CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BayarTempat Duduk Murah, Penumpang Pesawat Biadab Baring Di Kerusi Premium

4-4-2018 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7162| Komen: 61

Description: Seorang penumpang wanita Air Asia menimbulkan kekecohan apabila sewenang-wenangnya menukar tempat duduk dan berbaring di kerusi Premium dengan alasan ianya kosong.
Seorang penumpang wanita Air Asia menimbulkan kekecohan apabila sewenang-wenangnya menukar tempat duduk dan berbaring di kerusi Premium dengan alasan ianya kosong.

Daily Mail melaporkan, wanita tersebut telah berbaring di tempat duduk Premium sebelum pesawat berlepas.

Menurut sumber, wanita itu telah menempah tempat duduk standard bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong namun telah bertindak 'menaik taraf' sendiri tempahannya.

Disebabkan ingin menikmati lebih ruang kaki, dia berpindah ke barisan tempat duduk keutamaan yang memperuntukkan caj tambahan sebanyak £27 (RM147.34).

Foto: Daily Mail
Seorang penumpang tempat duduk Premium dikenali sebagai Bruce Lam telah mengarahkan wanita itu kembali ke tempat duduk asalnya namun keadaan menjadi kecoh dan pertengkaran mula berlaku.


Walaupun pada mulanya dia kembali ke tempat asal namun wanita tersebut datang balik ke tempat duduk Premium sebanyak dua kali, baring dan bermain telefon bimbit.

Bruce memberitahu, “Kami membayar tambahan untuk tiket kami. Apabila pesawat berlepas, seorang wanita pertengahan umur berjalan dari tempat duduk standard ke tempat duduk Premium di belakang saya.

“Kakitangan dengan cepat meminta wanita itu untuk kembali ke tempat duduknya dan menjelaskan dia tidak boleh sewenang-wenang berbuat demikian. (Namun), wanita itu dengan marah berkata ‘mengapa’."

“Dia kemudian dimaklumkan terdapat bayaran tambahan untuk kawasan-kawasan tertentu dan itu mengambil masa empat hingga lima bagi penumpang itu kembali ke tempat duduknya.”

“Selepas lima minit dia kembali untuk kali keduanya. Beberapa minit kemudian, wanita itu berjalan ke belakang saya untuk kali ketiga. Seorang kru penerbangan meminta wanita itu kembali ke kerusinya dan berkata ia tidak adil untuk orang lain.

“Saya tidak tahu sama ada kakitangan itu terlalu lembut atau sopan, tetapi wanita itu bersikap lebih buruk daripada sebelumnya. Dia sangat kasar dan marah.

“Kira-kira sepuluh minit kemudian, kru penerbangan itu berjalan ke sisi saya dan berkata dalam bahasa Cina: ‘Terima kasih, kami sering berdepan dengan tetamu yang kurang ajar’,” katanya.-CARI

14

Bagus
19

Marah
29

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Muntz 4-4-2018 02:05 PM
Duduk ikut kemampuan jah.
Quote dodolgemok 4-4-2018 02:14 PM
Babi mana ni kenapa x halau dia keluar jah?? Atau ban dia seumur hidup.
Quote idakamaruddin 4-4-2018 02:17 PM
dia igt bas sekolah ke suka suki ke depan ke balakang

Quote saladin780 4-4-2018 02:19 PM
ramai je spsis babi camnih kalu naik flite..memandai2 nak tukar seat sbb nak dok sebelah bini lah..nenek la apa..dah tau camtuh pesal x nak beli seat dok sekali..org lain penat2 bayar utk seat tu ko memandai2 je tukar
Quote chicozinn 4-4-2018 02:22 PM
jenis cina bukit peghak kot 1st tme nek flight ke ah soo oii?
Quote hyie 4-4-2018 02:30 PM
iols penah kena dengan sorang cina lelaki mid 40s, ala2 dia tenung je mata2 orang yang duduk bersebelahan dia. Sekali iols terpandang dia, meols sangkakan heshe nak mintak tolong ke apa, rupanya nak tukar seat suka sama suka, sebab anak dia dalam darjah 4 n 6 duduk seat depan, dia duduk belakang. Kan ada option pilih seat sekali, cuma kena bayar lebih lah. Since masa tu mood iols ok, so iols bagi jah...nasib baik anak2 dia duduk diam tak memekak yach.
Quote Simunggu 4-4-2018 02:37 PM
lain kali buat partition mcm malindo & Mas...bagi bilik utk premium seat dgn biasa...
Quote moonbug 4-4-2018 02:45 PM
Sejenis ignorant takde adab mcm tu lah
Quote nisako 4-4-2018 02:52 PM
siap landing atas kerusi tu........................
Quote mieymiey 4-4-2018 02:59 PM
Humbankan ke bawah jer spesis macamni
Quote jlo 4-4-2018 03:01 PM
siap baring tak menahan
Quote Artemesiaa 4-4-2018 03:02 PM
Kalau naik pesawat tambang murah pasti akan ada yang tak puas hati macam dalam kes ni sebab masing2 dah dikenakan bayaran ikut sector dan class.  Mana yang dah bayar lebih sikit pasti akan marah kalau ada yang buat sebegitu.  Lainlah kalau naik premium airline kadang anak kapal yang offcer kalau ada mana2 passenger nak baring jika masa penerbangan banyak seat yang kosong.
Quote saviour_09 4-4-2018 03:05 PM
apa punya bodoh la sampai dalam flight pun perangai gini
Quote batmana 4-4-2018 03:37 PM
taser kn aja
Quote zorrro_03 4-4-2018 03:47 PM
mabuk arak kot macit tersebut.  tu yang menyalak kuat sgt.  
Quote dubuk 4-4-2018 03:56 PM
degil                                         
Quote tripleid 4-4-2018 04:01 PM
ummah prc ke sis
Quote mesmerize 4-4-2018 04:03 PM
ai pun pernah.. menteri pengangkutan Dato Liow Tiong La ke apa nama dia
ai book seat depan, tapi sorang2.. so dia nak duduk kat seat ai ngan bini dia..
ai kena suruh duk seat belakang.. menci... dah la tak best duduk area yang ada family n  kanak2
budak sebelah ai tak habis2 ajak borak.. ai malas nak layan borak dalam flight
Quote palmolive 4-4-2018 04:23 PM
nak naik flight perangai bukit tinggal la dulu kat umah..
ingatkan beratur jek tak pandai...

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.152648 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top