CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiausaha Politik Melayu Kit Siang Diselar Cadang Tubuh Uitm Bukan Melayu

6-9-2013 02:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 36478| Komen: 401

Description: Cadangan Mewujudkan Institusi Pendidikan Untuk Bukan Melayu Ala Universiti Teknologi Mara (Uitm) Oleh Dyana Sofya Mohd Daud, Setiausaha Politik Kepada Lim Kit Siang Mendapat Kritikan Hebat Daripada Pe ...


Dyana Sofya Dikutuk Kerana Cadangkan Uitm Dibuka Kpd Semua Rakyat Msia
    
Cadangan mewujudkan institusi pendidikan untuk bukan Melayu ala Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Lim Kit Siang mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Melihat cadangan kritikal yang dikemukakan oleh graduan UiTM itu, Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar melabelkan Dyana sebagai Melayu yang tidak kenal sejarah dan menjadi mangsa diperalat DAP.

Beliau berkata, Dyana seharusnya memahami falsafah penubuhan UiTM yang diasaskan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) sambil menggesa gadis itu menelusuri sejarah penubuhan DAP yang diasaskan oleh PAP di Singapura.


“Dia harus faham asal-usul DAP. Tunku Abdul Rahman sendiri sanggup keluarkan Singapura dari Malaysia. Slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang dilaungkan PAP jelas bertentangan dengan prinsip negara kita.

“Kenyataan sebegini berbentuk perkauman. Dia tidak faham sejarah, sebab itu tiada semangat patriotik. UiTM jelas dilindungi Perlembagaan dalam Perkara 153. Ini hak kita dan jangan pertikaikan,” katanya kepada The Malaysian Insider mengulas cadangan setiausaha politik Penasihat DAP itu.

Katanya, kaum Melayu banyak berkorban untuk kaum lain sebagai contoh kuota Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) turut diberikan kepada pelajar bukan Melayu.

Sementara itu, Ahlis Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut senada dengan Noh sambil menjelaskan objektif penubuhan UiTM bagi membantu pelajar Bumiputera khususnya dari luar bandar.

Beliau berkata, keistimewaan UiTM tidak perlu dipertikaikan kerana masih ada 19 institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang terbuka kepada semua kaum dan tidak dihadkan kuota kemasukannya.

“Biarkan UiTM seperti sekarang. Universiti itu perlu terus memainkan peranannya bagi membantu anak bumiputera. Kita tidak lihat ada keperluan untuk membuka UiTM kepada kaum lain.

“Hujah sesetengah pihak yang mengatakan kemasukan sebilangan kecil pelajar bukan Bumiputera ke dalam UiTM dapat mempengaruhi kecemerlangan pelajar Melayu tidak disandarkan kepada bukti saintifik.

“Banyak institusi yang tertumpu kepada satu kaum sahaja namun boleh berjaya. Sebagai contoh, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kursiah banyak menempa kejayaan meskipun didominasi pelajar Melayu,” katanya yang menyangkal dakwaan dangkal sesetengah pihak berhubung teori itu.

Beliau berkata, pihak yang mendakwa UiTM terdiri daripada pelbagai kampus cawangan perlu melihat isu itu secara rasional kerana kaum Melayu tidak pernah mempertikaikan parti bukan Melayu menubuhkan kolej atau universiti mereka sendiri.

Bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pula dengan lantang membangkang cadangan yang dikemukakan Dyana sambil meminta pihak yang masih mempertikaikan isu tersebut melihatnya secara rasional.

Beliau berkata, pelajar Bumiputera masih menjadi kumpulan yang ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan pencapaian kaum lain.

Katanya, nisbah pelajar Melayu yang mengikuti bidang pengajian kritikal juga masih berada pada tahap rendah maka UiTM adalah institusi bagi mewujudkan keseimbangan tenaga pakar di Malaysia.

“Jika UiTM menerima kemasukan pelajar bukan Bumiputera, keadaan negara akan menjadi semakin meruncing kerana tiada lagi persefahaman yang akan terjalin antara kaum di Malaysia.

“Kaum lain juga ada institusi mereka sendiri maka tidak perlu diganggu UiTM. Justeru, saya melihat perkara berkenaan bukan satu keperluan dan saya minta bidang pendidikan, jangan dipolitikkan,” katanya.

Beliau mahu pihak yang masih mempersoalkan isu tersebut melihat kejayaan graduan UiTM yang berjaya menerajui syarikat swasta di Malaysia sambil menafikan istilah bodoh dan malas bukan ‘pakaian’ pelajar UiTM.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyifatkan Dyana sebagai budak muda yang masih mentah.

Setiausaha Agungnya, Syed Hasan Syed Ali, berkata jika tanpa polisi UiTM yang mengangkat martabat orang Melayu, maka pastinya Dyana tidak akan bergraduasi di sana.

“Langkah mayat kami dulu. Falsafah pendidikan UiTM yang mengutamakan orang Melayu menjadikan dia berjaya hingga ke hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Gadis yang berasal dari Ipoh, Perak itu ialah graduan undang-undang UiTM dan kemasukannya ke dalam DAP diumumkan sendiri oleh Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu sidang media khas.

Dyana yang ditemui media pada Ahad lalu menggesa satu IPTA seperti UiTM diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Beliau kesal melihat sebahagian rakan bukan Melayunya dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Katanya, sudah sampai masa, sistem pendidikan Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan dipacu berasaskan keperluan.

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
September 06, 2013
Latest Update: September 06, 2013

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 6-9-2013 12:38 PM
apa ke barua nak bagi peluang kat cina kaum primitif & miskin ?

