CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Setanding Dengan New Zealand, Ini 8 Sebab Kenapa Kashmir Digelar Syurga Dunia..

9-4-2018 04:28 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6359| Komen: 23|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Anda suka salji? Suka pergunungan? Suka dengan suasana sejuk yang nyaman dan tenang? Jadi destinasi seterusnya yang kami cadangkan ialah Kashmir, India.Walaupun wilayah ini menjadi tarik tali antara I ...
Anda suka salji? Suka pergunungan? Suka dengan suasana sejuk yang nyaman dan tenang? Jadi destinasi seterusnya yang kami cadangkan ialah Kashmir, India.

Walaupun wilayah ini menjadi tarik tali antara India dan Pakistan, namun ia sedikit pun tidak mengurangkan jumlah pelancong setiap tahun ke sini. Disebabkan keindahannya, ia digelar  the paradise on the earth lalu menjadikannya magnet pelancongan.

Memandangkan akhir-akhir ini ramai rakyat Malaysia ke sana, jom kita ikuti perkongsian netizen Rodiatul Akma mengenai percutiannya selama 4 hari di Kashmir.

1)    Tarikan Kashmir
Menurut pemandu pelancong, Kashmir popular kerana 4 perkara iaitu pemandangan yang menakjubkan, kecantikan penduduk tempatan, barangan buatan tangan dan makanan halal di mana-mana sahaja.

2)    Gaya hidup penduduk tempatan
Hampir menyamai pemandangan Mirror Lake di New Zealand. Dengan tiket sebanyak 200 rupee (RM12.50) setiap orang, anda  boleh melihat cara hidup penduduk Kashmir. Tidak kira perempuan atau budak-budak sekalipun, semuanya mengayuh sampan untuk menjual barangan kepada pelancong.

Tip –Jika tidak mahu membeli barang, katakan tidak bukannya tawar menawar kerana mereka akan memberi harga yang paling rendah.


3)    Festival bunga tulip
Hanya dibuka pada 25 Mac hingga 25 April. Rodiatul dan rakannya berpeluang merasai dua pengalaman iaitu keindahan bunga tulip dan musim sejuk. Tulip Garden Srinagar adalah taman terbesar di Asia. Majoriti filem Bollywood mengadakan penggambaran di sini.

4) Kids Catcher
Antara aktiviti ialah melihat keindahan alam serta melihat kecomelan kanak-kanak Kashmir. Paling cantik ialah anak mata mereka yang unik warnanya. Menurut pemandu pelancong, keunikan mata mereka bergantung di tempat mereka tinggal. Lagi dekat dengan Pakistan, lagi cantik mata mereka.

5) Main salji
Cuba main Sledge, bayaran 1000 rupee (RM62.50) seorang termasuk boots. Sediakan juga upah 150 rupee (RM9.50) kepada orang yang menarik Sledge.

6) Makanan segera
Disebabkan cuaca sejuk digalakkan bawa makanan segera. Jadi senang bila lapar, makanan sedia ada dan lebih jimat.

7)    Mini Switzerland di Pahalgam
Sesuai dengan namanya, memang Pahalgam menyamai New Zealand. Rupa-rupanya rumah Munni dalam filem Bajrangi Bhaijaan sekitar di sini. Aktiviti seterusnya ialah menunggang poney dengan kos 1100 rupee (RM69) termasuk upah pelatih pony.

8) Hike Bukit Gulmarg
Untuk sampai ke Bukit Gulmarg perlu menaiki 2 jenis gondola iaitu gondola pertama seperti cable car di Langkawi. Kemudiannya gondola yang perlu keluarkan kaki pula. Jika tidak berani, boleh sahaja lihat pemandangan sekitar kaki bukit. Di sini boleh bermain snow mobile (1,500 rupee – RM94) dan main ski (600 rupee = RM40)

Dah dapat idea untuk ke sana? Bolehla mula merancang ya.- CARI 

Kredit : Rodiatul Akmal menerusi Backpacker Buddies Malaysia (BBM)

