View: 5331|Reply: 22
|
Setanding Dengan New Zealand, Ini 8 Sebab Kenapa Kashmir Digelar Syurga Dunia..
[Copy link]
|
|
Anda suka salji? Suka pergunungan? Suka dengan suasana sejuk yang nyaman dan tenang? Jadi destinasi seterusnya yang kami cadangkan ialah Kashmir, India.
Walaupun wilayah ini menjadi tarik tali antara India dan Pakistan, namun ia sedikit pun tidak mengurangkan jumlah pelancong setiap tahun ke sini. Disebabkan keindahannya, ia digelar the paradise on the earth lalu menjadikannya magnet pelancongan.
Memandangkan akhir-akhir ini ramai rakyat Malaysia ke sana, jom kita ikuti perkongsian netizen Rodiatul Akma mengenai percutiannya selama 4 hari di Kashmir.
1) Tarikan Kashmir
Menurut pemandu pelancong, Kashmir popular kerana 4 perkara iaitu pemandangan yang menakjubkan, kecantikan penduduk tempatan, barangan buatan tangan dan makanan halal di mana-mana sahaja.
2) Gaya hidup penduduk tempatan
Hampir menyamai pemandangan Mirror Lake di New Zealand. Dengan tiket sebanyak 200 rupee (RM12.50) setiap orang, anda boleh melihat cara hidup penduduk Kashmir. Tidak kira perempuan atau budak-budak sekalipun, semuanya mengayuh sampan untuk menjual barangan kepada pelancong.
Tip –Jika tidak mahu membeli barang, katakan tidak bukannya tawar menawar kerana mereka akan memberi harga yang paling rendah.
3) Festival bunga tulip
Hanya dibuka pada 25 Mac hingga 25 April. Rodiatul dan rakannya berpeluang merasai dua pengalaman iaitu keindahan bunga tulip dan musim sejuk. Tulip Garden Srinagar adalah taman terbesar di Asia. Majoriti filem Bollywood mengadakan penggambaran di sini.
4) Kids Catcher
Antara aktiviti ialah melihat keindahan alam serta melihat kecomelan kanak-kanak Kashmir. Paling cantik ialah anak mata mereka yang unik warnanya. Menurut pemandu pelancong, keunikan mata mereka bergantung di tempat mereka tinggal. Lagi dekat dengan Pakistan, lagi cantik mata mereka.
5) Main salji
Cuba main Sledge, bayaran 1000 rupee (RM62.50) seorang termasuk boots. Sediakan juga upah 150 rupee (RM9.50) kepada orang yang menarik Sledge.
6) Makanan segera
Disebabkan cuaca sejuk digalakkan bawa makanan segera. Jadi senang bila lapar, makanan sedia ada dan lebih jimat.
7) Mini Switzerland di Pahalgam
Sesuai dengan namanya, memang Pahalgam menyamai New Zealand. Rupa-rupanya rumah Munni dalam filem Bajrangi Bhaijaan sekitar di sini. Aktiviti seterusnya ialah menunggang poney dengan kos 1100 rupee (RM69) termasuk upah pelatih pony.
8) Hike Bukit Gulmarg
Untuk sampai ke Bukit Gulmarg perlu menaiki 2 jenis gondola iaitu gondola pertama seperti cable car di Langkawi. Kemudiannya gondola yang perlu keluarkan kaki pula. Jika tidak berani, boleh sahaja lihat pemandangan sekitar kaki bukit. Di sini boleh bermain snow mobile (1,500 rupee – RM94) dan main ski (600 rupee = RM40)
Dah dapat idea untuk ke sana? Bolehla mula merancang ya.- CARI
Kredit : Rodiatul Akmal menerusi Backpacker Buddies Malaysia (BBM) |
|
|
|
|
|
|
|
wowww that's my wishlist! |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang dua tiga hari ni agak bergolak di area sempadan. Harap segera selesai supaya pelancong tak bimbang nak kesana |
|
|
|
|
|
|
|
Sana mmg cantik..india claim dia pnya, pakistan pun claim dia pnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas byr hutang ptptipu boleh la g sini.. yahuu |
|
|
|
|
|
|
|
dah gi 2012 mmg heaven
tido lake boat sejuk - darjah celcius
then naik gulmarg gondola
mmg cantik betul pemandangan |
|
|
|
|
|
|
|
kashmir milik sapa sebenarnya.. india ke pakistan.. dua beradik nih haihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Muka org2 more to pakistani kann.. cntik2... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa xberani nak g kashmir...sesapa yg dh g...review skit bab kebersihan...lodging..makan minum dan keselamatan
Swiss n nz mmg best...nyaman dan mendamaikan... antara negara yg teringin nak repeat |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 9-4-2018 06:08 PM
dah gi 2012 mmg heaven
tido lake boat sejuk - darjah celcius
Akak gi kashmir ms winter
Masa duk kat dal lake tu stp boat ada org gaji lelaki
Weols panggil dia labu labi
Tp sbb sejuk namateyyyy mmg akak x mandi lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
unik lake bot nya siap ada serombong heater
mlm pertama mmg tak bleh tido sbb sejuk
maut menggigil then mlm kedua baru ok sket
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang setanding, tapi bau badan tu yg x sama ngn Kiwis uolls, sebab bau badan org Pakistan & India ni mmg extreme, so when both world collides, definitely extreme punya bau badan akan hinggap ke sanubari hidung kita.. hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke... my friend ade kat sana sekarang... tgk gambar mcm okay cuma die cakap nampak tentera merata... hopefully ok lah...
Anyway... mmg cantik... tgk pic kwn i bunga mustard... one of my wishlist jugak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha bab tu ada betulnya. Sebab tu bila travel kita appreciate apa yang tempat tu tawarkan tak perlu nak harap keadaan akan sama macam di tempat lain. Apa2 yang ala2 memang tak akan sama punya. The best bila dah pergi travel ke tempat2 macam ni ialah pengalaman yang tak dapat di beli dan belajar dalam kelas.
|
|
|
|
|
|
|
|
yes tepat sgt2...ai stuju pendpt u..takyah compare A ngan B.setiap tempat wlupon mcm ade persamaan,mesti ade keunikan tersendiri..
enjoy the place as what it is..
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak mmg suka travel kt rare places mcm kashmir ladakh himalaya tubet kathmandu urumqi shiraz tu sume
So akak x kisah dgn bau badan ke apa.. Yg penting, kita appreciate the cultures and views
Stakat landen paris niuyok tu sume akak dah x heran dan x kagum pun kalo ummah pi landen |
|
|
|
|
|
|
|
alamak, meollss da la suke bunga tulip fresh..tapi tu la sekadar wishlist je kot..wat masa ni meollss banyak na bende nak pakai wet..dlu rajin meollss melancong la ni hmmm..tggu rezeki len datang je la..sedih!! |
|
|
|
|
|
|
|
wow bestnya.....nak pergi sanala heehee |
|
|
|
|
|
|
|
fuh! boleh dah ni masuk wishlist tmpt ni. Sbb all this while, meols selalu teringin nak g NZ jer memanjang. Mcm ni, nak kena g kashmir dulu lah! |
|
|
|
|
|
|
| |
|