CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jual Jam Harga Rumah, Aliff Syukri Sengaja Minta Dikecam - Netizen

21-11-2017 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16659| Komen: 100|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Sebut sahaja nama Datuk Aliff Syukri, pasti semua terbayang barangan serta aksesori mewah yang sering ditayangnya di laman sosial.
Sebut sahaja nama Datuk Aliff Syukri, pasti semua terbayang barangan serta aksesori mewah yang sering ditayangnya di laman sosial.



Walaupun dihentam dengan kritikan dan komen negatif, Aliff tak pernah serik berkongsi apa jua dimilikinya di media sosial untuk tatapan ramai.

Dan seperti biasa, postingnya baru-baru ini yang ingin 'melepaskan' tiga jam mewah miliknya menjadi perhatian netizen.



Dan seperti biasa jugalah postingnya itu menjadi hencapan netizen.


"Baik beli rumah dari beli jam seketoi tu...Apa motif up kat FB pun tak tahu... Saja meminta agaknya.

"Lebih baik beli rumah sebab kami bukan orang kaya nak beli seketul jam berharga seperti membeli rumah," antara komen netizen.

Harga sebuah jam tangan itu dah boleh dapat sebiji rumah. Wow! Mana tak marah rata-rata rakyat marhaen. Malah, mereka menganggap agak kurang sesuai barangan mewah seperti itu dijual menerusi laman sosial. Ada ke yang nak beli tu?


Foto: IG Aliff Syukri

Foto: FB Aliff Syukri

Ada juga segelintir netizen menganggap Aliff sebenarnya bukan berniat menjual jam berkenaan, sebaliknya sengaja menayang kemewahannya.

Sebelum itu, Aliff juga sudah 'bosan' dengan salah satu kereta mewahnya dan ingin menjualnya kepada sesiapa yang berminat.


Foto: IG Aliff Syukri
Betul juga tu Datuk. Baik jual pada orang kaya saja. Tapi, ada ke orang kaya nak pakai barang terpakai (second hand) ni? - CARI
2

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pichee 21-11-2017 10:31 AM
Eh..dh die bli harga jam tu mhl...biar la die nk jual brape pn..awk x mampu..tgk je la..x phm btl la rakyat ni
Quote faraway1 21-11-2017 10:34 AM
orang ingat beli 200 k, jual balik 200 ringgit aje kan...
Quote mieymiey 21-11-2017 10:38 AM
Yang penting "kondisen"
Quote katibism 21-11-2017 10:41 AM
Juara HUMBLE BRAGGING. Yiiiiiiiiiiiiih
Quote sofiazara 21-11-2017 10:44 AM
tak lain tak bukan bertujuan nak berlagak
Quote Rainrein 21-11-2017 10:45 AM
Mahal sesia datuk. X cantik pun.
Quote lonely_surina 21-11-2017 10:47 AM
mudah sungguh rezeki as neh..
btl laa kalo kite baik dgn mak kita mmg mudah segala apa urusan kita..
mak dia plak jenis bdoa sentiasa untuk anak2..
Quote akuMNdia 21-11-2017 10:49 AM
jam tu dah mmg mahal pun..biau ler dia nak jual mahal..
jual cara camni selalunyer cepat gak dapat buyer..
rakyat marhaen yg tak mampu dok dendiam sudehhh...
Quote krieysa 21-11-2017 10:50 AM
Makin riak  lah dia ni... dia ni kan bila bini x de makin menjadi2 perangai brag dia tu..kalau bini ada tu mungkin bini dia control dia dari memperbodohkan diri kot..ke sama je..huhu
Quote EncikRhoma 21-11-2017 10:54 AM
yg netizen pun...cakap meluat tapi dilayan jugak orang tua tu. Kalau dilayan memang la dia suka. Cuba buat tak tau je.
Quote Themilo 21-11-2017 10:55 AM
lonely_surina replied at 21-11-2017 02:47 AM
mudah sungguh rezeki as neh..
btl laa kalo kite baik dgn mak kita mmg mudah segala apa urusan kita. ...

rezeki yang melimpah ruah tu pun datangnya dari orang-orang kampung ceruk ulu, acik-acik bawang rewang rumah orang kahwin, ummah flat pprt & kejiranan felda yang duk support produk-produk satu kilang pelbagai jenama ni.. sapa cakap orang melayu miskin?
koasser la iols selaku ummah urban nak beli produk-produk alif syukri, vida, sajat, safiey ponen..

Quote gadis_tulip 21-11-2017 10:56 AM
Orang kata jam die tue loFAKE!

haha
Quote EncikRhoma 21-11-2017 10:56 AM
Yg follow dia bukannya semua miskin. Ada je kawan2 dia yg kaya raya. Mana tau diorang nak beli. Netizen yg tak mampu tu, diam2 sudah
Quote PongKang 21-11-2017 10:57 AM
kaya raya tapi dapurnya berkerak.. papan potong sayur pun hitam dah.. tuka jela dato oi.. bli kat ikea rm10 dpt 3 yg kaler hijau tu..
Quote harkktuih 21-11-2017 10:59 AM
yg dah x mampu tu, diam2 sudah..netizen pun..
Quote debab76 21-11-2017 11:02 AM
klu meols kaya, baik meols bli yg baru je hurkey. kose nk pakai bekas2 org lain gitewh
Quote darkchoc 21-11-2017 11:03 AM
iols rasa netizen ramai kecam sbb rakyat yg golongan pertengahan ramai yg hidup ckup2 makan dgn duit gaji. Brg makin mahal, minyak naik, nak beli rumah tak mampu sbb tu cara DTL menunjuk-nunjuk tu buat netizen tak suka. Padahal dia mampu so tak salah dia nak beli jam nilai 1 juta pun. Utk DTL kalau nak upload tak pyh la ubuh nilai harga. Sapa yg tahu dorang tahu la jam dato tu mahal..
Quote nisako 21-11-2017 11:05 AM
mampu tgk je...................
Quote nidzhar 21-11-2017 11:06 AM
so cheap jual jam ribu riban kat insta
motif nak menunjuk aja
sayang la dia ni duit berkepuk but no class at all

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.075480 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top