CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kacang Lupakan Kulit

27-8-2013 01:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5266| Komen: 23

Description: Saya Tidak Marah Dan Tidak Menyalahkan David Mengenai Kata-Kata Beliau Yang Mengatakan Saya Kacang Lupakan Kulit. Cuma Sebagai Orang Yang Senior Dalam Industri, Saya Harap Dia Memberijawapan Yang Lebi ...
"SAYA tidak marah dan tidak menyalahkan David mengenai kata-kata beliau yang mengatakan saya kacang lupakan kulit. Cuma sebagai orang yang senior dalam industri, saya harap dia memberijawapan yang lebih positif," ujar penerbit dan pengarah prolifik, Ahmad Idham berhubung kenyataan David Teo yang mengatakan dia seperti kacang lupakan kulit kerana mengkritik Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia).
       
        Idham berpendapat, wartawan yang bertanya soalan kepada David mungkin beri soalan kurang bernas atau David telah diprovokasi ketika ditanya soalan berkenaan.
       
        Katanya, ada juga yang melihat jawapan David itu seperti satu serangan secara personal.


       
        "Cara orang melihat kenyataan itu secara berbeza-beza dan mungkin David tidak ada niat sebegitu atau mungkin soalan itu kurang tepat. Tapi sekali lagi saya kata, saya tidak salahkan dia, cuma saya tertanya-tanya kenapa dia keluarkan kenyataan sebegitu," ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Tembus.
       
        Menurut Idham, sebagai penggiat seni, tidak menjadi satu kesalahan buatnya beri pandangan kepada Finas agar membantu menaikkan semula industri.
       
        "Jika ada pihak yang melihat saya bersuara kerana filem tidak laku, mereka silap. Bukan bermakna filem saya tidak mendapat sambutan baru saya nak bersuara, pendapat saya merangkumi keseluruhan industri.
       
        "Lagipun kita tidak boleh samakan beberapa tahun dahulu dengan sekarang. Macam negara Malaysia sendiri, ketika kita sedang melalui zaman kemajuan, kita diuji dengan kejatuhan ekonomi dan kerajaan berbuat sesuatu agar industri kembali pulih.
       
        "Begitu juga dengan Finas, ketika industri perfileman kita mengalami masalah, mereka perlulah berbuat sesuatu agar masalah ini dapat diatasi," jelasnya.
       
        Idham juga menafikan sekerasnya, dia tidak memberi sebarang sumbangan ketika berada dalam senarai Ahli Lembaga Finas.
       
        "Takkan apa yang dibuat saya perlu canang kepada semua. Tidak adil untuk David mengatakan saya tidak beri sebarang sumbangan kerana ketika masih menjadi ahli lembaga pada 2011, David sudah tidak bersama Finas," katanya yang tidak mahu kenyataannya ini disalah anggap dan diputar-belit oleh mana-mana pihak selepas ini.
       
        'Bukan serangan peribadi'
       
        Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar (K) David Teo berkata, dia tidak pernah memberi kenyataan berunsur serangan peribadi kepada Idham.
       
        Sebaliknya, kenyataan itu adalah pandangannya secara general kepada penggiat seni yang menyalahkan Finas atas sambutan dingin penonton terhadap filem mereka.
       
        "Kutipan filem merudum bukan salah Finas. Finas sudah banyak bantu penggiat seni dengan geran, skim dan sebagainya. Finas juga bukan penerbit, jika filem tidak laku, penerbit itut harus terima dan tanggung kerugian.
       
        "Ini adalah risiko dalam berniaga. Bukan semua perniagaan akan sentiasa mendapat untung. Jadi apabila penerbit mengeluarkan filem dan filem tersebut tidak mendapat sambutan, mereka haruslah kaji semula skrip, atau mungkin cara promosi tidak betul. Bukan salahkan Finas, penonton atau media," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote z_k 27-8-2013 12:51 PM
kdg2 wartawan yg pusing cerita nak laga2 org industri
Quote atoncute 27-8-2013 12:54 PM
David nie...ngan semua org nk carik masalah yer....menyampah plaks ngan dia nie...semua org tk betol bg dia...diajer yg betol n baik yer....huhhhhhhhhhhhhh
Quote sueism 27-8-2013 01:23 PM
chop chop nak OT jab bila click kat thread keluar ad...ada tak siapa2 pun mengalaminya?
Quote umie_aziz 27-8-2013 01:28 PM
memang ade.. aku buang jek ad tuh.. senang.. semak mate plak aku tgk..
Quote aderaderker 27-8-2013 01:57 PM
Ahmad deham ni pun xleh nak cuit langsung trus meroyan.
David Teo plak mmg rase dia hebat le kut pilem dia byak box office padehal sume tahap samlah sarap jah..
Helok la tu bergasak... Last edited by aderaderker on 27-8-2013 02:01 PM

