CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kes Cikgu Azizan Boleh Dimaafkan Lagi, Tapi Ini 5 Kes Cikgu Yang Tak Boleh Dimaafkan

28-12-2017 12:52 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 11361| Komen: 114|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Description: Kes Cikgu Azizan yang telah terlepas dari hukuman setelah memukul anak muridnya telah selesai beberapa minggu lepas. Namun harus kita ingat yang sebenarnya ada banyak juga kes jenayah yang dilakukan o ...
Kes Cikgu Azizan yang telah terlepas dari hukuman setelah memukul anak muridnya telah selesai beberapa minggu lepas. 

Namun tahukah anda, sebenarnya ada banyak kes jenayah yang dilakukan oleh guru-guru dan ia dianggap sebagai tidak boleh dimaafkan. 


Ini antaranya: 

Tak bawa buku pun boleh kena belasah?

Gambar Hiasan

Masih ingat pada 14 Februari tahun 2014 kes yang mana seorang guru membelasah empat pelajar tingkatan satu dan dua orang pelajar perempuandi sekolah SRJKC tanpa sebab? Guru itu juga menumbuk sebanyak 5 kali pada muka seorang pelajar perempuan. Kes yang lain juga menyebabkan dua orang pelajar ditendang sehingga mengakibatkan dagu berdarah teruk. Seorang lagi pelajar telah dibelasah akibat masalah botol air sahaja sehingga menjadi kes polis. 



Sudahlah pelajar sakit, guru rogol pula

Gambar Hiasan

Ada guru mengambil kesempatan kepada salah seorang anak muridnya selepas anak muridnya mengadu sakit dan membawanya ke klinik. Sejurus selepas menghantarnya ke klinik, guru itu membawanya ke rumahnya dan dipaksa menonton video lucah sebelum merogol mangsa selepas usaha menaikkan nafsu pelajar tersebut gagal.

Disebabkan tidak sihat kerana dikhuatiri meghidap tibi, pelajar tersebut tidak berdaya melawan sehingga dirogol. Pelajar tersebut kemudian mengadu kepada guru kaunseling sekolah sebelum polis mengambil tindakan.


Suka menyentuh alat sulit pelajar lelaki

Foto: nst.com.my

Lee Chee Hiang menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai seorang guru untuk mengambil peluang meliwat kanak-kanak di bawah umur di sekolahnya di Serian, Sarawak. Dia 'memancing' para pelajarnya dengan menyentuh dan membelai alat sulit mangsa ketika mengajar di dalam kelas.

Bagi yang tidak bernasib baik, mereka telah dibawa dalam bilik stor sekolah atau dalam bilik darjah untuk diliwat. Berdasarkan kes, hakim tidak membenarkan tertudah diikat jamin. Kes ini baru sahaja berlaku pada bulan Oktober 2017 yang lepas.


Depan kelas pun boleh belasah guru besar

Foto: amazon.com

Tidak tahulah mengapa, tetapi seorang guru sekolah rendah di Sibu membelasah guru besar sekolahnya ketika melakukan rondaan rutin. Berang dengan tindakan guru besar tersebut mempersoalkan kreadibilitinya ketika mengajar, berlaku pertengkaran antara guru besar berusia 40 tahun dan guru wanita berusa 49 tahun itu.

Memetik laporan Utusan Borneo 17 Jun 2017, sebelum menendang guru besar tersebut, guru wanita itu menyimbah air panas di tangannya dan menyebabkan kesan lecur pada bahagian belakang badan dan juga lengan. Perlakuan ganas tersebut bukan kali pertama,  guru besar yang baru datang juga terkena. Pengaruh buruk dari televisyen mungkin?  


Pelajar OKU dicabul guru senior

Foto: q8india.com
Seorang guru yang telah berkhidmat selama lebih 35 tahun didapati telah mencabul salah seorang pelajar OKU yang mempunyai kecelaruan hiperaktif daya tumpuan (ADHD). Cikgu Sha’ari A. Samat telah menggunakan statusnya sebagai guru senior meminta pelajarnya melakukan seks oral kepadanya.
 
