CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kilang Di China Bayar Tunggakan Gaji Dengan Batu Bata

24-1-2018 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3378| Komen: 12

Description: Pekerja di sebuah kilang bata di beijing menerima tunggakan gaji berjumlah ASD 14,050 (RM55,174) dalam bentuk batu-bata.
Pekerja di sebuah kilang bata di beijing menerima tunggakan gaji berjumlah ASD 14,050 (RM55,174) dalam bentuk batu-bata.

Menurut portal Xinhua seperti dipetik Utusan Online, 30 pekerja kilang di Nanchang, wilayah Jiangxi bersetuju menerima 290,000 batu bata sebagai pertukaran tunggakan gaji.



Foto: BBC
 
Dalam pada itu, Jiangxi Daily melaporkan kesemua pekerja terbabit merupakan migran dari kawasan pergunungan Yunnan di barat daya negara itu dan tiada pilihan selain hidup dengan lilin dan kayu api sebagai sumber bahan api untuk memasak.

Mereka bersetuju menerima batu bata sebagai bayaran tunggakan gaji hanya selepas mendapat campur tangan daripada jabatan buruh tempatan.



Foto: AP

Tambah Xinhua, majikan terbabit masih berusaha mencari cara untuk membayar balik baki tunggakan berjumlah 10,000 yuan (RM6,134).

Bagaimanapun, isu itu mencetuskan ketidakpuasan di kalangan Sina Weibo.

“Mengapa pekerja migran sering berdepan masalah tunggakan gaji?” tanya pengguna blog mikro berkenaan.

Ekoran itu, Kesatuan Sekerja Persekutuan Seluruh China menyatakan lebih lima juta pekerja migran di China menerima tunggakan gaji berjumlah ASD 4.5 bilion (RM17.6 bilion) daripada mereka dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MH3707 24-1-2018 10:59 AM
pelik tapi benar


Quote palmolive 24-1-2018 11:07 AM
okla tu dapat batu bata...
aku dulu kerja kalo gaji lambat bos cuma mampu ckp..berserah pada Allah..
kalaulah aku boleh jawab gitu kt pihak bank...
mujur la aku tak jadi liberal cm org dlm forum
Quote nisako 24-1-2018 11:53 AM
la dpt batu bata je................ nak kena jual le nak dpt duit............
Quote Artemesiaa 24-1-2018 12:01 PM
Dapat ler juga walaupun sekadar bata dari tak dapat apa2 kurang2 benda tu masih boleh buat jual dapat juga duit
Quote krustykrab 24-1-2018 12:14 PM
palmolive replied at 24-1-2018 11:07 AM
okla tu dapat batu bata...
aku dulu kerja kalo gaji lambat bos cuma mampu ckp..berserah pada Allah. ...

beriman sungguh bos ko tu

cer korg ramai2 gi rumah dia, berkampung kat sana, makan apa yg dia makan, guna barang2 dia sementara tunggu dia berserah kat Allah tu
Quote palmolive 24-1-2018 12:24 PM
krustykrab replied at 24-1-2018 12:14 PM
beriman sungguh bos ko tu

cer korg ramai2 gi rumah dia, berkampung kat sana, makan apa yg  ...

kalo dh meluat...nak tgk muka pun tak menyampah..cmner nak gi umah
Quote kluangman 24-1-2018 02:34 PM
Kalau kat Malaysia buat mcm tu boss pecah kepada kena batu bata dihempuk pekerja migran dri Indon atau bangla
Quote ninjago 24-1-2018 02:51 PM
la kesiannya.. bole jual balik ke lepas tu.. ada ke yg nak beli? kalau takde, dah camne nak dapat duit nak makan.. nak bli makanan semua pakai duit. mana ada sistem barter dh..
Quote saden 24-1-2018 03:24 PM
majikan salah faham istilah "barter"
Quote batmana 24-1-2018 03:46 PM
Klu org beli pun, kene jual murah
nk baya kos pengangkutan lagi, upah buruh bwa batu ke destinasi lagi
silap2 dpt 1/3 aja nilai gaji
Quote insulin 24-1-2018 03:57 PM
Kasihan. Sepatutnya diberikan pampasan dalam bentuk barang yang ada nilai intrinsik seperti emas, jed dll....
Quote Skuau 24-1-2018 07:45 PM
syukur....majikan tidak 'disimen' dgn batu bata tu....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.072166 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top