CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Luahan Guru Duka Lara. Tertekan Kerana Permohonan Tukar Gagal Lagi

10-1-2018 11:31 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 13547| Komen: 95|Original author: Oleh: Whitney

Description: Disebalik kegembiraan guru-guru yang berjaya mendapat kelulusan pertukaran di negeri dan lokasi yang dipohon, tetapi ramai juga yang masih tetap menjadi guru duka lara walaupun sudah bertahun-tahun me ...


Disebalik kegembiraan guru-guru yang berjaya mendapat kelulusan pertukaran di negeri dan lokasi yang dipohon, tetapi ramai juga yang masih tetap menjadi guru duka lara walaupun sudah bertahun-tahun memohon. 

Sedih memanglah sedih, namun apakan daya, permohonan masih belum diluluskan.

Seorang guru bernama Rahim Ismail meluahkan kekecewaan di laman facebook miliknya apabila permohonannya sekali lagi gagal. Dia sudah melalui perkahwinan jarak jauh hampir 10 tahun bermula dari awal perkahwinan sehinggalah mempunyai empat orang cahaya mata. 

Kesemua anaknya dijaga oleh Isterinya termasuk ibu mertuanya yang lumpuh. Dia berasa begitu kasihan dengan isterinya yang bersusah payah menjaga anak-anaknya seorang diri serta risaukan keselamatan mereka. 




Guru ini turut menunjukkan dua laporan polis tentang kejadian pecah rumah yang berlaku di kediaman isteri dan anak-anaknya dan laporan kesihatan anaknya yang mengalami masalah radang paru-paru sejak dilahirkan serta surat sokongan daripada HUSM tentang kesihatan ibu mertuanya agar dia dapat ditukarkan.  


Ramai netizen yang bersimpati dan mendoakan agar guru ini dapat ditukarkan pada masa akan datang. 

Sebenarnya masih ramai lagi guru-guru yang senasib dan berharap hal sebegini dapat diatasi. 


Ada juga netizen yang berpendapat kelulusan permohonan pertukaran yang dibuat adakalanya tidak adil terhadap sesetengah guru terutamanya yang sudah berkeluarga. 


Semoga masalah guru duka lara ini dapat diselesaikan dan para guru dapat menjalankan tugas dengan tenang dan gembira. Hanya guru-guru yang mengalaminya sahaja yang merasai betapa peritnya berjauhan bersama isteri dan anak-anak sehingga berpuluh tahun lamanya.  - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 10-1-2018 11:38 AM
Bertabahlah cikgu. Risiko utk kerjaya yg ada posting ni mcm tu lah
Quote haryatie 10-1-2018 11:43 AM
tp kdg2 mmg x faham pun
ada sesetengah tu alasan xde la kritikal sgt tp mudah jerk dpt tukar
rezeki masing2
bertabah laa..

Quote manehnya 10-1-2018 11:48 AM
hurmm... baca pulak aku sampai habis..

bistu dh teruk mcm tu, berenti je lah jd cikgu, kerja swasta, mana2 pun boleh
Quote prettyuglybabe 10-1-2018 11:50 AM
kalau dia minta tak berjaya, why not minta isteri pulak tukar ke perak..
maybe permohonan guru perempuan lagi mudah kot..
Quote shernazz 10-1-2018 11:51 AM
Kesian...
Laginkesian si isteri...
Isk...
Kena guna.kabel lg ke
Quote Deidra 10-1-2018 11:52 AM
10 tahun pjj...{:cryrun
Quote mieymiey 10-1-2018 12:03 PM
Mungkin kuasa viral dapat membantu cikgu ni, insyaAllah. Semoga dipermudahkan urusan cikgu.
Quote Innrukia 10-1-2018 12:12 PM
Resign jerla... family comes 1st kekdahnya. Life is about a choice u make. Org private boleh jer resign kalo x ngam ngan employer. Siap ada yg migrate keluar Malaysia bila xder dpt keje kt Malaysia... merungut mengeluh bt apa...
Quote idakamaruddin 10-1-2018 12:15 PM
prettyuglybabe replied at 10-1-2018 11:50 AM
kalau dia minta tak berjaya, why not minta isteri pulak tukar ke perak..
maybe permohonan guru pere ...

dgr dr sedara mara kt kelantan mmg susah nk masuk ke kelantan kalau minta tuka

xtau la btl ke x, tp kalau minta ke negeri lain senang sikit

mgkn heols x nk bini tuka ke perak sbb family mer pun kan kat sana..mer kan dia kan lumpuh tu kan

sbb tu la dia nk ke sana

apa2 pun harap2 ada la pihak yg cakna masalah cikgu rahim ni

kesian
Quote system_failure 10-1-2018 12:21 PM
Tu masih enteng lagi. Wife aku punya lg hardcore.
My wife stranded for 5 fucking years at pendalaman tatau, bintulu with no electric, water suply and telco lines.
Terpaksa guna generator pasar mlm dan air pam dari sungai. Setakat tgk buaya darat bersidai kat tepi sungai atau menjalar kat bwh rumah tu biasa dah...
Bila aku dah jerit kat putrajaya baru dpt transfer semenanjung. Tu pun kat pendalaman sungai nengiri, gua musang.. for another 4 fucking years.. Still xde line henpon and ko hidup bagaikan berada di zaman kegemilangan kesultanan melaka pada awal abad ke 15.