Tindakan menghantar mesej-mesej lucah kepada pelajar terbabit menjadi persoalan kepada bapa pelajar tersebut menyebabkan bapa mangsa hadir ke sekolah untuk melakukan siasatan. Cikgu Sha’ari menafikan namun setelah mempunyai bukti yang kukuh, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman10 tahun ke atas cikgu Sha’ari. Memetik laporan Utusan Online pada 23 Mei 2017, hakim menetapkan hukuman 7 tahun penjara atas kesalahan melakukan seks oral dan 3 tahun kerana mencabul.

Balasan yang setimpal sudah pun dikenakan, harap orang awam jangan pula menjatuhkan hukuman sendiri ya. -CARI
6

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cari-Azza 28-12-2017 01:08 PM
Yang rogol dan liwat tu geramnya rasa. grrr
Quote CardiGans85 28-12-2017 02:14 PM
Sy x bole lupa ms darjah 3, kwn perempuan ade buat slh dlm latihan BM. Cikgu lelaki ni tunjal2 kepala kwn sy tu sampai tercabut tudung sekolah. Esoknya ayah kwn sy tu dtg sekolah sbb kwn sy tu demam n takut g sekolah. Skrg kita panggil trauma la. Then, x lama kmudian cikgu tu kena transfer kt sekolah lain.

Tau sbb kwn sy ni jiran sy.
Quote CardiGans85 28-12-2017 02:18 PM
Btw, x bole maafkan org yg kita panggil pendidik ni rogol,liwat atau cabul.

Dl ade sorg cikgu math, klu slh suka cubit kt dada. Nk sampai terkupas kulit tu pun ade sbb dia cubit jenis kecil ala2 semut api. Lebam mmg akn hilang seminggu.
Quote miemiecha 28-12-2017 04:06 PM
BAB TRAUMA ni mmg pernah jadi kat adik mek. umo 8 tahun kot dia msa tu, tp baru2 msk sek rendah.. kan dedulu cikgu garang ya hamat.. tp ujg2 cikgu mai mntk maaf and adik  blh p sekolah ngan hapi nya
Quote samasam90 28-12-2017 04:18 PM
hello, buku akak waktu tahun 1 siap kena buang kena lempar ke lantai sebab tulisan cakar ayam.. waktu kecik memang tak rasa lah, cuma malu bila kena teriak marah tu. bila besar ne, baru tahu betapa sialnya perbuatan cikgu tu kat budak 7 tahun yg baru start nak belajar. nama dia cikgu zutantie mohd zam zam.
Quote pooh~key 28-12-2017 04:27 PM
samasam90 replied at 28-12-2017 04:18 PM
hello, buku akak waktu tahun 1 siap kena buang kena lempar ke lantai sebab tulisan cakar ayam.. wakt ...

Huntunglah kau masih boleh ingat lagi dekkkk, nama cikgu sialan ittewww. Akak tak ingat langsung yach nama2 theyols. Kalau nak diikutkan ramai juga yang derhaka pada akak, sisssss....
Quote samasam90 28-12-2017 04:54 PM
pooh~key replied at 28-12-2017 08:27 AM
Huntunglah kau masih boleh ingat lagi dekkkk, nama cikgu sialan ittewww. Akak tak ingat langsung y ...

haruslah ingat sis, selepas beberapa kali buku iolls dilempar ke lantai, bapak i nampak (masih sebulan start sekolah kot, so apak temankan anak gitchew sampai pulang), sheolls bagi silent treatment kat i selama setahun.. senyum pun idok, cuma jeritan batinku je dia tujukan..

tapi iolls nak ucapkan terima kasih sebab i gigih nak perbaiki tulisan sampai menang contest..

yg lain, puhleaseeeeee iolls nak sembah ratu.. 1
Quote JokesCop 28-12-2017 05:00 PM
samasam90 replied at 28-12-2017 04:18 PM
hello, buku akak waktu tahun 1 siap kena buang kena lempar ke lantai sebab tulisan cakar ayam.. wakt ...