11

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
20

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 9-4-2018 05:04 PM
wowww that's my wishlist!
Quote Artemesiaa 9-4-2018 05:07 PM
Sayang dua tiga hari ni agak bergolak di area sempadan.  Harap segera selesai supaya pelancong tak bimbang nak kesana
Quote kuzaime 9-4-2018 05:26 PM
Sana mmg cantik..india claim dia pnya, pakistan pun claim dia pnya..
Quote Sazida 9-4-2018 05:29 PM
Lepas byr hutang ptptipu boleh la g sini.. yahuu
Quote AHMADVW 9-4-2018 05:30 PM
Xleh lawan Nz, kia ora
Quote tagas 9-4-2018 06:08 PM
dah gi 2012 mmg heaven

tido lake boat sejuk - darjah celcius

then naik gulmarg gondola

mmg cantik betul pemandangan
Quote lonso 9-4-2018 10:08 PM
kashmir milik sapa sebenarnya.. india ke pakistan.. dua beradik nih haihhh
Quote AyaqMeloSuam 9-4-2018 10:54 PM
Muka org2 more to pakistani kann.. cntik2...
Quote bungarose 9-4-2018 11:12 PM
Rasa xberani nak g kashmir...sesapa yg dh g...review skit bab kebersihan...lodging..makan minum dan keselamatan

Swiss n nz mmg best...nyaman dan mendamaikan... antara negara yg teringin nak repeat
Quote cmf_premierleag 10-4-2018 12:22 AM
tagas replied at 9-4-2018 06:08 PM
dah gi 2012 mmg heaven

tido lake boat sejuk - darjah celcius


Akak gi kashmir ms winter
Masa duk kat dal lake tu stp boat ada org gaji lelaki
Weols panggil dia labu labi
Tp sbb sejuk namateyyyy mmg akak x mandi lgsg
Quote tagas 10-4-2018 07:58 AM
cmf_premierleag replied at 10-4-2018 12:22 AM
Akak gi kashmir ms winter
Masa duk kat dal lake tu stp boat ada org gaji lelaki
Weols panggil  ...

unik lake bot nya siap ada serombong heater

mlm pertama mmg tak bleh tido sbb sejuk

maut menggigil then mlm kedua baru ok sket
Quote Red_mAnc 10-4-2018 09:55 AM
Memang setanding, tapi bau badan tu yg x sama ngn Kiwis uolls, sebab bau badan org Pakistan & India ni mmg extreme, so when both world collides, definitely extreme punya bau badan akan hinggap ke sanubari hidung kita.. hehehe
Quote Minami2013 10-4-2018 10:05 AM
Artemesiaa replied at 9-4-2018 09:07 AM
Sayang dua tiga hari ni agak bergolak di area sempadan.  Harap segera selesai supaya pelancong tak b ...

Ye ke... my friend ade kat sana sekarang... tgk gambar mcm okay cuma die cakap nampak tentera merata... hopefully ok lah...

Anyway... mmg cantik... tgk pic kwn i bunga mustard... one of my wishlist jugak...
Quote Artemesiaa 10-4-2018 11:02 AM
Red_mAnc replied at 10-4-2018 09:55 AM
Memang setanding, tapi bau badan tu yg x sama ngn Kiwis uolls, sebab bau badan org Pakistan & India  ...

Hahaha bab tu ada betulnya.  Sebab tu bila travel kita appreciate apa yang tempat tu tawarkan tak perlu nak harap keadaan akan sama macam di tempat lain.  Apa2 yang ala2 memang tak akan sama punya.  The best bila dah pergi travel ke tempat2 macam ni ialah pengalaman yang tak dapat di beli dan belajar dalam kelas.
Quote adeqbun 10-4-2018 11:43 AM
Artemesiaa replied at 10-4-2018 11:02 AM
Hahaha bab tu ada betulnya.  Sebab tu bila travel kita appreciate apa yang tempat tu tawarkan tak  ...

yes tepat sgt2...ai stuju pendpt u..takyah compare A ngan B.setiap tempat wlupon mcm ade persamaan,mesti ade keunikan tersendiri..
enjoy the place as what it is..
Quote cmf_premierleag 10-4-2018 01:30 PM
Akak mmg suka travel kt rare places mcm kashmir ladakh himalaya tubet kathmandu urumqi shiraz tu sume
So akak x kisah dgn bau badan ke apa.. Yg penting, kita appreciate the cultures and views
Stakat landen paris niuyok tu sume akak dah x heran dan x kagum pun kalo ummah pi landen
Quote chicozinn 10-4-2018 03:00 PM
alamak, meollss da la suke bunga tulip fresh..tapi tu la sekadar wishlist je kot..wat masa ni meollss banyak na bende nak pakai wet..dlu rajin meollss melancong la ni hmmm..tggu rezeki len datang je la..sedih!!
Quote aunisofia 11-4-2018 10:29 AM
wow bestnya.....nak pergi sanala heehee
Quote BoongaKertas 11-4-2018 10:41 AM
fuh! boleh dah ni masuk wishlist tmpt ni. Sbb all this while, meols selalu teringin nak g NZ jer memanjang. Mcm ni, nak kena g kashmir dulu lah!

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063084 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top