Uitm untuk bangsa maju saja Last edited by BotakChinPeng on 6-9-2013 12:51 PM

Quote gogo2 6-9-2013 12:41 PM
BotakChinPeng posted on 6-9-2013 12:38 PM
Uitm untuk bangsa maju saja

ko tak mau perpaduan kaum?
Quote aikee04 6-9-2013 12:43 PM
Nampaknya melayu sendiri yang akan menjatuhkan melayu......
Quote gogo2 6-9-2013 12:45 PM
aikee04 posted on 6-9-2013 12:43 PM
Nampaknya melayu sendiri yang akan menjatuhkan melayu......

Perpaduan kaum = menjatuhkan Melayu?
Quote PostBanhammer 6-9-2013 12:45 PM
Melayu tercabar? Terasa tergugat?
Quote BotakChinPeng 6-9-2013 12:48 PM
Bodohnya ibrahim abu shah.
kaum mana paling ramai ikuti kursus kritikal pun dia masih tak tau
Quote monreyes 6-9-2013 12:48 PM
aikee04 posted on 6-9-2013 12:43 PM
Nampaknya melayu sendiri yang akan menjatuhkan melayu......

biasalah tu...
tak sedar2 lagi

Quote gogo2 6-9-2013 12:50 PM
monreyes posted on 6-9-2013 12:48 PM
biasalah tu...
tak sedar2 lagi

apa masalah?
Quote batmana 6-9-2013 12:51 PM
samala cm puak Dong Zong, bila disebut hapus sekolah SJK, SRJK,,

jwb "langkah mayat kami dlu"

ni bila disebut pada uitm, buka pada semo kaum, even kaum tu bukan bumiputera tapi beragama islam,

jwb "langkah mayat kami dulu...."

Quote yipun_78 6-9-2013 12:52 PM
gogo2 posted on 6-9-2013 12:41 PM
ko tak mau perpaduan kaum?



settle dulu satu jenis sekolah untuk semua then baru cite UiTM buka kat semua..
Quote gogo2 6-9-2013 12:53 PM
batmana posted on 6-9-2013 12:51 PM
samala cm puak Dong Zong, bila disebut hapus sekolah SJK, SRJK,,

jwb "langkah mayat kami dlu"

apa yg sama? SJK/SRJK tuh kan terbuka utk semua rakyat Msia???
Quote gogo2 6-9-2013 12:54 PM
yipun_78 posted on 6-9-2013 12:52 PM
settle dulu satu jenis sekolah untuk semua then baru cite UiTM buka kat semua..

camane boleh setel. Kes SK Pristana menunjukkan sekolah kebangsaan ada masalah.
Quote monreyes 6-9-2013 12:57 PM
apabila kita sendiri dah experience ada takde nya "perpaduan kaum" tu esp at workplace
kita fahamlah
yg x merasa sure meratib kata rasist
aku harap sume dpt merasa
supaya kita hargai/utamakan bangsa sendiri
Quote yipun_78 6-9-2013 12:57 PM
gogo2 posted on 6-9-2013 12:54 PM
camane boleh setel. Kes SK Pristana menunjukkan sekolah kebangsaan ada masalah.



sebab prasangka dan misscommunication kan? cane nak settle selagi kita semua berprasangka... buat je satu sistem sekolah, sama2 blaja dan berusaha, pastu sama potensi dan peluang masuk SEMUA IPTA dlm negara, pastu baru cite ada yg terpinggir ke idak... kalo sekarang kita x satukan, sampai kiamat negara ni akan berantakan kerana isu kaum dan kepentingan... kalo Indon leh buat (menggigil utk i akui) diktator tu perlu untuk penyatuan.. walaupon payah pada permulaanya...
Quote BotakChinPeng 6-9-2013 12:59 PM
Penjilat macam dyana & khalid ibrahim semua bodo. Lupa daratan.
Khalid boleh kaya pun sebab dapat pinjaman beli saham glc masa jadi ahli umno
Quote yipun_78 6-9-2013 01:00 PM
monreyes posted on 6-9-2013 12:57 PM
apabila kita sendiri dah experience ada takde nya "perpaduan kaum" tu esp at workplace
kita fahamla ...



yep environment keje adalah contoh terbaik... kene start educate anak2 supaya rajin blaja dan ada skill bahasa sbb skang ni kalo tau dialek bahasa cina dapat elaun tambahan kalo kat setengah kompeni tu sampai RM500 berbanding yg hanya berbahasa melayu, tamil atau inggeris... kalo tau bahasa melanau ke kadazan ke Iban ke pon x masuk dlm skop bahasa yg 'dihargai' kompeni
Quote yipun_78 6-9-2013 01:01 PM
BotakChinPeng posted on 6-9-2013 12:59 PM
Penjilat macam dyana & khalid ibrahim semua bodo. Lupa daratan.
Khalid boleh kaya pun sebab dapat p ...



Melayu mudah lupa pe Botak... stigma yg pahit tp kene telan gak
Quote bit 6-9-2013 01:20 PM
dia kata bukak u lebih kurang UiTM pada bangsa lain, yg murah dah terima pelajar-pelajar yg tak merasa masuk U ternama Malaysia.  yg orang lai baca buka UiTM pada bangsa lain, ke aku salah baca?

Bukan sekarang pun ada bangsa asing di UiTM, pakistan, iran, semua tu?
Quote itik_kuning 6-9-2013 01:32 PM
Dia dari zaman belajar lagi memang macam ni. mak dia pun memang sokong dia masuk DAP. Dulu terhegeh2 gak masuk Uitm. Prof Saahul, tarik balik je degree n LLB dia ni. Apa susah. Biar pegi belajar kat tempat lain.

Apa kata lecturer kami, Prof Shad pulak? Last edited by itik_kuning on 6-9-2013 01:37 PM

Lihat semua komen(401)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065648 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top