CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wow! Budak 6 Tahun Dapat RM44 Juta Setahun Hanya Dengan Bermain Youtube!

12-12-2017 04:20 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 3719| Komen: 12|Original author: Oleh: Amiey

Description: Sesuatu yang luar biasa dan mengagumkan apabila Business Insider melaporkan kanak-kanak berusia 6 tahun berjaya menjana pendapatan jutaan ringgit hanya dengan membuat 'review' mainan di YouTube.
Sesuatu yang luar biasa dan mengagumkan apabila Business Insider melaporkan kanak-kanak berusia 6 tahun berjaya menjana pendapatan jutaan ringgit hanya dengan membuat 'review' mainan di YouTube.


Ryan merupakan hos untuk saluran Ryan Toysreview di YouTube

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Ryan, merupakan hos untuk saluran Ryan Toysreview di YouTube.

Lebih mengejutkan, Ryan berjaya meraih pendapatan sebanyak US$11 juta (RM44,918,126) setahun.

Laporan yang dikeluarkan secara rasmi oleh Forbes tersebut telah menyenaraikan bisnes yang dikendalikan oleh keluarga ini sebagai salah satu daripada 'Top 10' selebriti Youtube paling kaya di dunia.


Ryan bersama barang mainannya

Menurut laporan The Verge, ibu bapa Ryan turut mendedahkan yang mereka membuat 'review' produk yang baharu hampir setiap hari semenjak saluran itu dibuka di YouTube pada Mac 2015.

Yang menariknya, ketika itu saluran di Youtube tersebut dibuka ketika Ryan hanya berusia 4 tahun. Si kecil itu juga dikatakan gemar meminta video review barangan mainan dan ketika itulah mereka mendapat idea, mengapa tidak melakukannya di saluran Youtube mereka sendiri.

Pada mulanya, sambutan terhadap video tersebut bermula dengan agak perlahan. Namun sehinggalah Julai 2015 di mana video milik Ryan mula menjadi viral di laman sosial sehingga menaikkan rating di saluran Youtube miliknya.

Ryan raih pendapatan lebih RM44 juta setahun!

Bayangkan, video yang memaparkan Ryan membuat review 'Giant Egg Surprise' yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri kereta Pixar itu kini telah ditonton hampir 800 juta kali di YouTube.

Kini, saluran Youtube Ryan lebih cenderung untuk membuat review produk mainan baharu dan juga makanan kanak-kanak sambil diterangkan secara bersemangat oleh si comel itu. Memang luar biasa!

Channel Ryan ToysReview itu kini mempunyai lebih 10 juta pengikut dan mampu memberi pulangan pendapatan sehingga USD1 juta setiap bulan. Aduhai, kayanya adik Ryan ini! - CARI 
5

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
23

Sedih
19

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 12-12-2017 04:25 PM
ok, ryan dah mnambah penonton baru dr klangan acik Cari 800juta tontotan
Quote tagas 12-12-2017 04:29 PM
anak aku suka tgk dia punya review mcm2 toys & game

kalo tgk da mcm takde keje parent si dak ryan nih

rajin melayan kerenah anak main game bagai
Quote cicicumel 12-12-2017 04:48 PM
Philipinos ke sheols?
Quote idakamaruddin 12-12-2017 04:50 PM
ryan ryan sbb ryan la anak acik asik mint mainan nak mcm ryan

acik mampu beli kt anak makcik lego celop dr cina yg sekotak 3.90 je sehari kt anak acik

pasni nk blok video ryan la moga anak acik tak terpengaruh lg minta2 mainan dr acik yg miskin ni

Quote idakamaruddin 12-12-2017 04:51 PM
tagas replied at 12-12-2017 04:29 PM
anak aku suka tgk dia punya review mcm2 toys & game

kalo tgk da mcm takde keje parent si dak ryan ...

dh parent pn mcm x keje kan duk buat video anak dia je

ngn bapak nye pn melayan

ye la masyukk 44j setahun terpaksa belakon bodoh2 melayan anak nye...



tp adik kembar ryan tu comel


Quote miemiecha 12-12-2017 05:04 PM
senangnya dpt duit
Quote CiliPadiSedap 12-12-2017 05:53 PM
tu lah akak dh ckp ajar anak speaking english boleh masuk youtube
Quote PJmasks 12-12-2017 06:37 PM
Anak iols dah macam addicted dgn ryan ni. Tapi kitorg tgk kat tv macam entertainment sekeluarga. Tgk sama2. At least language family deyols masih terkawal compared to toys review omputih yg lain2.
Quote putriTS 12-12-2017 11:26 PM
Oh my, anak i jugak antara yg menyumbang viewers pada video budak Ryan ni. Sampai kadang2 tu I mcm terkejut semua mainan anak I tau nama. Padahal budak tu bukan pandai baca pun lagi. Baru 3 y.o.  
Quote Artemesiaa 13-12-2017 10:53 AM
Hanya kanak2 yang lebih memahami kanak2 yang lain
Quote yangsemb 17-12-2017 05:04 PM
Whoaaaa{:love
Quote Ferr_Remy 2-1-2018 10:21 AM
Da besar nnt, ilangla sumber pendapatan klu nak bapak die x bijak. Brtindak cpt!! Kluarkan baby yg ade skill mcm ni lagi

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.142033 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top