CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Masak Ikan Buntal, Kena Tahu Caranya Dahulu! Berani Makan Tak?

15-12-2017 03:45 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 4904| Komen: 15|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Selama ini, mungkin anda pernah tertanya-tanya ada ke orang makan ikan Buntal? Jawapannya ada dan ianya sedap okay!
Selama ini, mungkin anda pernah tertanya-tanya ada ke orang makan ikan Buntal? Jawapannya ada dan ianya sedap okay!

Mungkin resipi kali ini agak pelik bagi ramai orang. Namun tahukah anda sajian ini popular di sesetengah tempat di Sabah dan Sarawak. 


Ketahui cara-cara nak bersihkan dan masak ikan buntal yang dikongsi oleh Abel Lione Karia di laman Facebooknya.

BAHAN-BAHAN
Ikan buntal
10 ulas bawang merah kecil 
10 batang serai 
Halia sebesar ibu jari
10-15 ulas bawang putih 
1 sudu kecil kunyit atau serbuk kunyit 
Lada (ikut citarasa)
Perasa secukupnya
Minyak untuk tumis
1 cawan air

Foto: Facebook
CARA-CARA
1. Rebus dahulu ikan Buntal dengan 4 batang serai (sehingga air mendidih)

2. Kemudian cabut duri dan buang hempedu beracun dalam perutnya

3. Selepas duri dah dibuang, panaskan minyak dan tumbuk bahan-bahan. Tumis bahan sampai garing dan naik bau baru masukkan hati ikan buntal dan gaul hingga sebati

4. Kemudian baru masukkan ikan buntal dan gaul sehingga sebati

5. Akhir sekali letak 1 cawan air agar ia berkuah sedikit

6. Tunggu mendidih kemudian tutup api. Siap dan boleh dihidangkan

Foto: Facebook
Walaupun agak leceh nak sediakan tapi rasanya memang sedap. Tapi Awas! Kalau anda tak yakin atau rasa tak ada kepakaran untuk buang duri ikan buntal ni, janganlah berani-berana cuba.

Dapatkan pertolongan dari yang pakar kerana dikhuatiri tercedera akibat duri yang beracun.

Selamat mencuba! -CARI

Kredit resepi: Abel Lione Karia
5

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 15-12-2017 03:42 PM
G restoran pakar masak ikan buntal, kang masak sendiri esok x bangun2
Quote hatikudus 15-12-2017 05:09 PM
Koser sangat nak makan ikan buntal nyahhh
Quote moonbug 15-12-2017 08:38 PM
Hehe takpelah. Byk lagi ikan lain boleh makan
Quote jane_hopper 15-12-2017 09:00 PM
Adoi, makanan2 beracun ni mmg x akan la ku sentuh huhu
Quote MissVixen 15-12-2017 11:46 PM
Jepun nak dapat sijil pun perlukan masa bertahun kot. Kalau nak bunuh diri boleh la cuba.
Quote mirandanicky1 16-12-2017 12:59 AM
Takpelah tq ada byk lg spesis ikan lain yg blh dimakan.. seram nengok duri2 ituu
Quote yangsemb 16-12-2017 06:28 AM
Gellsss pulak nengok ikan buntal ni
Quote yangsemb 16-12-2017 06:28 AM
Gellsss pulak nengok ikan buntal ni
Quote intanpurnama 16-12-2017 08:11 AM
Minta maaf la nak makan walau sedap macam mana pun huhu
Quote dubuk 16-12-2017 08:59 AM
no way                                    
Quote helicornia 16-12-2017 09:26 AM
byk lagi ikan lain bole makan..kosser nk menggadai nyawa
Quote DeeHanania 16-12-2017 08:24 PM
X koser nak mkn...
Xmo tanggung risiko
Quote nikkibee 18-12-2017 08:29 AM
dh buang hempedu pn still ad toxin.silap prepare,paralyze trus satu badan.
Quote Gadis_sarawak 18-12-2017 10:17 AM
Pernah makan ikan masin ikan buntal..memang sedap..terbaik
Same goes to obor2 memang sedap...
Quote leena1234 18-12-2017 06:25 PM
Tak rela nak makan ikan buntal ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.170423 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top