Quote azie.dz 27-8-2013 02:03 PM
org banyak duit mcm DT ni...mmg dia rasa dia betul je la...susah gak kan
Quote biozipstar 27-8-2013 02:04 PM
ooo tah2 cakap sket je.. wartawan jahat tokok tambah cam bak kate johan dalam hantu telur..kekekeke
Quote beatgirlX 27-8-2013 02:06 PM
tapi aku respect skit la DT ni..
walaupun bnyk movie sampah tapi keluaran dia jugak bnyk movie unsur islamik...
apa pun majulah filem utk negara..hehehe
Quote honda_jazz 27-8-2013 02:11 PM
hari tu gan hans isaac,now gan ahmad idham pulak..
Quote tomet05 27-8-2013 02:23 PM
ERK .. PAE LAGI LAK NIH
Quote tora216 27-8-2013 02:35 PM
honda_jazz posted on 27-8-2013 02:11 PM
hari tu gan hans isaac,now gan ahmad idham pulak..

Lps ni penerbit/pengarah mne plk die nk cucuk..

Ape lgi yg DT AI mahu..
Quote tepisket.. 27-8-2013 03:07 PM
Y benarnye, Malaysia dh tandus creative director..

repeat genre same,
tajuk pon dekat2,
Jln cerita x yh ckplah, seboleh2 nk adaptasi

So, think! Wahai directors di Malaysia..
I hope budak2 seni kreatif, aswara n mane2 lg.. please, gerakkn minda korg.. jgn follow those seniors trend
Quote musangcomel 27-8-2013 04:20 PM
tepisket.. posted on 27-8-2013 03:07 PM
Y benarnye, Malaysia dh tandus creative director..

repeat genre same,

setuju ngan pendapat ko tepisket,
aku dah lame tak tgk movie melayu kat pawagam
sbb jalan cite sume ala2 same je, cliche sgt
cite cam sampah
baik aku tgk cite omputeh, paling2 koman pon leh cuci mata tengok CGI gempak
Quote mitnick 27-8-2013 04:32 PM
gasaklaa depa sesama sendiri
Quote CocoRocha 27-8-2013 06:20 PM
drpd gaduh, baiklaa cr idea nak lakukan pilem
Quote af_1993 27-8-2013 06:27 PM
musangcomel posted on 27-8-2013 04:20 PM
setuju ngan pendapat ko tepisket,
aku dah lame tak tgk movie melayu kat pawagam
sbb jalan cite s ...

malaysia klau nak kejar cgi tuh mmg susah..kita bukan besar mcm hollywood
dlu2 rasanya best gak pilem2 mysia tp skang nih entah napa sgt nan hado
David Teo nih kira untung ja..typical cina..tak kisah pom filem tuh best ka tk..

Quote musangcomel 28-8-2013 09:32 AM
af_1993 posted on 27-8-2013 06:27 PM
malaysia klau nak kejar cgi tuh mmg susah..kita bukan besar mcm hollywood
dlu2 rasanya best gak p ...

btol ko ckp tu af_1993
aku mmg tak harap malaysi ni wat filem penuh CGI cam avengers tu
tp at least jalan cerita bg la yg ade pengisian sket
ni tak, balik2 cite cinta yg sgt la clichenye
cite berebut awek la, cite merempit la
Quote makcik_timah61 28-8-2013 09:42 AM
af_1993 posted on 27-8-2013 06:27 PM
malaysia klau nak kejar cgi tuh mmg susah..kita bukan besar mcm hollywood
dlu2 rasanya best gak p ...

Jgn salahkan mentalilti Cina yg kemaruk untung & duit
ramai gak produser Melayu yg buat filem sampah

salahkan penonton yg tak tahu menilai

its all about supply and demand
Quote makcik_timah61 28-8-2013 09:42 AM
musangcomel posted on 28-8-2013 09:32 AM
btol ko ckp tu af_1993
aku mmg tak harap malaysi ni wat filem penuh CGI cam avengers tu
tp at le ...

Tontonilah Tanda Putera



Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.418203 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top