CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Korea Utara Menyedihkan - 7 Perkara Mengenai Rakyatnya

28-3-2018 12:55 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9068| Komen: 55|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Seantero dunia tahu, Korea Utara berada dalam dunianya sendiri. Tidak bercampur dengan Negara lain sekaligus tidak membenarkan rakyatnya membuat hal masing-masing melainkan mengikut arahan pemerintah ...
Seantero dunia tahu, Korea Utara berada dalam dunianya sendiri. Tidak bercampur dengan negara lain sekaligus tidak membenarkan rakyatnya membuat hal masing-masing melainkan mengikut arahan pemerintah sahaja.

Ramai tertanya-tanya bagaimana kehidupan di sana kerana undang-undangnya yang sangat ketat. Jika dibenarkan pelawat masuk pun, hanya yang mempunyai kebenaran khas sahaja.

Namun penulis ini, Michael Huniewicz berpeluang untuk ke sana dan lebih menakjubkan lagi berada di luar Pyongyang (ibu negara Korea Utara). Ikuti persepsinya ketika berada di sana.

1)    Cuti umum
Kepimpinan legasi Kim bermula di The Mangyongdae Native House iaitu lahirnya Kim II-sung pada 15 April 1912 seterusnya dijadikan cuti umum.

2)    Tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan tertentu
Michael dan rakannya bersiar-siar dengan bas mini yang telah disewa khas oleh kerajaan. Pemandunya berulang kali menegaskan larangan mengambil gambar di kawasan pembinaan.


 3)    Mustahil untuk memiliki kereta
“Kenapa perlukan kereta jika anda boleh gunakan perkhidmatan bas?” Itulah kata-kata pemandu kepada Michael. Jadi, panorama rakyat berjalan merentas bandar adalah perkara biasa walaupun terpaksa memikul beg yang berat. Nampaknya kereta adalah perkara mustahil untuk dimiliki oleh rakyat Korea Utara.


 4)    Walaupun siang, disuruh  tidur
Walaupun baru sahaja menaiki bas tersebut, seorang wanita  berpakaian seperti polis menyatakan kepada mereka – “Tiada apa lagi yang boleh dilihat, jadi boleh balik ke bilik untuk tidur.”

5)    Gambar dipadam
Mereka ke ‘Demilitarised Zone’ (DMZ) iaitu kem ketenteraan. Michael mengambil gambar askar di sana tetapi  dibenarkan hanya dari bahagian depan sahaja. Rakannya yang mengambil gambar dari belakang pula terpaksa memadamkan gambar tersebut setelah diarahkan.

6)    Pelayan restoran takut-takut
Ketika berada di restoran, seorang pelayan restoran yang menyusun sudu dan garfu telah terjatuhkan garfu Michael. Wajahnya berada dalam ketakutan hinggalah Micahel mengatakan tidak mengapa.

7) Wajah sedih di mana-mana
Sama ada kesedihan atau wajah tanpa riak boleh dilihat di pelbagai penjuru Korea Utara. Hanya sekeping gambar ini yang sedang tersenyum berjaya dirakamkan Michael.

Pelbagai persoalan ditebak yang tidak mampu dijawab oleh sesiapa pun. Berapa lamakah hal ini akan berlangsung? Masihkah ada sinar kebebasan buat rakyat di sana? - CARI 

8

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote UsuFie 29-3-2018 09:07 AM

Sedihnya kehidupan mcm ni
Quote sofiazara 29-3-2018 09:10 AM
baguslah tak guna kereta udara bersih
Quote bit 29-3-2018 09:16 AM
Lebih kurang macai UMNGOK la jugak, x fikir masa depan
Quote kucen_miang 29-3-2018 09:22 AM
siaran ulangan. dah lama ada kat bod PD
Quote dodolgemok 29-3-2018 09:46 AM
Kalau baca cerita pasal defector dan cara mereka melarikan diri lgi bes. Dpt tgok kehidupan mereka yg perit smpai sanggup merisikokan diri utk lari drpd belenggu hidup.
Quote Cari-Azza 29-3-2018 12:32 PM
sofiazara replied at 29-3-2018 09:10 AM
baguslah tak guna kereta udara bersih

Kan? Ni kena selalu gi bercuti untuk dapat udara bersih. Huu

Quote jazaa100 29-3-2018 12:37 PM
Klu terjatuhkn garfu masa serve polis ke...apa jd ek?....