Buku kami pun pernah dilempar sis, tapi bukan darjah 1, form 4, bukan atas lantai, atas rumput dari tingkat 2, separuh kelas kene turun tangga nak ambik buku balik. Tapi salah kamilah xnak salin nota. Bwahahahaha
Quote samasam90 28-12-2017 05:19 PM
JokesCop replied at 28-12-2017 09:00 AM
Buku kami pun pernah dilempar sis, tapi bukan darjah 1, form 4, bukan atas lantai, atas rumput dar ...

padan muka la pemalas..
Quote Meiizu 28-12-2017 05:38 PM
gara2 kes cikgu azizan ni kemain cikgu2 merintih "pengorbanan" depa
kkot ye pun plisss laa jgn duk melebih sgt aihh
kami bukan bodo...kami tau jaaa apa yg baik, apa yg buruk
ada salah parent
tapi ada jugak kes sprti dlm topik ni , salah cikgu

duklaa merintih parent zaman skrg itu ini
cikgu pun sama gak cikgu zmn skrg

yg heran tu kaannn...parent yg ntah apa2 tu sama generasi umur gak dgn cikgu2 merintih
nmpk tak??
awat takdak kes parent career cikgu bertengkaq dgn cikgu sekolah anak???tetttttt
Quote Meiizu 28-12-2017 05:40 PM
samasam90 replied at 28-12-2017 04:18 PM
hello, buku akak waktu tahun 1 siap kena buang kena lempar ke lantai sebab tulisan cakar ayam.. wakt ...

zutantie mohd zam zam
cer ko search fb hahahah
kot dia ada anak drjh 1 tulisan buruk
Quote chazey 28-12-2017 05:46 PM
Akak dah ulang ulang ulang kata seblom nih, ingat if memang betol cikgu tu hansuang NUTP akan campur tangan bekap habis2an ka? Dalam tered ni korang boleh nampak sindri la kes2 yang cikgu pon tak hingin nak bekap walau pelakunya rakan seperguruan sundri yah?
Quote chazey 28-12-2017 05:48 PM
Btw hukuman zaman Jepon dok lempar baling buku ka pelangkung pelajar ka tu now memang dah diharamkan umpama babi. Rujuk gamba.

IMG-20171228-WA0000.jpg
Quote monsterwife 28-12-2017 06:14 PM
Meiizu replied at 28-12-2017 05:38 PM
gara2 kes cikgu azizan ni kemain cikgu2 merintih "pengorbanan" depa
kkot ye pun plisss laa jgn duk  ...

Jgn komen lebih2 nanti kamu kena serang plk.para cikgu ni sensitive sikit
Quote shania88 28-12-2017 06:30 PM
Meiizu replied at 28-12-2017 05:38 PM
gara2 kes cikgu azizan ni kemain cikgu2 merintih "pengorbanan" depa
kkot ye pun plisss laa jgn duk  ...

korang rasa cikgu2 nih kan kalau anak diorang kena pukul belasah tampar dgn cikgu sekolahdiorang meroyan tak
Quote samasam90 28-12-2017 06:43 PM
Meiizu replied at 28-12-2017 09:40 AM
zutantie mohd zam zam
cer ko search fb hahahah
kot dia ada anak drjh 1 t ...

pernah search kak.. takde fb dia.. tetibe lak mcm jatuh kesian gittuh... dah tua kot cikgu zutantie
Quote xtahumenahu 28-12-2017 06:56 PM
Cikgu math aku masa form 1 mmg jahat... Selamber panggil member aku cilaka sebab nama member tu thilaga n salah buat homework..siap nyanyi... Thilagawati memang cilaka...
Quote Meiizu 28-12-2017 07:05 PM
Edited by Meiizu at 28-12-2017 07:08 PM
shania88 replied at 28-12-2017 06:30 PM
korang rasa cikgu2 nih kan kalau anak diorang kena pukul belasah tampar dgn cikgu sekolahdiorang m ...

Ni cite 20thn lepas
Cikgu cite..kawan dia cikgu jugak marah anakmurid taksiap keje sekolah.mak budak tu dtg marah balik cikgu tu siap hina "u ingat I sape"tttteeettt
Mak budak tu pangkat lagi besar dri cikgu tu..Pengetua okehhh

Quote chazey 28-12-2017 07:12 PM
samasam90 replied at 28-12-2017 06:43 PM
pernah search kak.. takde fb dia.. tetibe lak mcm jatuh kesian gittuh... dah tua kot cikgu zutanti ...

Sah2 uol tak google? Ai google hada jah? Ka sheols block chuol from searching sheols?

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.063144 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top