CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mertua `Kenduri' Menantu & Biras Sekali !

2-9-2013 04:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30072| Komen: 155

Description: Kuantan : Seorang Lelaki Warga Emas Berusia 70 Tahun Menggunakan Kaedah Pelik Untuk Merawat Menantunya Yang Menghidap Penyakit Misteri Sebelum Memperdaya Wanita Berkenaan Melakukan Hubungan Seks Denga ...


KUANTAN : Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun menggunakan kaedah pelik untuk merawat menantunya yang menghidap penyakit misteri sebelum memperdaya wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan alasan berubat.

Bagaimanapun, kaedah rawatan berkenaan hanya helah bapa mentua durjana itu untuk menjadikan menantunya berusia 24 tahun sebagai pemuas nafsu serakah selama lapan bulan sebelum perbuatan terkutuknya terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis, 29 Ogos lalu.

Difahamkan, episod malang menimpa wanita berkenaan bermula September tahun lalu apabila mangsa ketika itu tinggal berseorangan di rumahnya di sebuah FELDA di Merapoh, Kuala Lipis, didatangi bapa mentuanya menawarkan untuk merawat penyakit.

   
Mangsa ketika itu baru bernikah dengan anak lelaki suspek awal September tahun lalu.


Sumber berkata, lelaki terbabit menyuruh wanita berkenaan menuruti kaedah rawatan berkenaan dengan memberikan alasan berubat, namun mangsa enggan berbuat demikian.

Bagaimanapun, seminggu selepas kejadian itu, lelaki terbabit sekali lagi memujuk mangsa, namun kali ini dia memaklumkan perlu melakukan hubungan seks kerana ia sebahagian kaedah rawatan tradisional dipraktikkannya,” katanya.


Menurutnya, mendengar kaedah rawatan yang perlu dilaluinya itu, mangsa terkejut dan enggan mengikut arahan bapa mentuanya.

Namun, lelaki terbabit terus memujuk mendakwa seorang biras kepada menantunya (mangsa) juga pernah melalui kaedah rawatan sama dan dia (biras) melakukan persetubuhan dengan bapa mentuanya itu.


Selepas menceritakan perkara itu, lelaki terbabit mengajak menantunya melakukan persetubuhan dan ia berlaku selepas tiga kali warga emas berkenaan melakukan kaedah pelik itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membenarkan bapa mentuanya melakukan perbuatan terkutuk itu atas dasar kepercayaan  mahu mengubatinya dan berlarutan sehingga Mei lalu.

Katanya, mangsa menyedari dia dijadikan hamba seks bapa mentua dan enggan lagi melayan permintaan lelaki terbabit melakukan hubungan seks setiap kali tinggal bersendirian.

Tidak tahan perlakuan bapa mentuanya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran ditemani adik-beradiknya, 29 Ogos lalu.     

Difahamkan, suspek melarikan diri selepas mangsa membuat laporan dan sehingga kini belum ada tangkapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/02



Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote poyohabis 2-9-2013 09:57 AM
tu ilmu memuaskan nafsu serakah tt
Quote malaywood.NET 2-9-2013 09:57 AM
insaf lah datok oi,,
Quote redz85 2-9-2013 09:59 AM
menantu pun bingai... kalau dia tak sakit nak diubati apa kejadah
Quote sigila 2-9-2013 10:00 AM
70 an masih hebat anu nyer.... .
Quote Cakkkk....aaaa 2-9-2013 10:00 AM
FELDA.....

Quote tongkatwaran75 2-9-2013 10:02 AM
sigila posted on 2-9-2013 10:00 AM
70 an masih hebat anu nyer.... .


tu la...kata org la...
anu jantan nie mati bila nyawa tercabut...

Quote ifanonline 2-9-2013 10:03 AM
Cakkkk....aaaa posted on 2-9-2013 10:00 AM
FELDA.....

exactly...
Quote gaara_X 2-9-2013 10:06 AM
2-2 depa sebat.....adush!!
Quote brownstone 2-9-2013 10:08 AM
Sian anak laki dia
Quote moon2103 2-9-2013 10:09 AM
ngok..mcm org takde tamadun...
Quote _nursha_ 2-9-2013 10:10 AM
adoiii...kaedah rawatan yg macam ni pong ade yang percaya...
macammane la perasaan somi mangsa ni
Quote edoraixora 2-9-2013 10:11 AM
yg menantu2 nye tu, knape macam bengap sangat....
Quote Saranghaeyo! 2-9-2013 10:12 AM
astaghfirullahalazim..
Quote nolya 2-9-2013 10:12 AM
sigila posted on 2-9-2013 10:00 AM
70 an masih hebat anu nyer.... .


Dia tak de bini ke?  Kalau mcm tulah napsunya, haruslah dia mencari atau dicarikan isteri untuknya.
Quote ctaz 2-9-2013 10:12 AM
wow.....
senangnyer la ngayat....
giler laaaa....
Quote akughi 2-9-2013 10:14 AM
Cakkkk....aaaa posted on 2-9-2013 10:00 AM
FELDA.....

..... tak tau nak cakap ape pasal org felda ni
Quote miawpink 2-9-2013 10:14 AM
menantu kurang cerdik
bapak mertua terlebih pandai
Quote tongkatwaran75 2-9-2013 10:15 AM
biras tu senak dikejekan, tak repot polis plak...
Quote Vokuro 2-9-2013 10:16 AM
ummah felda pprt sunni mazhab shafie penghuni sorga kot.
ingat kan hanya syiah kafir laknatulllah yg amalan2 pelik ini.

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.133790 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top