Dah 2 kali aku eksiden sbb terlampau mengantuk especially kat area kg merapoh. Alih2 aku panjat kuar dari tingkap and merangkak naik kuar dari parit dalam.
Tu pun masih blur dan terlupa ingatan sekejap dan terpaksa org kampung baringkan kat tepi jln. Punyalah lost sampai aku pun xingat langsung aku dari mana ke mana and aku bersama sapa..

Tu blum kisah anak lg..
Ahh malas nk citer
Quote syaiful 10-1-2018 12:22 PM
Pada pendapat saya lah
Hidup kena flexible
Kalau dia tak dapat nak pindah ke Kelantan, di mana terlalu ramai cikgu-cikgu memohon nak ke Kelantan
Minta la wife dia apply ke Perak, di mana saya berpendapat lebih mudah untuk mendapat tempat ke sana
Settle masalah duduk berjauhan suami isteri
Quote elnor_81 10-1-2018 12:23 PM
Aku yg x mintak ni ditukarkan alasan redeployment...mujur makin dkt dgn umah..
Quote tomaz 10-1-2018 12:41 PM
idakamaruddin replied at 10-1-2018 12:15 PM
dgr dr sedara mara kt kelantan mmg susah nk masuk ke kelantan kalau minta tuka

xtau la btl ke x ...

Yerp. This is true. Nak masuk ke kelantan mmg susah. Kalau dia bkn org kelantan lg susah walaupun isteri dia org kelantan. Ada kenalan iols mcm ni la. Last2 terpaksa la keluar dr kelantan posting tmpat lain. Sbb org kelantan mmg nak balik tmpat sndiri and mudah dapat tukar kalau si lelaki yg kelantan. Org negeri lain x kisah sgt posting mana2



Quote prettyuglybabe 10-1-2018 12:43 PM
idakamaruddin replied at 10-1-2018 12:15 PM
dgr dr sedara mara kt kelantan mmg susah nk masuk ke kelantan kalau minta tuka

xtau la btl ke x ...

cikgu ni bukan asal or lahir kelantan kot..
wife je orang kelantan..
sebab tu susah nak minta tukar masuk kelantan..

if nak sama-sama, then sorang kena la berkorban..
dia cerita pun hanya ada mak mertua je duduk dengan bini..
bawa je la mak mertua tu pindah perak kalau dapat tukar..
bini sendiri pun tak nak berkorban tinggalkan kelantan abis tu macam mana..
susah-susah sangat, berhenti jadi cikgu..
cari kerja swasta asal dapat berkepit laki bini..

Quote prettyuglybabe 10-1-2018 12:46 PM
system_failure replied at 10-1-2018 12:21 PM
Tu masih enteng lagi. Wife aku punya lg hardcore.
My wife stranded for 5 fucking years at pendalama ...

napa tak suruh wife berhenti kerja je kalau dah gitu?
cari kerja kat sekolah private..
Quote biskutsusu 10-1-2018 12:56 PM
Edited by biskutsusu at 10-1-2018 01:15 PM
prettyuglybabe replied at 10-1-2018 11:50 AM
kalau dia minta tak berjaya, why not minta isteri pulak tukar ke perak..
maybe permohonan guru pere ...

setahu i, ramai sangat yang minta balik kelantansebab tu, suuuuusah sangat kalau nak bertukar ke kelantan

yang dapat priority untuk bertukar ialah isteri tentera / polis

i pun rasa lebih mudah diluluskan kalau dia minta isterinya yang pindah ke perak



Quote prettyuglybabe 10-1-2018 01:05 PM
biskutsusu replied at 10-1-2018 12:56 PM
setahu i, ramai sangat yang minta balik kelantansebab tu, suuuuusah sangat kalau nak bertukar ke k ...

apa nak buat.. bini dia pula sanggup berjauhan dengan laki tapi tak sanggup berjauhan dengan negeri kelahiran
apa pun, sebelum jadi cikgu kan ada terms kata sanggup ditempatkan kat mana-mana..
la ni nak komplen pun tak guna..

Quote aHoi83 10-1-2018 01:06 PM
Why all those yg duka lara ber tahun tak berenti je??? Sbb syg keje gomen??
Quote system_failure 10-1-2018 01:09 PM
prettyuglybabe replied at 10-1-2018 12:46 PM
napa tak suruh wife berhenti kerja je kalau dah gitu?
cari kerja kat sekolah private..

The same questions i had to face utk kali yg ke 18 juta kalinya.... yep.. everyone just throw out the same question. "Why not quit the job? "
Do you see the biggest picture or the real prob behind this?

Why blame the teacher?
Why not blaming the system itself?

Let say laa my wife quit.. then the next cikgu yg fill in the blanks also need to face the same problem over and over and over......

Can you see the loophole here?
Ianya adalah masalah sistem yg dicipta oleh manusia yg xmemahami di putarjaya.

I can truly understand the phrase of 'work abroad'.
But why have to go thru a decade?

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.058158 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top