CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rm190 Juta Untuk 1,200 Cctv Di Kuala Lumpur?

29-8-2013 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11994| Komen: 75

Description: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Dbkl) Akan Memasang 1,200 Unit Kamera Litar Tertutup (Cctv) Dalam Usaha Terbarunya Mengurangkan Jenayah Dan Mengawasi Kesesakan Lalu Lintas Di Ibu Negara.


(Mynewshub.my) - Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa pelaksanaan sistem itu GAGAL mencapai spesifikasi yang sepatutnya, bahkan lebih 60 peratus kamera CCTVnya gagal berfungsi! Perlu diingat, projek ITIS yang menelan kos sebanyak RM365 juta itu dilaksakanakan pada 2005 melalui tender terus. Dan kini GTC Global Sdn Bhd diberi pula kontrak oleh DBKL sebanyak RM200 juta untuk pemasangan 1,200 CCTV.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang 1,200 unit kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha terbarunya mengurangkan jenayah dan mengawasi kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Pemasangan CCTV ini akan dibuat secara berperingkat dan melibatkan kos sebanyak RM190 juta.

Difahamkan daripada jumlah keseluruhan CCTV yang dipasang, 300 unit adalah untuk kegunaan khas PDRM.

Dikatakan yang CCTV ini akan disambung dengan sistem maklumat ke semua balai polis, dengan lebih daripada 300 unit disediakan khas untuk mengurangkan jenayah

Bagi pengawasan lalu lintas, semua CCTV ini akan disambungkan dengan Pusat maklumat ITIS (Integrated Transport Information System) bagi pengawalan bersepadu.

Dalam erti kata lain, DBKL boleh menyelaraskan semua aktiviti berkaitan gambar dan juga maklumat-maklumat yang boleh digunapakai mereka dari segi trafik dan pihak polis dari segi jenayah.

SEKALI LALU bunyinya memang menarik tetapi ada perkara yang perlu diperjelas dan dimaklumkan pada masyarakat, apatah lagi bila ia melibatkan duit awam yang bukan sikit jumlahnya.

Kita pergi kepada ITIS sendiri, ia sebuah sistem maklumat pengangkutan bersepadu yang dibina khas untuk DBKL mengawasi aliran trafik serta menganalisa data keadaan lalulintas di Lembah Kelang untuk disampaikan kepada pengguna jalan raya.

Tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa pelaksanaan sistem itu GAGAL mencapai spesifikasi yang sepatutnya, bahkan lebih 60 peratus kamera CCTVnya gagal berfungsi!

Perlu diingat, projek ITIS yang menelan kos sebanyak RM365 juta itu dilaksakanakan pada 2005 melalui tender terus.

Dan kini GTC Global Sdn Bhd diberi pula kontrak oleh DBKL sebanyak RM200 juta untuk pemasangan 1,200 CCTV.

Kebimbangan pelbagai pihak yang tidak mahu sejarah kegagalan ITIS berulang harus diambil kira.

Kita nak tahu juga, apa kelebihan yang dimiliki syarikat ini sehingga ia mampu memperoleh kontrak yang besar dan semahal itu?

DBKL kena ingat, campur tolak darab dan bahagi, kos kamera CCTV yang terbaru ini, dicampur dengan kos ‘kewujudan’ ITIS telah menyebabkan DBKL telah berbelanja lebih RM500 juta…maknanya lebih separuh billion!

Kita tak nampak setakat ini nilai yang dibelanjakan itu berbaloi…yang selalu kita lihat di papan tanda ITIS adalah ‘ucapan selamat ‘ menyambut hari-hari perayaan…

Setelah melihat kegagalan ITIS, setelah mengetahui jumlah besar peruntukan yang terpaksa dibuat oleh DBKL, dah tiba masanya pihak DBKL memperincikan semua ini kepada warga kota.

Kita nak tahu apakah jaminan kegagalan ini tidak berulang, kita nak tahu adakah pemberian kontrak ini dibuat secara tender terbuka atau rundingan terus.

