CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Besi Dera Anak OKU Dengan Besi Panas

5-1-2018 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2558| Komen: 5

Description: Seorang tukang besi ditahan kerana dituduh terbabit mendera anak lelakinya yang baru berusia sembilan tahun di Kampung Rambai Padang, Pendang.
Seorang tukang besi ditahan kerana dituduh terbabit mendera anak lelakinya yang baru berusia sembilan tahun di Kampung Rambai Padang, Pendang.

Perbuatan mendera mangsa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) itu terbongkar selepas guru sekolahnya mendapati terdapat kesam lebam di muka dan kesan lecur di kedua-dua tapak kakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata,

"Guru mangsa ternampak kanak-kanak itu datang ke sekolah dengan kesan lebam di muka dan apabila guru berkenaan bertanya selanjutnya kepada mangsa, kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia ditumbuk oleh bapanya.

“Pemeriksaan selanjutnya oleh guru berkenaan terhadap kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan melecur di kedua-dua belah tapak kaki mangsa dan mangsa mendakwa terkena besi panas.”

Gambar Hiasan

Berita Harian melaporkan, guru tersebut membawa kanak-kanak berkenaan ke Balai Polis Pendang sebelum ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Polis kemudian menahan bapa berusia 34 tahun di rumah mereka untuk siasatan lanjut dan berdasarkan siasatan awal, kita mendapati mangsa OKU yang mengalami masalah pembelajaran.

“Pemeriksaan di hospital mendapati terdapat kesan melecur di kedua-dua bahagian tapak kaki dan bengkak di bahagian mata sebelah kiri dan mangsa kini masih berada dalam keadaan trauma selepas kejadian itu.

"Kita juga akan soal siasat ibu mangsa dan beberapa individu bagi membantu siasatan untuk mengenalpasti motif kejadian."

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -CARI
3

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 6-1-2018 03:10 PM
Oh kesiannya adik...
Quote onexox97 6-1-2018 07:18 PM
ya Allah sedihnha
Quote yangsemb 6-1-2018 09:58 PM
Vangsat punya bapa, sebbek cikgu prihatin
Quote chinta89 8-1-2018 02:46 PM
kenapalah diperlakukan sedemikian rupa
Quote budaktua 8-1-2018 03:03 PM
Alhamdulillah....

ada cikgu yg prihatin... keep the good work teacher...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043425 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top