2018 03:46 PM
kebanyakan kedai makan/restoran di Msia kurang penjagaan kebersihan

lebih2 lagi tempat buat air, sure sentiasa basah
Quote teky 18-7-2018 03:48 PM
naseb baik la ko islam... kalau bukan islam da tentu kene tarik balik sijil halal.. kebersihan pun satu elemen dalam pensijilan halal..
Quote idakamaruddin 18-7-2018 04:05 PM
Decaffeinated replied at 18-7-2018 03:40 PM
Aib dia tu...
Perlu ka dedah kat sini?

apa yg aibnye? cerita pasal kejayaan dia je pn motif


Quote Decaffeinated 18-7-2018 08:58 PM
idakamaruddin replied at 18-7-2018 04:05 PM
apa yg aibnye? cerita pasal kejayaan dia je pn motif

sekarang satu dunia boleh baca dia pernah susah sampai nak gadai gelang bini. Are you sure he won't mind? Kalau dia sendiri yang cerita that's different.






Quote aechae 18-7-2018 09:06 PM
teky replied at 18-7-2018 03:48 PM
naseb baik la ko islam... kalau bukan islam da tentu kene tarik balik sijil halal.. kebersihan pun s ...

Ni mmg xda sijil halal pn..tgk major NC byk gtu mmg klu ada halal cert mmg kena tarik blk mcm secret recipe dlu..
Quote PFR2017 23-8-2018 12:52 PM
https://www.facebook.com/PestaFutsalRakyat/posts/719540371726487

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.079009 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top