DBKL kena ingat, rakyat juga ada ‘CCTVnya’ sendiri…dan percayalah ‘CCTV’ mereka lebih bahaya dan berkuasa!

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza_yuss 29-8-2013 02:16 AM
Huhu... nak carik makan.... perlu la semua nia

Dosa blakang kira
Quote BotakChinPeng 29-8-2013 02:32 AM
Kamera jenama apa la depa kutip mai pasang sini
Quote Acong 29-8-2013 02:37 AM
BotakChinPeng posted on 29-8-2013 02:32 AM
Kamera jenama apa la depa kutip mai pasang sini

china mali........
Quote Al-Patih 29-8-2013 07:13 AM
DBKL kena ingat, rakyat juga ada ‘CCTVnya’ sendiri…dan percayalah ‘CCTV’ mereka lebih bahaya dan berkuasa!


ini notis peringatan ...
Quote gaara_X 29-8-2013 08:04 AM
CCTB cap ayam melambak skang nie.....
Quote card_reader 29-8-2013 08:05 AM
malaysia nie kalu bab mark up memang champion la.............
Quote nexusys 29-8-2013 08:10 AM
style meleis caprut....

beli benda2 urbanites... bersemangat dok guna time memula jek...

pastu dah malas nak menten,... pastu biar camtuh jek...

duit mentenen tah kemana derang bawak pi.....

tu style meleis ler... contoh bangunan2 yang baru.. awal2 jek jaga.. pastu malas dah nak menten...

Quote kakiputaralam 29-8-2013 08:19 AM
Duit cukai habis camtu je


Quote md.jie 29-8-2013 08:20 AM
nak projek hang pangkah apa hari tu
Quote mute 29-8-2013 08:25 AM
takat beli kat loyat, claim mahal mahal...tu jela kejenyer..
Quote chinatsu 29-8-2013 08:34 AM
supplier ni memang kuang hajo..semua nak untung segera..mark up harga barang sampai 3 kali ganda selalunya lepas tu amik kualiti paling rendah
Quote iza_yuss 29-8-2013 08:34 AM
card_reader posted on 29-8-2013 08:05 AM
malaysia nie kalu bab mark up memang champion la.............

huk aloh.....

even kat opis kecik2 ni... mark up pon slalu jek....

aku lagi heran, kat tempat aku....org2 yg amik kesempatan ni, kopiah x tinggal.... pakai tudung labuh, pastu slalu tazkirah org

apa lah org bukan islam menilai kalo tgk cara derang tu..... rugi!!!
Quote kakilicious 29-8-2013 08:42 AM
mahainyeeee
Quote dellashrill 29-8-2013 08:49 AM
X agak2 nak mark up. Kot ye pun nak charge mahal2, services mesti bagus. Asal cctv rosak, SLA 100% witout failed la. Ish2...
Quote cikatilia 29-8-2013 08:53 AM
byk pihak kena jaga
nak bayar monthly bill diorg
bil skolah anak diorg yg belajar overseas
bil umah banglo diorg.. letrik, astro
duit shopping botox wife2 and mereka sendiri

dan sebagainya


Quote akughi 29-8-2013 08:57 AM
RM 158 ribu tuk 1200 cctv? pandai Acong kire.....ko dulu belajo kat sekolah mane?

ooooooooo....ko terlupe pulak nak kire kos pembikinan system cctv....tang ni ko masukkn kos setengah bilion...

baru ramai yg datang meratib.....
Quote fairluck 29-8-2013 10:50 AM
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang 1,200 unit kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha terbarunya mengurangkan jenayah dan mengawasi kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Pemasangan CCTV ini akan dibuat secara berperingkat dan melibatkan kos sebanyak RM190 juta.

190 jota untuk 1200 unit cctv.. maka setiap satunya menelan belanja 158,333.33.
simple math..
Quote NIXAR 29-8-2013 10:54 AM
haram jadah sgt....moga keturunan tukang supply, tukang makan komisen keturunan mereka ditimpa bala bencana
Quote kegimaru 29-8-2013 11:11 AM
duit rakyat lebur sia2

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.110887 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top