CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merusuh Sampai Membunuh, 17 Remaja Ditahan

22-5-2018 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5662| Komen: 43

Description: 17 remaja berusia 14 hingga 20 tahun ditahan Polis Kuala Lumpur dalam kejadian rusuh melibatkan dua kumpulan bermotosikal sehingga menyebabkan kematian.
17 remaja berusia 14 hingga 20 tahun ditahan Polis Kuala Lumpur dalam kejadian rusuh melibatkan dua kumpulan bermotosikal sehingga menyebabkan kematian.

Dalam kejadian lebih kurang 4.31 pagi itu, Pusat Kawalan Kuala Lumpur menerima aduan pergaduhan kumpulan bermotosikal di depan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati.

Sinar Harian melaporkan, sebuah kereta peronda Polis (MPV) Wangsa Maju telah menghala ke tempat kejadian dan menemui satu mayat lelaki berbangsa Melayu. 


Datuk Seri Mazlan Lazim, Foto: Sinar Harian
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, 

“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut bermula di perkarangan kawasan letak kereta sebuah stesen minyak di Taman Melati pada jam lebih kurang 4 pagi dan berlarutan ke tepi Jalan MRR2 menghala ke Gombak.


“Pergaduhan ini adalah susulan daripada kejadian pukul di Taman Tasik Titiwangsa minggu lepas di mana kumpulan mangsa telah dihampiri oleh sekumpulan lain yang membuat bising dengan memulas ‘throttle’ motosikal dan menyebabkan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

“Walau bagaimana pun, tiada laporan polis dibuat berhubung pergaduhan tersebut. Berikutan kejadian itu, kedua-dua pihak telah bersepakat untuk berjumpa sekali lagi di sebuah stesen minyak di Taman Melati dan tercetusnya pergaduhan melibatkan kedua-dua pihak dengan menggunakan topi keledar dan besi pengunci motosikal sebagai senjata."

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.  

“Dua daripada tangkapan berkenaan didapati positif dadah setelah menjalani ujian saringan air kencing.

“Kini polis  masih memburu seramai 16 orang suspek yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek-suspek ini diminta untuk menyalurkannya kepada ASP Stephen A/L Ganeson, Pegawai Penyiasat Kanan IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau 016-376 7390."

17 orang telah ditahan reman bermula dari 20 Mei 2018 sehingga 26 Mei 2018. -CARI 

Bagus
3

Marah

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 22-5-2018 06:27 AM
Xde jati diri punya Bdk
Quote Atata 22-5-2018 06:37 AM
bodohnya la bdk2 ni. kan dah mendapat
Quote ctaz 22-5-2018 06:43 AM
bila la nak mampos budak rempit ni
Quote sukacactus 22-5-2018 06:46 AM
Dlm ramai2 tu 2 org je positif dadah, maknanya yg lain2 tu sememangnya bodoh la kan
Quote monsterwife 22-5-2018 06:55 AM
Ibubapa yg tak pantau anak2 pkul 4 pagi kat luar.golongan kaya anak2 mereka xde plk nak merempit
Quote mieymiey 22-5-2018 06:58 AM
Selayaknya disumbat semua dalam jail.
Quote alinone78 22-5-2018 08:12 AM
haisk seronok la depa terawikh kat lokap hari hari. tak dak gangguan katanya
Quote mizruncing 22-5-2018 08:31 AM
lantak korg la. org sebok kan hal negara yg korg pasal bnda bodoh pn smpai nk bunuh membunuh
Quote gummygummy 22-5-2018 08:47 AM
kedalam la sume jgn kua2
Quote nisako 22-5-2018 09:29 AM
mmg layak masuk lokap.............bodoh...............
Quote LostStar 22-5-2018 09:31 AM
hari raya  di perantauan tiang besi la gamaknyaaaa
Quote chinta89 22-5-2018 09:41 AM
go to hell je lah bebudak nih
Quote onexox97 22-5-2018 09:44 AM
bulan ramadan eloklah imarahkan masjid
dapat pahala
merusuh dapat apa
Quote dutch_lady 22-5-2018 10:00 AM
mcd taman melati tu mmg dah jadi tempat diorg lepak ngn memekak.....
Quote eLiaD 22-5-2018 10:02 AM
mber aqu kaki rempit kne sumbat kt dlm tp X lama lpas kuar dia citer dlm sel tu ade yg kaki doggy ko hadap je la nk jerit minta tolong silap2 kena doggy btul2
Quote prettyuglybabe 22-5-2018 10:05 AM
apasal tak semua je mampus lagi bagus..
Quote Changa 22-5-2018 10:13 AM
Puak puak flat PPRT lah ni kanss?? Se eloknya lah merepot semua
Quote RED 666 22-5-2018 10:34 AM
Dah usia tua senja nanti diorg insaflah jadi pak lebai, masa muda2 ni buat jahat maksiat semua dulu puas2
Quote sarahmirza 22-5-2018 10:36 AM
Bulan puasa pun tak reti buat ibadat.
Menyusahkan betul mat rempit macai ni.
Kecik2 tak nak mati, besar menyusahkan orang.
Semoga mereka mati masa merempit.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.063208 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top