Kena bantai teruk kot sbb pelayan tu ketakutan bila jatuhkn sudu masa serve michael...
Quote cHimo 29-3-2018 12:40 PM
Dah macam movie klasik cina pula bersinglet putih sambil berbasikal..
Quote spiderman80 29-3-2018 12:43 PM
cHimo replied at 29-3-2018 12:40 PM
Dah macam movie klasik cina pula bersinglet putih sambil berbasikal..

Haah kan Chimo?
Macam kat pasar di mana apek-apek dan ahso jual sayur. Hihi
Quote mieymiey 29-3-2018 01:00 PM
Siang masa untuk tidur? Dalam banyak-banyak, yang ni jer yang seronok. Yang lelain tu, mesti muram/sedih jer kalau terpaksa hidup macamtu.
Quote brown_pupil 29-3-2018 01:04 PM
Despite what ever western media try to propagate, rakyat north korea ni happy2 je dgn kehidupan dia org.

Kalau baca balik valid study & documentary, rakyat dia yang pilih hidup macam ni. Their leader is everything.. Baik dari sakit pun siap sembah gambar il sung, jong il dgn jong un kononnya dia org yang buat rakyat sembuh.
Quote minguk 29-3-2018 01:06 PM
lawa-lawa juga tempat diorang kan..
Quote whadda 29-3-2018 01:08 PM
dah ade kan kat bod peristiwa.. lagi satu katanye tak ada internet langsung dan tv pon satu siaran je..
Quote Simunggu 29-3-2018 01:48 PM
ini sesuai betul Pakatan Harapan/ PKR/ DAP etc di sana tolong lawan kerajaan mereka...ada Kumpulan Belsih 1.0, 2.0, 3.0, 4.0, 5.0 1000.00 berarak lagi cun melecun....sesuai sangat...
Quote tobby 29-3-2018 01:49 PM
bit replied at 29-3-2018 09:16 AM
Lebih kurang macai UMNGOK la jugak, x fikir masa depan

untunglah cai pakatoon boleh makan sedap & juara obes di msia. klu duduk korea utara harus kurus kering mcm dlm gambar.  teringat cai pakatoon  bermatian support korea utara masa isu pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri kpd diktator Korea Utara
Quote cmf_premierleag 29-3-2018 03:02 PM
whadda replied at 29-3-2018 01:08 PM
dah ade kan kat bod peristiwa.. lagi satu katanye tak ada internet langsung dan tv pon satu siaran j ...

siaran tv nya pun hari2 memuja2 dear leader
Quote bottombikini 29-3-2018 03:31 PM
Edited by bottombikini at 30-3-2018 03:12 PM

walaupun nampak mcm back to 50s tapi depa sayang gila kat presiden
macam puja dewa

malam tadi tgk news si jung pi china
macam teddy bear
muda lagi nampak bini dia
Quote becir 29-3-2018 03:42 PM
dodolgemok replied at 29-3-2018 09:46 AM
Kalau baca cerita pasal defector dan cara mereka melarikan diri lgi bes. Dpt tgok kehidupan mereka y ...

Dodol pernah tengok Tak this doc on how they crossed into china Myanmar what not sampailah ke Thailand semata2 nak mintak suaka Kat embassy Korea selatan di Bangkok..sedihla..
Quote sayang_mulut 29-3-2018 04:11 PM
Wartawan cari.. point no 1 tu apa intipati nye..kalau nak rephrase pun.. comprehensive la sket.. ni cuti umum.. cuti umu apa nye? nak cakap cuti umum kat korea ada sehari je kah??


Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.063173 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top